14 Sep 2021

Drama Hasrat Tersirat Episod 1 Hingga 20 (Full Episode) Di Astro Prima



Drama Hasrat Tersirat, Info dan Sinopsis Drama Hasrat Tersirat, Drama Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Hasrat Tersirat,,

Drama Hasrat Tersirat adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bermula 10 September 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ali Alia yang tamat episodnya. Drama Hasrat Tersirat ini adalah drama Singapura dan mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Nasir Kamsan, Shannon Berkett, Azroy Sultan serta diterbitkan oleh Mediacorp. Antara pelakon - pelakon drama Hasrat Tersirat ini adalah Rahimah Yusoff, Azhar Norlesta, Abdullah Ahmad, Fir Rahman, Farhana M Noor , Izzat Yusoff, Fatin Amira, Shaquille Daniel, Joe Jasmi, Hashimah Hamidon, Mishall Kiara, Erwin Shah Ibrahim dan ramai lagi. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hasrat Tersirat ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Rahimah Yusoff sebagai Aisyah
Azhar Norlesta sebagai Ramli
Abdullah Ahmad sebagai Hamzah
Fir Rahman sebagai Danial
Farhana M Noor sebagai Farah
Izzat Yusoff sebagai Najib
Fatin Amira sebagai Sharifah
Shaquille Daniel sebagai Amri
Joe Jasmi sebagai Latif
Hashimah Hamidon sebagai Mansurah
Mishall Kiara sebagai Kharissa
Erwin Shah Ibrahim sebagai Dr Mazlan




Sinopsis Drama Hasrat Tersirat (Astro Prima)

Apabila ketua keluarga, Hamzah, meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah, menghadapi masalah harta pusaka, wang dan kebenaran yang dituntut anak tirinya, Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, dan seseorang dari masa silamnya. Aisyah melawan semua ini sendiri sambil cuba memelihara nama baik suaminya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Tonton Online Drama Hasrat Tersirat

Selain menonton drama ini di slot Tiara Astro Prima, korang juga boleh menonton drama ini aplikasi Astro Go dan On Demand.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Korea The Penthouse 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post