7 Sep 2020

Sinopsis Drama Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Zul Ariffin dan Mira Filzah




Drama Bidadari Kiriman, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Mira Filzah, Drama Baru Zul Ariffin, Poster Drama Bidadari Kiriman Tuhan,
Drama Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Zul Ariffin dan Mira Filzah (Astro Ria)

Drama Bidadari Kiriman Tuhan adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Pelindung Seorang Puteri yang telah tamat episodnya. Drama Bidadari Kiriman Tuhan ini mempunyai 26 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 25 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini adalah Mira Filzah, Zul Ariffin, Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Maisara Sufia, Ruzaidi Abd Rahman dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, plus Mira Filzah juga membawa dua watak dalam drama ini iaitu sebagai Manis dan Manja. Manakala lagu tema / OST Drama Bidadari Kiriman Tuhan ini bertajuk Wajah Kekasih nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza. Wah lagu lama Dato Siti Nurhaliza dulu - dulu tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Zul Ariffin dan Mira Filzah - Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah),seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah)mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), Manis dan Yusuf mula bercinta dan akhirnya nekad untuk berkahwin. Walaubagaimanapun Manja yang autisme sukar dikawal dan turut memendam perasaan pada cikgu Yusuf  dan enggan melihat Manis bernikah dengan Yusuf, kerana bimbang dirinya ditinggalkan. Walaubagaimanapun apa yang dirancang tidak kesampaian apabila Manis berkahwin dengan orang lain, iaitu seorang arkitek bernama Ikram (Adlin Aman Ramli). Apa yang berlaku seterusnya? apakah kesudahan kisah cinta antara dua hati ini?.
Drama Bidadari Kiriman, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Mira Filzah, Drama Baru Zul Ariffin,
πŸ‘‰πŸ‘‰ Biodata Terkini Mira Filzah

7 ulasan:

  1. my mom is following this drama.. best ke?

    BalasPadam
  2. penat bercinta last last2 kahwin dengan orang lain :( ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  3. Dua dua pelakon utama saya suka, tapi malangnya saya tak ada Astro .. hehe .. mungkin ada mana-mana laman web yang siarkan drama ni secara percuma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh join telegram channel (drama astro) dekat situ ada full episode tnpa ada iklan.. Dan mcm2 lg drama ada.. 😁

      Padam



My Random Post