Memaparkan catatan dengan label Yusuf Bahrin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yusuf Bahrin. Papar semua catatan

30 Dis 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Jesnita (Astro Prima)



Drama Jesnita, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Drama Jesnita Episod 39, Drama Jesnita Episod 40, Drama Jesnita Full Episode, Episod Akhir Drama Jesnita, Ending Drama Jesnita, Jesnita Cast, Sinopsis Episod 39 Drama Jesnita, Sinopsis Episod Akhir Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Zachery, Fikri Ibrahim, Rozita Che Wan, Fathia Latiff,
Episod Akhir dan Ending Drama Jesnita (Astro Prima)

Drama 40 episod iaitu drama Jesnita bakal melabuhkan tirainya, diam tak diam dah nak masuk episod 40 dah drama Jesnita ini. Setakat ni aku dah tengok drama ini sampai episod 39 gitu dan dalam episod ini Zaid lakonan Malek Mccrone dah macam orang gila atau meroyan nak bunuh Shafinaz (Nasha Aziz) manakala Zainal  (Fikri Ibrahim) bertemu semula dengan ibunya Rosemila (Rozita Che Wan). Aurora (Fathia Latiff) cuba memenangi hati Zainal, namun Zainal masih mengharapkan cinta Jesnita (Intan Najuwa) walaupun dia tahu Jesnita masih mencintai Rafael (Yusuf Bahrin) begitu juga dengan Rafael. Tapi Shafinaz dan Fauzi berjaya melarikan diri namun Fauzi akhirnya berjaya dibelasah dan ditangkap oleh konco - konco Shafinaz. Zaid pula gagal bunuh Syafinaz dan jadi makin tak betul. 




Kelihatan dalam episod 40 nanti Jesnita akan diculik kot, apa pun nanti aku update lagi tentang episod akhir drama ini nanti okey. Syok juga layan drama Jesnita ni sebab ramai pelakon kot semua pelakon best - best belaka. Plus lama tak tengok Nasha Aziz berlakon dalam drama yang panjang episodnya, jadi watak jahat pula tu tapi maintain lawa hehehe. Aku tertunggu - tunggu juga bila Shafinaz tu akan tahu hal sebenarnya mengenai Zaid yang bukan anak kandungnya tetapi Aidil (Hafidz Roshdi) Syafinaz dah bunuh anak kandungnya sendiri tanpa tahu kebenarannya. Mungkin dalam episod akhir baru dia tahu kot, meroyan jugaklah kot si Shafinaz tu kalau tahu hal sebenar. Apa pun mungkin ada plot twist dalam episod akhir nanti kot, sama - sama kita nantikan..
Drama Jesnita, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Drama Jesnita Episod 39, Drama Jesnita Episod 40, Drama Jesnita Full Episode, Episod Akhir Drama Jesnita, Ending Drama Jesnita, Jesnita Cast, Sinopsis Episod 39 Drama Jesnita, Sinopsis Episod Akhir Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Zachery, Fikri Ibrahim, Rozita Che Wan, Fathia Latiff,

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Ending Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Read More

18 Nov 2022

Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima



Drama Jesnita, Drama Astro Prima, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Jesnita Cast, Poster Drama Jesnita, Info dan Sinopsis Drama Jesnita, Drama Jesnita Full Episode, Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40, Ending Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Fathia Latiff, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Lydiawati, Ani Maiyuni,

Drama Jesnita adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mula disiarkan pada 7 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Takdir Cinta Dhia lakonan Aaron Aziz, Elvina Mohamad dan Shahz Jaszle yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jesnita ini adalah Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fathia Latiff, Ani Maiyuni, Nina Smith, Fiza Thomas dan ramai lagi. Selain itu drama Jesnita ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ramai pelakon hebat membintangi drama ini, jalan cerita pun nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jesnita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Jesnita

Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Nina Smith sebagai Dayana
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Zachery Franz sebagai Fauzi
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Ani Maiyuni sebagai Seri
Putri Dellyna sebagai Bella
Lydia Saimon sebagai Hayati
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
Natasha Azizan sebagai Aina
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos




Sinopsis Drama Jesnita Lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin dan Nasha Aziz Di Slot Tiara Astro Prima 

Mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati. 

Lagu Tema / OST Drama Jesnita

👄👄 Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir Masdi

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati

Read More

6 Dis 2021

Drama Jangan Ganggu Jodohku Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Di Astro Ria



Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Adaptasi Novel, Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah, Poster Drama Jangan Ganggu Jodohku, Info dan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode, Jangan Ganggu Jodohku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Ganggu Jodohku,

Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2. Drama ini mula bersiaran pada 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah. Antara pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini adalah Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam, Syafi Tee dan ramai lagi. Selain itu drama Jangan Ganggu Jodohku ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Jamal Khan serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama yang bergenre komedi seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Ganggu Jodohku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran
Shaza Bae sebagai Aliza 
Aloy Paradoks sebagai Abu
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 
Azizah Mahzan sebagai Mak Nah
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Farid sebagai Hantu Keding
Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek




Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu. Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh! Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran. Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental! Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran.

Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu. Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran. Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Ganggu Jodohku
👄👄 Hendaklah Cari Pengganti nyanyian Arief


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama I - Tanggang (Astro Citra)


Read More

24 Apr 2021

Telefilem Ismadi Belum Mati Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae (Astro Citra)



Telefilem Ismadi Belum Mati, Telemovie Ismadi Belum Mati, Poster Telefilem Ismadi Belum Mati, Info dan Sinopsis Telefilem Ismadi Belum Mati, Sinopsis Penuh Telefilem Ismadi Belum Mati, Pelakon - Pelakon Telefilem Ismadi Belum Mati, Yusuf Bahrin, Shaza Bae, Jalil Hamid,

Telefilem Ismadi Belum Mati akan disiarkan pada hari Sabtu ini, iaitu pada 24 April 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Ismadi Belum Mati ini adalah Yusuf Bahrin, Shaza Bae, Jalil Hamid, Jaafar Onn, Imuda, D'Boy Hamdan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ismadi Belum Mati ini diarahkan oleh Megat Fauzi dan diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Telefilem Ismadi Belum Mati Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae (Astro Citra)

Seorang pencuri telah melarikan kasut Ismadi dan kemudiannya lari sehingga dia telah mati dilanggar. Disebabkan salah faham tersebut, mayat lelaki itu telah dikebumikan sebagai Ismadi. Jadi apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kiblat Yang Hilang Full Episode Di Awesome TV
Read More


My Random Post