Memaparkan catatan dengan label Eina Azman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eina Azman. Papar semua catatan

21 Ogo 2022

Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3



Telefilem Bini - Bini Lockdown, Telemovie Bini - Bini Lockdown, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Bini - Bini Lockdown, Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown, Poster Telefilem Bini - Bini Lockdown, Pelakon - Pelakon Telefilem Bini - Bini Lockdown, Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy,

Telefilem Bini - Bini Lockdown telah pun diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 20 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Bini - Bini Lockdown ini adalah Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Eina Azman, Nadia Brian, Sangeeta Krishnasamy, Puteri Adlin Lina, Nur Aisyah Adelia, Laura Olivia dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bini - Bini Lockdown ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa dah tengok telemovie Bini - Bini Lockdown ni? apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bini - Bini Lockdown : Cerekarama TV3 

 Mengisahkan bagaimana Azim handle empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown. Bagaimana liciknya Azim ketika cuba untuk mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya, mampukah Azim handle demand keranah isterinya yang pelbagai.


 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia (TV3)


👉👉 Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)


💕💕 Drama Mek Cha Lakonan Aqasha dan Chacha Maembong (TV1)

Read More

9 Jul 2022

Sinopsis Drama The Maid 2 (Astro Ria)



Drama The Maid 2 (Astro Ria), Drama The Maid Musim 2, Poster Drama The Maid 2, Sinopsis Penuh Drama The Maid 2, Drama The Maid 2 Full Episode, Drama The Maid 2 Episod 1 Hingga 12, The Maid 2 Cast, Pelakon - Pelakon Drama The Maid 2, Norman Hakim, Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee,

Drama The Maid musim kedua kembali menemui penonton bermula 6 Julai 2022, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria. Drama The Maid 2 ini masih mengekalkan barisan pelakon asal serta diserikan dengan pelakon - pelakon lain. Antara pelakon - pelakon drama the Maid 2 ini adalah Norman Hakim, Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair dan ramai lagi. Selain itu drama The Maid 2 ini mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Michael Ang & Hadith Omar. Nampak menarik kan drama ini, mesti lawak dan best kan, Apa pun jom tengok sinopsis drama The Maid 2 ini di bawah okey..





Sinopsis Drama The Maid 2 (Astro Ria)

Drama The Maid 2 adalah kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina. Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan. Apa yang berlaku seterusnya? siapa yang membunuh Jay?





Read More

20 Sep 2021

Drama The Hotel Episod 1 Hingga 24 Lakonan Mira Filzah (Astro Ria)



Drama The Hotel, Drama The Hotel Slot MegaDrama Astro Ria, Drama The Hotel Full Episode, Poster Drama The Hotel, Info dan Sinopsis Drama The Hotel, Pelakon - Pelakon Drama The Hotel, Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis,

Drama The Hotel adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hawa yang telah tamat episodnya. Drama The Hotel ini mempunyai 24 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 15 September 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama The Hotel ini adalah Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, syok gak layan drama ni, sekali sekala tengok Mira Filzah bawa watak psiko gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama The Hotel ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

MK K-Clique sebagai Sean 
Mira Filzah sebagai Raisa
Sean Lee sebagai Umar 
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Eina Azman sebagai Julia
Yasmin Hani sebagai Maya 
Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
Nabil Aqil sebagai Arman
Azhar Amir, sebagai Syed Jamaluddin
Asha Merican sebagai Marsha
Ku Faridah sebagai Miss Ros
Alif Hadi sebagai Tengku Arif
Amir Nafis sebagai Tengku Adam

Sinopsis Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini. Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah. Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Lagu Tema / OST Drama The Hotel

💣 Sebelum nyanyian K-Clique

Tonton Drama The Hotel (Astro Ria) Full Episode

Jika terlepas menonton drama ini di Astro Ria, korang boleh menonton drama ini secara online di aplikasi Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu lebih fleksibel.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama I- Tanggang (Astro Citra)


Read More


My Random Post