Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

8 Ogo 2022

Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra



Drama Murder By Moonlight, Drama Astro Citra, Sinopsis Drama Murder By Moonlight, Poster Drama Murder By Moonlight, Pelakon - Pelakon Drama Murder By Moonlight, Drama Murder By Moonlight Full Episode, Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8,  Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim,,

Drama Murder By Moonlight ini sudah bersiaran di Astro Citra setiap Isnin, jam 9 malam sejak 1 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Murder By Moonlight ini adalah Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang, Amir Ameezan dan ramai lagi. Selain itu Drama Murder By Moonlight ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh 4 pengarah iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Selain itu drama ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita. Nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Murder By Moonlight ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Murder By Moonlight Astro Citra
“1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” - Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara), Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4

👉👉 Review Drama Thai My Ambulance

Read More

18 Dis 2021

Telefilem Bayang Lakonan Hazama (Astro Citra)



Telefilem Bayang, Telemovie Bayang, Info dan Sinopsis Telefilem Bayang, Poster Telefilem Bayang, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Bayang, Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar,

Telefilem Bayang akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 18 Disember 2021, jam 9 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bayang ini adalah Hazama, Ayie Elham Floor 88, Cik Manggis, Boy Clifford, Syed Nahar dan ramai lagi. Nampaknya ramai penyanyi yang berlakon dalam telemovie Bayang ini. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Idril Mihat dan Irwan Rauf serta diterbitkan oleh Motion Studio dan SilentKaiju Studio. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Bayang Lakonan Hazama, Ayie Floor 88 dan Cik Manggis (Astro Citra)

Seorang jurugambar jenayah sering terambil gambar penampakan entiti aneh seperti memberi gambaran kepada satu kes lama yang masih tergantung misteri tanpa jawapan. Mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva (Astro Citra)


Read More

30 Sep 2021

Drama Hindi TV3 Vish : A Poisonous Story



Drama Hindi TV3 Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi TV3, Poster Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Info dan Sinopsis Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi Vish : A Poisonous Story Full Episode, Drama Hindi TV3 Vish, Drama Hindustan TV3, Bollywood, Sinopsis Penuh Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Vish : A Poisonous Story Cast, Debina Bonnerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha, Nalini Negi,

Drama Hindi Vish : A Poisonous Story adalah drama Hindi terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama hindi Bepanah Pyaar yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Hindi Vish : A Poisonous Story ini adalah Debina BonnerjeeSana MakbulVishal Vashishtha, Nalini Negi, Puja Banerjee dan ramai lagi. Drama Vish ini mempunyai 80 episod dan disiarkan di India pada tahun 2019 yang lalu. Drama ini diterbitkan oleh Peninsula Productions Limited dan sepatutnya drama Vish ini disambung ke musim kedua, tapi dah di cancel pula. Kini pada tahun 2021, drama Hindi Vish ini disiarkan pula di slot Sonia TV3. Kalau baca sinopsis drama Hindi Vish : A Poisonous Story ini memang nampak menarik dan macam best ja drama ni, sebab jalan cerita dia ala - ala fantasi, supernatural, thriller dan misteri gitu. Jadi kat bawah ni aku share serba sedikit sinopsis drama ini okey. Jadi selamat membaca ye..




Sinopsis 
Drama Hindi Vish : A Poisonous Story - Slot Sonia TV3

Mengisahkan tentang makhluk yang bernama Vishaili yang berbisa dan berbahaya. Vishaili berjaya mendapatkan tubuh manusia bernama Sabrina dan kekal hidup selamanya. Berbeza dengan keadaan kekasihnya Vishaila yang menjadi sebaliknya. Hal ini menyebabkan Sabrina (Vishaili) perlu membunuh manusia kerana setiap tiga belas hari, dia perlu menghantar jantung mangsanya kepada Vishaila untuk memanjangkan hayat kekasihnya itu. Di samping itu Sabrina juga mempunyai misi penting untuk mencari manusia dengan lambang Vishak untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya Vishaila. Sabrina kemudian berkahwin dengan lelaki kaya bernama Mohit, namun Mohit telah lumpuh dan tidak dapat bercakap disebabkan Sabrina kerana Mohit telah mengetahui identiti sebenar Sabrina. Sabrina kemudian mengupah Doktor Aliya untuk menjaga suaminya Mohit. Rupa - rupanya ayah pada Dr Aliya itu juga adalah mangsa pada Sabrina dan ayahnya itu telah pun mati. Dr Aliya berazam untuk menyiasat punca kematian ayahnya itu. Banyak perkara pelik yang berlaku sebelum Dr Aliya sampai ke rumah Sabrina dan Mohit itu. 
Drama Hindi TV3 Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi TV3, Poster Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Info dan Sinopsis Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi Vish : A Poisonous Story Full Episode, Drama Hindi TV3 Vish, Drama Hindustan TV3, Bollywood, Sinopsis Penuh Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Vish : A Poisonous Story Cast, Debina Bonnerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha, Nalini Negi,
Setelah Dr Aliya melihat keadaan Mohit suami Sabrina itu, dia mula perasan akan persamaan keadaan Mohit dengan ayahnya dulu. Aliya mula syak sesuatu yang tidak kena disitu dan mula menyiasatnya. Suatu hari Sabrina telah membuat satu majlis hari jadi buat suaminya Mohit. Namun kemunculan Adik Mohit iaitu Aditya dari US secara tiba - tiba telah merosakkan segalanya. Aditya sangat membenci Sabrina, bagi Aditya, Sabrina adalah punca abangnya menjadi lumpuh dan tak dapat bercakap. Awalnya Aliya dan Aditya juga sering membenci antara satu sama lain akibat salah faham. Namun lama - kelamaan Aliya dan Aditya perlahan - lahan menjadi kawan dan menjadi semakin rapat. Akhirnya Sabrina dapat tahu yang Aditya adalah orang yang dicari selama ini, iaitu manusia yang mempunyai lambang istimewa (Vishak) yang dikatakan boleh menyelamatkan nyawa Vishaila itu. Sabrina merancang untuk membunuh Aditya namun rancangannya itu gagal. Lalu Sabrina mengubah seekor kucing menjadi manusia yang bernama Katrina untuk membantu rancangannya membunuh Aditya. Walaubagaimanapun Katrina ternyata licik dan dia juga mempunyai rancangannya sendiri untuk mendapatkan Aditya supaya dia dapat hidup menjadi manusia selamanya. Apa yang berlaku seterusnya??..
Drama Hindi TV3 Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi TV3, Poster Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Info dan Sinopsis Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Drama Hindi Vish : A Poisonous Story Full Episode, Drama Hindi TV3 Vish, Drama Hindustan TV3, Bollywood, Sinopsis Penuh Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Vish : A Poisonous Story, Vish : A Poisonous Story Cast, Debina Bonnerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha, Nalini Negi,
Kalau korang nak baca sinopsis penuh drama hindi Vish : A Poisonous Story ni, korang boleh baca kat sini okey tapi ianya dalam englishlah kan --> https://en.wikipedia.org/wiki/Vish_(TV_series)



