Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

19 Nov 2022

Parti Gabungan PRU - 15 dan Pengalaman Mengundi



parti malaysia, parti - parti pru-15, pilihanraya umum ke -15, pru-15, perikatan nasional, barisan nasional, pakatan harapan, anwar ibrahim, muhyiddin yassin, ismail sabri, tun mahathir mohamad, general election, malaysia general election 15, ge15, hari mengundi, parti gabungan pru-15,
Parti Gabungan Pilihanraya Umum Ke - 15 (PRU - 15)

19 November 2022 adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia membuat pilihan dan keluar mengundi untuk Pilihanraya Umum ke 15 / PRU - 15. Malam nanti kita akan tahu parti mana yang menang dan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Kalau di tempat aku di Pulau Pinang ni hanya ada 3 parti untuk dipilih iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Siapa pilihan aku mestilah rahsia hahaha. Adakah Anwar Ibrahim akan mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru, atau pun Ismail Sabri mengekalkan gelaran Prime Minister Malaysia tu atau pun Muhyiddin Yassin merampas kembali gelaran tersebut. Mahu pun Tun Mahathir kembali jadi PM yang kesekian kalinya. Apa pun keputusannya semuanya di tangan rakyat Malaysia.




Esok pastinya ramai yang akan pergi mengundi, kena beratur panjang, pastikan bawa apa yang patut contohnya payung, botol air, sedikit makanan seperti biskut jika perlu. Ada juga yang mahu membawa kipas kecil mahu pun kerusi lipat hehe. Aku harapkan esok semua urusan kita dipermudahkan ye, amin...

General Election 15 / GE15
Malaysia General Election 15
PRU15
Pilihanraya Umum Ke -15 

Selamat Mengundi buat semua rakyat Malaysia
Buat pilihan bijak okey..

Update Pengalaman Pergi Mengundi !!

19 Nov 2022 - Ikutkan nak keluar awal untuk pergi mengundi, tapi boleh pula pagi - pagi tu aku diserang gastrik, sakit perut sangat. Aku dah panik, makan pun tak lalu, pastu rasa nak muntah, cirit - birit. Pagi tu keluar juga beli nasi bungkus, tapi last2 tak makan pun. Aku tak ingat aku makan apa, tapi time tengahari hingga ke petang memang baring saja. Rasa tak larat nak keluar pi mengundi, tapi kalau tak pi mengundi, rasa rugi pula, jadi aku gagahkan diri, makan ubat tahan muntah n then rasa lega sikit, tak rasa loya atau mual dah. Jadi aku pun pergi laa mengundi di sebuah sekolah terdekat. Aku pergi mengundi dalam pukul 3.30 petang macam tu. Keluar petang pergi mengundi memang agak selesa sebab tak ramai orang tapi stil sesak gak laa jalan, kereta banyak. Balik mengundi singgah kedai makan berdekatan then beli nasi goreng ikan masin, rm 7 jugalah harganya. Tapi Alhamdulilah memang terbuka selera, aku berjaya habiskan nasi goreng tu n then tidoooooo


Read More

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More

10 Dis 2019

Kontroversi Miss Universe 2019 Mengenai Pemenang Best National Costume




Miss Universe 2019, Miss Universe Malaysia, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon, Best National Costume, Ratu Cantik Malaysia Shweta Sekhon, Kontroversi Miss Universe 2019, Kontroversi Miss Universe 2019 Mengenai Pemenang Best National Costume, Filipina, Malaysia, Miss Universe Philippines Gazini Ganados wins the Best National Costume Award Not Malaysia, Zozibini Tunzi Dari South Africa Menang Miss Universe 2019,

