21 Jan 2021

Info dan Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! (Slot Sonia TV3)



Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,

Setelah beberapa kali ulang siar drama Hindi yang terdahulu di TV3, kini muncul dah drama Hindi terbaru di TV3 bertajuk Yehh Jadu Hai Jinn Ka!. Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! boleh dikatakan fresh dari India gitu sebab last episode drama ini baru saja habis ditayangkan di India pada 14 November 2020 yang lalu dan kini sudah disiarkan di Malaysia gitu. Antara pelakon drama hindi Yehh Yehh Jadu Hai Jinn Ka ini adalah Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma, Smita Bansal, Arhaan Behll, Shruti Sharma, Saloni Daini, Vaibhavi Kapoor dan ramai lagi. Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka ini disiarkan di slot Sonia TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. Selain itu drama ini mempunyai 2 musim dan mempunyai 218 episod serta diarahkan oleh Atif Khan dan diterbitkan oleh Gul Khan dan Karishma Jain. 
Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,
Tajuk drama ini bermaksud This magic is of the jinn! dan bergenre fantasi gitu. Pelakon utama drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! ini adalah Vikram Singh Chauhan yang akan melakonkan watak sebagai Aman Junaid Khan manakala heroin drama ini iaitu Aditi Sharma pula akan melakonkan watak sebagai Roshni Ahmed. Dikatakan drama ini juga sangat popular di India, no wonderlah pelakon - pelakonnya juga hensem dan cantik - cantik belaka hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama 
Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka Lakonan Vikram Singh Chauhan dan Aditi Sharma (TV3)

Aman Junaid Khan dan Roshni Ahmed adalah pasangan terpisah dan kehidupan mereka terhubung melalui takdir dan sihir. Aman merupakan seorang pemerintah yang disumpah oleh kuasa gelap Jin, sementara Roshni adalah anak kepada seorang Tawaif, yang memiliki hati yang murni. Parveen, ibu kepada Aman berada dalam keadaan bahaya akibat kuasa sihir dan hanya boleh diselamatkan jika Aman mengahwini seorang gadis yang berhati murni. Salma, ibu angkat kepada Roshni, berpura-pura sakit demi mendapatkan wang. Perkara ini memaksa Roshni untuk berkahwin dengan Aman. Namun, Aman menyangka Roshni berniat jahat dan melakukan semuanya demi wang. Roshni sudah mula jatuh hati pada Aman tapi dia sangat terluka dengan cara Aman melayannya. Kabir, abang sulung Aman yang hilang dan dia merupakan jin yang ingin membunuh Aman. Roshni mati ketika menyelamatkan Aman dari Jin. Aman menyedari perasaannya terhadap Roshni dan patah hati. Menggunakan ilmu hitam, Kabir kembalikan Roshni dan berniat memisahkan Aman dan Roshni.Dia memadamkan semua memori Roshni bersama Aman. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,
Tonton Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Episod 1 Hingga Episod Akhir 👉 https://www.xtra.com.my/live-tv/ Tonton Live hanya boleh ditonton mulai siaran jam 4.00 - 5.00 petang sahaja.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Full Episode Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee (TV3)

5 ulasan:

  1. Wow, tak pernah pun tengok drama hindi. Macam best je 🥰

    BalasPadam
  2. haha iena layan gak kadang kadang..work from home duduk depan tv bile stress keje bukak la tv pepetang tu..

    BalasPadam
  3. Aditi Sharma tu famous di India. Banyak kali juga lah LH tengom cerita dia berlakon

    BalasPadam
  4. Bru tgk ckit.. tp xsbar2 dh nk tgk epispd seterusnya.. ada link x nk tgk full episod.. dia punye xsbar tu.. xleh nk tggu esok hahaha

    BalasPadam



My Random Post