14 Jan 2021

Resepi Kek Cawan Yang Mudah Dan Gebu



Resepi Kek Cawan Yang Mudah Dan Gebu, Resepi Cupcake, Cara Penyediaan Kek Cawan,

Siapa yang tak suka makan Kek Cawan / Cupcake kan, ni tengok gambar kek cawan kat atas ni dah rasa lapar dah. Kalau ada depan mata memang dah habis dah semua aku makan hahaha. Resepi Cupcake ni serta gambar diatas credit pada ownernya. Musim PKP 2.0 ni bolehlah cuba resepi Kek Cawan di rumah nanti kan. Jadi jom tengok resepinya di bawah okey. 

Bahan - Bahan Untuk Membuat Kek Cawan Yang Mudah dan Gebu
200gm gula pasir (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
4 biji telur gred A
1 sudu besar baking powder
180gm tepung gandum
35gm minyak masak/minyak jagung
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
(atau secubit serbuk vanila)




Cara Penyediaan Kek Cawan Yang Mudah dan Gebu
1) ayak tepung gandum bersama baking powder. Kemudian ketepikan.
2) pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit)
3) kemudian masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit - sedikit hingga habis, ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil di kaup balik mengunakan spatula.
4) akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
5) masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
6) bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing - masing yer.
(Saya bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit)
Kredit : Naazira Parveen

⏩⏩ Tonton Drama The Maid Episod 1 Hingga Episod 10 (Full Episode) Di Astro Ria Beserta Sinopsis The Maid

3 ulasan:

  1. serupa dengan cupcake yang kena jual dekat kedai la. kena try ni resepi ni nanti hihi

    BalasPadam
  2. nampas macam senang je..tp tak terbuat jugak

    BalasPadam
  3. nampak macam senang. nise sharing :)

    BalasPadam



My Random Post