Ramai yang happy bila dapat tahu yang ratu cantik dari Malaysia Shweta Sekhon yang bertanding di Miss Universe 2019 menang Best National Costume dan sempat diinterview oleh hos Miss Universe 2019 iaitu Steve Harvey. Kemudian berlaku kekeliruan kat situ dan akhirnya semua menganggap yang Malaysia menang Best National Costume tu. Even di twitter Miss Universe 2019 pun diorang announce yang Malaysia yang menang, tapi tak lama kemudian, boleh pula diorang tukar statement. Dimana menerusi Twitter, pihak Miss Universe 2019 mengumumkan yang Miss Universe Philippines Gazini Ganados pula yang menang Best National Costume tanpa meminta maaf atas kekeliruan yang berlaku. Jadi pendek katanya, Filipina yang menang, bukan Malaysia. Apa pun Shweta Sekhon tetap lawa giler okey.
Miss Universe 2019, Miss Universe Malaysia, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon, Best National Costume, Ratu Cantik Malaysia Shweta Sekhon, Kontroversi Miss Universe 2019, Kontroversi Miss Universe 2019 Mengenai Pemenang Best National Costume, Filipina, Malaysia, Miss Universe Philippines Gazini Ganados wins the Best National Costume Award Not Malaysia, Zozibini Tunzi Dari South Africa Menang Miss Universe 2019,



Apa pun tahniah pada Zozibini Tunzi Dari South Africa kerana Menang Miss Universe 2019
Miss Universe 2019, Zozinini Tunzi, South Africa,
Suka dengan statementnya ni. Tak lama lagi menyusul pula Miss World 2019 pula, siapa yang akan menang agaknyer kan..
Zozibini Tunzi Dari South Africa Menang Miss Universe 2019
Zozibini Tunzi Dari South Africa Menang Miss Universe 2019

Jom Baca Ini juga ➔ Miss World and Miss Universe 2018

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

5 Okt 2019

Biodata Terkini Aprena Manrose




Aprena Manrose, Pelakon Malaysia, Biodata, Profil, Biodata Aprena Manrose, Biodata Lengkap Aprena Manrose, Latar Belakang Pelakon Malaysia Aprena Manrose, Sepupu Uqasha dan Nelydia Senrose, Anak Penyanyi Dangdut Iwan, Foto Aprena Manrose, Gambar Terkini Aprena Manrose,

Hari ini aku nak share serba sedikit biodata pelakon malaysia yang cantik manis bernama Aprena Manrose. Di awal kemunculan Aprena Manrose ni, dia banyak melakonkan watak pelakon pembantu atau pun watak jahat gitu. Aku start kenal Aprena Manrose ni masa dia berlakon drama Pingan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dan juga drama Duda Pujaan Dara. Aprena mula melakonkan watak utama menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita sebagai watak Afia Awliya. Lepas ni ada banyak filem dan drama lakonan Aprena Manrose akan ditayangkan di pawagam dan juga di kaca TV. So jom tengok biodatanya di bawah ini okey..




Biodata Penuh Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahman
Tarikh Lahir: 25 April 1993
Umur: 26 Tahun
Asal: Kelantan
Ibu Bapa: Aprena merupakan adalah anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor
Adik Beradik: Beliau merupakan anak ketiga daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada dan kakaknya ialah Octovia Manrose yang juga merupakan seorang pelakon. Aprena dan adik beradiknya yang lain adalah sepupu pada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.
Status: Sudah Berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016
Media Sosial: Instagram Aprena Manrose
Kerjaya: Pelakon dan Model
Aprena Manrose, Pelakon Malaysia, Biodata, Profil, Biodata Aprena Manrose, Biodata Lengkap Aprena Manrose, Latar Belakang Pelakon Malaysia Aprena Manrose, Sepupu Uqasha dan Nelydia Senrose, Anak Penyanyi Dangdut Iwan, Foto Aprena Manrose, Gambar Terkini Aprena Manrose,
Senarai Drama Lakonan Aprena Manrose: Hatimu Sedingin Salju, Wasiat Dari Jordan, Calon Menantu Tuan Rumah, Cikgu, Papa Kirim Salam, Leftenan Zana, Destinasi Ukhuwah, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas : 'Bella", Perempuan Paling Bahagia, Duda Pujaan Dara, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Suamiku Paling Sweet, Tundukkan Playboy Itu, Gerak Khas "Tomboy", 3 Nenek 3 Dara.
Telefilem / Telemovie : Misteri Akil Balik, Rengkat, Ini Harta Bedu Punya, Korban Penunggu Hospital, Formula Cinta, 3 Syawal, Din Sardin Beraya, Waktu Khalil.
Senarai Filem Lakonan Aprena Manrose : Bulan & Pria Terhebat, Ratu Kala Jengking, Jodoh Syaitan, Awang Gerudi.

