9 Jan 2021

Telefilem Sihir Pemisah Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha (Astro Citra)



Telefilem Sihir Pemisah, Telemovie Telefilem Sihir Pemisah, Bahaya Sihir Pemisah, Info dan Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah, Pelakon - Pelakon Telefilem Sihir Pemisah, Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Poster Telefilem Sihir Pemisah, Telefilem Arahan Osman Ali,

Telefilem Sihir Pemisah akan disiarkan pada hari Sabtu, 9 Januari 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Sihir Pemisah ini adalah Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sihir Pemisah ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ini kan yang memfokuskan tentang sihir, penonton dapat melihat betapa bahaya sihir pemisah ni. Ditambah lagi dengan adanya pelakon - pelakon terbaik Malaysia seperti Beto Kusyairy dan Fasha Sandha dalam telefilem ini. Apa pun jom tengok Sinopsis Penuh Telefilem Sihir Pemisah ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah 
Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha Siaran Astro Citra

Kebahagiaan sepasang suami isteri, Mursyid dan Aryani dicemburui seseorang. Dengan rasa benci, dia nekad menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga Mursyid dan Aryani. Murshid dan Aryani hidup bahagia dan kekal romantis, Aryani juga rajin mengupload gambar - gambarnya bersama suami di media sosial. Dalam masa yang sama, rakan sekerja Aryani kecewa bila dapat tahu Aryani dah berkahwin dengan orang lain. Tak lama kemudian Murshid dan Aryani mula diganggu dan mereka berdua juga kerap bergaduh. Sehingga ke satu tahap Murshid cuba membunuh Aryani, tak lama kemudian Murshid dan Aryani sedar yang mereka kena ilmu hitam dan cuba mencari jalan untuk memulihkan segalanya. Namun hal tersebut tidak mudah kerana orang yang menggunakan ilmu hitam tersebut sangat dekat dengan mereka. Siapa yang membenci mereka? apa yang berlaku seterusnya?

1 ulasan:

  1. Beto is one of my fav actor so far. Kaella kena tengok ni

    BalasPadam



My Random Post