2 Sep 2021

Review dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil




Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil,

Drama Korea Flower Of Evil mula bersiaran di TVN pada 29 Julai 2020 dan tamat episodnya pada 23 September 2020. Kini drama ini disiarkan di TV3 Malaysia setiap Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini mempunyai 16 episod dan diarahkan oleh Kim Cheol Kyu. Antara pelakon drama Korea Flower Of Evil ini adalah Lee Joon Gi, Moon Chae Won, Seo Hyun Woo, Jang Hee Jin, Son Jong Hak, Nam Gi Ae, Kim Ji Hoon, Choi Byung Mo dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Oh My Baby dan kemudian akan digantikan dengan drama Tale Of The Nine Tailed. Ini adalah kali kedua Lee Joon Gi dan Moon Chae Won bergandingan dalam drama, kali pertama diorang berlakon sekali adalah menerusi drama Criminal Minds. Namun drama Criminal Minds versi Korea tak best langsung. Jadi gandingan kedua mereka dalam drama Flower Of Evil ini memang berjaya dan disukai ramai. Jalan cerita pun best, thriller, misteri dan ada plot twist gitu. Awalnya watak Baek Hee Sung / Do Hyun Soo lakonan Lee Joon Gi memang misteri habis, bila dah tahu apa sebenarnya berlaku, rasa kesian pula pada dia. Manakala Moon Chae Won pula cemerlang dengan wataknya sebagai seorang detektif polis wanita namun dalam masa yang sama menjadi seorang isteri yang manja dan penyayang serta ibu yang baik.
Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil, Drama Baru Lee Joon Gi, Drama Baru Moon Chae Won,
Ini adalah kali pertama aku melihat pelakon Kim Ji Hoon memegang watak jahat gitu. Wow boleh tahan psiko watak dia ni. Aku dah biasa tengok Kim Ji Hoon ni pegang watak anak orang kaya yang baik dan gila - gila dalam drama Jang Bo Ri is Here atau pun sebagai peguam yang tegas dalam drama Bad Thief Good Thief dan juga sebagai seorang lelaki yang cintanya bertepuk sebelah tangan dalam drama Flower Boy Next Door. Tapi lakonannya dalam drama ni memang scary dan psiko giler, memang terbaik. Apa pun kesian juga dengan watak Do Hae Soo yang merupakan kakak pada Do Hyun Soo lakonan Jang Hee Jin. Dari remaja sampailah ke dewasa, hidupnya sering diburu wartawan ekoran kisah silamnya yang mempunyai ayah yang psikopat dan pembunuh bersiri. Selain itu aku juga suka melihat hubungan Baek Hee Sung / Do Hyun Soo dengan Kim Moo Jin lakonan Seo Hyun Woo yang boleh dikategorikan dalam love hate relationship hehehe. Kim Moo Jin ni awalnya takut gila - gila dengan Do Hyun Soo siap dia kena kidnap lagi tu. Tapi dah lama - lama tu, dialah yang tolong Do Hyun Soo ni dalam segala hal. Dari takut terus jadi kawan baik pula hahaha, lagi menarik bila Kim Moo Jin ni memang mencintai Do Hae Soo yang merupakan kakak pada Do Hyun Soo sejak zaman diorang sekolah lagi. Kira Kim Moo Jin ni macam kawan sekampung gitu tapi disebabkan salah faham dia ingatkan Do Hyun Soo ni pembunuh.

Apa pun memang syok layan Korean Drama Flower Of Evil ini, aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Jadi jom tengok sinopsis penuh drama Korea Flower Of Evil di bawah ini okey




Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil

Mengisahkan Do Hyun Soo yang mengubah identitinya menjadi Baek Hee Sung dan cuba melupakan masa gelapnya dengan berkahwin dengan seorang detektif Cha Ji Won lakonan Moon Chae Won. Baek Hee Sung seorang psikopat tanpa emosi yang cuba berpura - pura menjadi seorang suami dan ayah yang sempurna di mata semua orang. Namun kehidupan barunya kini terancam apabila isterinya mengambil kes yang berkaitan dengan masa silamnya. Do Hyun Soo atau Baek Hee Sung seboleh mungkin cuba menyembunyikan kebenaran dirinya dari isterinya itu. Manakala Cha Ji Won sangat mencintai suaminya itu iaitu Baek Hee Sung dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Baek Eun Ha. Namun setelah menyiasat satu kes, dia mula sangsi dan ragu dengan suaminya sendiri. Makin Cha Ji Won cuba mencari kebenaran, satu persatu kisah silam suaminya itu mula terbongkar. Keadaan dirumitkan lagi bila Baek Hee Sung yang sebenar bangun dari koma dan menginginkan identitinya kembali. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil,
Tonton Drama Korea Flower Of Evil Full Episode 

Korang boleh menonton drama Korea Flower Of Evil ini di TV3 mahupun menonton online di aplikasi IQiyi ataupu VIU Malaysia 👉 https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-flower_of_evil-playlist-26269620


2 ulasan:

  1. dsh tengok drama ni,, mmg best!

    BalasPadam
  2. Mama baru habis tgk cite ni x boleh move on lagi. Best sgt
    http://www.mamapipie.com/2021/09/review-korean-drama-flower-of-evil.html

    BalasPadam



My Random Post