P/s - Birthday Aprena ni dekat - dekat ngan birthday adminlah hahaha, besday admin 23 April, tapi tahun lainlah kan hihi #TaurusGirl

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Uqasha Senrose

(Blog Dari Hati Miss Mulan) 
Read More

24 Jan 2019

Biodata Terkini Azar Azmi




Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Biodata Pelakon Malaysia - Azar Azmi

Hari ini aku nak share serba sedikit mengenai biodata pelakon Malaysia yang namanya sedang meningkat naik iaitu Azar Azmi. Aku first kenal dan tengok lakonan Azar Azmi ini dalam telemovie Bayangan Emilia, masa ni dia berlakon dengan Fattah Amin. Terbaru Azar Azmi ini akan melakonkan watak Sabrina dalam drama bersiri Dua Takdir Cinta yang tengah hangat bersiaran di slot Tiara, Astro Prina sekarang ini, Malah dia juga popular dengan watak Juita dalam drama popular TV3 iaitu Nur 2. Rupa - rupanya Azar Azmi ini juga adalah bekas peserta Dewi Remaja 2009 / 2010 satu batch dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna, Ramona Zam Zam dan Syatilla Melvin. Apa pun jom tengok profil / biodata lengkap Azar Azmi di bawah ini ye..




Biodata Penuh Azar Azmi (Pelakon Malaysia)

Nama Penuh : Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama Komersil : Azar Azmi
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir: 13 Mac 1989
Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan (Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF)
Media Sosial Azar Azmi: https://www.instagram.com/azarazmi/
Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Senarai Drama Lakonan Azar Azmi: Dua Takdir Cinta, Dia Adelia, Cetera Hati Diya, Nur 2, Plan Cinta, Pujaan Hati Kanda, Terbaik Dariku, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas, Red Velvet, Syurgaku Tak Sempurna, Biar Aku Jadi Penunggu, Suri Hati Mr. Pilot, Mukhlis 2, Mr. Boss Miss Stalker.
Senarai Telefilem / Telemovie lakonan Azar Azmi : Mohon Hantuan, Misteri Akil Balik, Kenduri Hari Merdeka, Taubatku, Uniknya Cinta, Bayangan Emilia dan banyak lagi.
Teater : Pawana Isabella
Read More

22 Mei 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan, PRU14, Perdana Menteri Malaysia Ke -7, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kerajaan Malaysia 2018, List, Politik Malaysia, Terkini, Info Berguna,
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 telah diumumkan, moga semuanya dipermudahkan dan Malaysia bertambah maju, aman dan damai. Amin..Boleh klik gambar diatas untuk besarkan dan lihat lebih jelas.



Read More

24 Apr 2017

Running Man 2017 Live In Malaysia

Running Man 2017 Live In Malaysia, Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, HaHa, Variety Show, Game, Singing, dancing,
Running Man 2017 Live In Malaysia 

Pada 22 April 2017 yang lalu telah berlangsungnya (Konsert) Running Man 2017 Live In Malaysia, 5 Bintang Running Man iaitu Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan HaHa telah datang ke Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan peminat dan juga konsert Running Man 2017 Live In Malaysia. Kesemua mereka telah datang ke Malaysia pada 21 April dan pada 23 April mereka pulang semula ke Korea. Aku memang tak pergilah kan sebab aku duduk jauh dan tiket pun boleh tahan mahal tau hehe. Walaubagaimanapun kehadiran bintang Running Man di Malaysia memang trending di Twitter, bagi yang tak dapat pergi, memang tengok twitter sajalah dan lihat update dari fans lain yang pergi menonton RM (Running Man) live ini. Memang ramai juga yang pergi menonton RM Live ini, kelihatan bintang Running Man membuat persembahan mereka masing - masing, ada yang menyanyi lagu kesukaan mereka, ada juga yang menari, tak silap aku Kim Jong Kook ada menyanyikan lagu Justin Bieber. Bagi peminat yang bertuah, kemungkinan besar dapat bergambar dengan ahli Running Man yang lain.

