Memaparkan catatan dengan label Nasha Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasha Aziz. Papar semua catatan

30 Dis 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Jesnita (Astro Prima)



Drama Jesnita, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Drama Jesnita Episod 39, Drama Jesnita Episod 40, Drama Jesnita Full Episode, Episod Akhir Drama Jesnita, Ending Drama Jesnita, Jesnita Cast, Sinopsis Episod 39 Drama Jesnita, Sinopsis Episod Akhir Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Zachery, Fikri Ibrahim, Rozita Che Wan, Fathia Latiff,
Episod Akhir dan Ending Drama Jesnita (Astro Prima)

Drama 40 episod iaitu drama Jesnita bakal melabuhkan tirainya, diam tak diam dah nak masuk episod 40 dah drama Jesnita ini. Setakat ni aku dah tengok drama ini sampai episod 39 gitu dan dalam episod ini Zaid lakonan Malek Mccrone dah macam orang gila atau meroyan nak bunuh Shafinaz (Nasha Aziz) manakala Zainal  (Fikri Ibrahim) bertemu semula dengan ibunya Rosemila (Rozita Che Wan). Aurora (Fathia Latiff) cuba memenangi hati Zainal, namun Zainal masih mengharapkan cinta Jesnita (Intan Najuwa) walaupun dia tahu Jesnita masih mencintai Rafael (Yusuf Bahrin) begitu juga dengan Rafael. Tapi Shafinaz dan Fauzi berjaya melarikan diri namun Fauzi akhirnya berjaya dibelasah dan ditangkap oleh konco - konco Shafinaz. Zaid pula gagal bunuh Syafinaz dan jadi makin tak betul. 




Kelihatan dalam episod 40 nanti Jesnita akan diculik kot, apa pun nanti aku update lagi tentang episod akhir drama ini nanti okey. Syok juga layan drama Jesnita ni sebab ramai pelakon kot semua pelakon best - best belaka. Plus lama tak tengok Nasha Aziz berlakon dalam drama yang panjang episodnya, jadi watak jahat pula tu tapi maintain lawa hehehe. Aku tertunggu - tunggu juga bila Shafinaz tu akan tahu hal sebenarnya mengenai Zaid yang bukan anak kandungnya tetapi Aidil (Hafidz Roshdi) Syafinaz dah bunuh anak kandungnya sendiri tanpa tahu kebenarannya. Mungkin dalam episod akhir baru dia tahu kot, meroyan jugaklah kot si Shafinaz tu kalau tahu hal sebenar. Apa pun mungkin ada plot twist dalam episod akhir nanti kot, sama - sama kita nantikan..
Drama Jesnita, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Drama Jesnita Episod 39, Drama Jesnita Episod 40, Drama Jesnita Full Episode, Episod Akhir Drama Jesnita, Ending Drama Jesnita, Jesnita Cast, Sinopsis Episod 39 Drama Jesnita, Sinopsis Episod Akhir Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Zachery, Fikri Ibrahim, Rozita Che Wan, Fathia Latiff,

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Ending Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Read More

18 Nov 2022

Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima



Drama Jesnita, Drama Astro Prima, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Jesnita Cast, Poster Drama Jesnita, Info dan Sinopsis Drama Jesnita, Drama Jesnita Full Episode, Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40, Ending Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Fathia Latiff, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Lydiawati, Ani Maiyuni,

Drama Jesnita adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mula disiarkan pada 7 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Takdir Cinta Dhia lakonan Aaron Aziz, Elvina Mohamad dan Shahz Jaszle yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jesnita ini adalah Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fathia Latiff, Ani Maiyuni, Nina Smith, Fiza Thomas dan ramai lagi. Selain itu drama Jesnita ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ramai pelakon hebat membintangi drama ini, jalan cerita pun nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jesnita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Jesnita

Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Nina Smith sebagai Dayana
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Zachery Franz sebagai Fauzi
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Ani Maiyuni sebagai Seri
Putri Dellyna sebagai Bella
Lydia Saimon sebagai Hayati
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
Natasha Azizan sebagai Aina
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos




Sinopsis Drama Jesnita Lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin dan Nasha Aziz Di Slot Tiara Astro Prima 

Mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati. 

Lagu Tema / OST Drama Jesnita

👄👄 Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir Masdi

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati

Read More

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More

21 Ogo 2022

Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3



Telefilem Bini - Bini Lockdown, Telemovie Bini - Bini Lockdown, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Bini - Bini Lockdown, Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown, Poster Telefilem Bini - Bini Lockdown, Pelakon - Pelakon Telefilem Bini - Bini Lockdown, Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy,

Telefilem Bini - Bini Lockdown telah pun diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 20 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Bini - Bini Lockdown ini adalah Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy, Puteri Adlin Lina, Nur Aisyah Adelia, Laura Olivia dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bini - Bini Lockdown ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa dah tengok telemovie Bini - Bini Lockdown ni? apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3 

 Mengisahkan bagaimana Azim handle empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown. Bagaimana liciknya Azim ketika cuba untuk mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya, mampukah Azim handle demand keranah isterinya yang pelbagai.


 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)


👉👉 Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)


💕💕 Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)

Read More


My Random Post