Rasanya, kebanyakan Bintang Running Man telah datang ke Malaysia lebih dari 2 kali, ada yang datang untuk buat fan meeting, ada juga yang datang untuk buat Konsert seperti Kim Jong Kook, ada juga yang datang Malaysia untuk fan meeting Running Man dan ada juga yang datang ke Malaysia sebagai duta produk tertentu sekaligus merasmikan majlis dan sebagainya. Cuma Yoo Jae Suk saja yang jarang join ahli RM yang lain untuk fan meeting, ini mungkin kerana komitmennya yang terlalu banyak di Korea, maklumlah Yoo Jae Suk merupakan hos / pengacara yang sangat terkenal di South Korea itu. Yoo Jae Suk terlibat dalam banyak program di Korea itu, setiap channel ada muka dia hehehe, jadi memang tak sempatlah dia nak join program - program yang melibatkan ahli RM di luar negara. Dalam ramai - ramai ahli Running Man yang datang ke Malaysia itu, aku rasa Lee Kwang Soo yang paling kerap datang ke Malaysia untuk pelbagai acara. Lagi pun memang ramai peminat Kwang Soo di Malaysia ini kan, jadi memang selalulah kena datang Malaysia lagi. Apa pun selepas kontroversi Running Man yang mengejutkan semua pada penghujung 2016, menjadi reda dan semuanya bertambah baik, aku memang rasa gembiralah bila Running Man tidak jadi dibatalkan dan sehingga kini Running Man terus disiarkan seperti biasa dengan kehadiran 2 ahli tetap yang baru iaitu Jung Soo Min dan Se Chan.

Setakat ini, aku lihat kedua - dua ahli baru nampak okey dan mesra sesama mereka, cuma nampak konsep Running Man yang baru ini agak sedikit bosan, walaubagaimanapun masih kelakar dan boleh diterima lagi. Berbalik pada Running Man 2017 Live In Malaysia ini, aku ada tertengok satu video yang mana ahli Running Man terutamanya Song Ji Hyo dan HaHa ditemubual oleh hos / penterjemah mengenai isu Kang Gary kahwin senyap - senyap tu. Bila Song Ji Hyo ditanyakan tentang isu kahwin Gary itu, semua member RM yang lain dah ketawa hehe dan cara Song Ji Hyo dan HaHa menjawab soalan tentang Gary itu nampak macam kelakar juga, tapi aku tak berapa faham apa yang mereka berdua cakap sebab tiada English Subtitle dalam video tersebut. Sayangnya tiada subtitle kan, aku teringin betul nak faham apa yang mereka berdua jawab tentang kes Gary kahwin tu. Aku juga teringin nak tengok Gary jadi guest lagi dalam Running Man itu dan aku harap juga yang pihak produksi Running Man akan memilih Malaysia sebagai lokasi shooting episod Running Man yang akan datang.

Read More

7 Okt 2015

Ulasan Filem Bravo 5

Review, Ulasan, Filem Melayu, Malay Movie, Bravo 5, Tugu Negara, Pelakon, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson, Chew Kin Wah, Siti Saleha,
Ulasan Filem Bravo 5

Baru-baru ni aku ada menonton Filem Bravo 5 lakonan  Beto KusyairyRemy IshakSofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin WahFilem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dulu. Melalui filem ini baru aku tahu yang tahun 1989 masih ada lagi saki baki komunis di Malaysia ini, nampak sangat pengetahuan sejarah aku masih lagi kurang, walaupun aku minat subjek Sejarah. Filem ini dibarisi pelakon - pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Remy Ishak serta Sinematografi filem ini sangat cantik okey sesuai dengan bajet besar filem ini.

Permulaan cerita filem Bravo 5 ini memang best, jalan ceritanya berjalan lancar, tapi bila masuk pertengahan cerita dan akhir cerita ianya dah jadi boring sedikit bagi aku. Rasa macam ada benda yang tak kena masa di pertengahan cerita itu, tak dramatik dah jadinya. Apa pun pujian harus diberikan juga untuk filem ini sebab diorang berani untuk buat filem ini, sekurang - kurangnya ada juga filem perang Malaysia ini. Lagi pun jarang - jarang kita ada filem yang bercorak sebegini jadi haruslah kita menghargainya. Cuma kalau jalan cerita filem ini diperkemaskan lagi, mungkin akan jadi lebih menarik. Apa pun aku harap di masa - masa akan datang akan ada lagi filem - filem yang bergenre sebegini akan dihasilkan. Supaya generasi baru dapat melihat betapa susahnya untuk mempertahankan negara dari ancaman komunis dan lebih menghargai keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More


My Random Post