Read More

2 Sep 2021

Review dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil




Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil,

Drama Korea Flower Of Evil mula bersiaran di TVN pada 29 Julai 2020 dan tamat episodnya pada 23 September 2020. Kini drama ini disiarkan di TV3 Malaysia setiap Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini mempunyai 16 episod dan diarahkan oleh Kim Cheol Kyu. Antara pelakon drama Korea Flower Of Evil ini adalah Lee Joon Gi, Moon Chae Won, Seo Hyun Woo, Jang Hee Jin, Son Jong Hak, Nam Gi Ae, Kim Ji Hoon, Choi Byung Mo dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Oh My Baby dan kemudian akan digantikan dengan drama Tale Of The Nine Tailed. Ini adalah kali kedua Lee Joon Gi dan Moon Chae Won bergandingan dalam drama, kali pertama diorang berlakon sekali adalah menerusi drama Criminal Minds. Namun drama Criminal Minds versi Korea tak best langsung. Jadi gandingan kedua mereka dalam drama Flower Of Evil ini memang berjaya dan disukai ramai. Jalan cerita pun best, thriller, misteri dan ada plot twist gitu. Awalnya watak Baek Hee Sung / Do Hyun Soo lakonan Lee Joon Gi memang misteri habis, bila dah tahu apa sebenarnya berlaku, rasa kesian pula pada dia. Manakala Moon Chae Won pula cemerlang dengan wataknya sebagai seorang detektif polis wanita namun dalam masa yang sama menjadi seorang isteri yang manja dan penyayang serta ibu yang baik.
Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil, Drama Baru Lee Joon Gi, Drama Baru Moon Chae Won,
Ini adalah kali pertama aku melihat pelakon Kim Ji Hoon memegang watak jahat gitu. Wow boleh tahan psiko watak dia ni. Aku dah biasa tengok Kim Ji Hoon ni pegang watak anak orang kaya yang baik dan gila - gila dalam drama Jang Bo Ri is Here atau pun sebagai peguam yang tegas dalam drama Bad Thief Good Thief dan juga sebagai seorang lelaki yang cintanya bertepuk sebelah tangan dalam drama Flower Boy Next Door. Tapi lakonannya dalam drama ni memang scary dan psiko giler, memang terbaik. Apa pun kesian juga dengan watak Do Hae Soo yang merupakan kakak pada Do Hyun Soo lakonan Jang Hee Jin. Dari remaja sampailah ke dewasa, hidupnya sering diburu wartawan ekoran kisah silamnya yang mempunyai ayah yang psikopat dan pembunuh bersiri. Selain itu aku juga suka melihat hubungan Baek Hee Sung / Do Hyun Soo dengan Kim Moo Jin lakonan Seo Hyun Woo yang boleh dikategorikan dalam love hate relationship hehehe. Kim Moo Jin ni awalnya takut gila - gila dengan Do Hyun Soo siap dia kena kidnap lagi tu. Tapi dah lama - lama tu, dialah yang tolong Do Hyun Soo ni dalam segala hal. Dari takut terus jadi kawan baik pula hahaha, lagi menarik bila Kim Moo Jin ni memang mencintai Do Hae Soo yang merupakan kakak pada Do Hyun Soo sejak zaman diorang sekolah lagi. Kira Kim Moo Jin ni macam kawan sekampung gitu tapi disebabkan salah faham dia ingatkan Do Hyun Soo ni pembunuh.

Apa pun memang syok layan Korean Drama Flower Of Evil ini, aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Jadi jom tengok sinopsis penuh drama Korea Flower Of Evil di bawah ini okey




Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil

Mengisahkan Do Hyun Soo yang mengubah identitinya menjadi Baek Hee Sung dan cuba melupakan masa gelapnya dengan berkahwin dengan seorang detektif Cha Ji Won lakonan Moon Chae Won. Baek Hee Sung seorang psikopat tanpa emosi yang cuba berpura - pura menjadi seorang suami dan ayah yang sempurna di mata semua orang. Namun kehidupan barunya kini terancam apabila isterinya mengambil kes yang berkaitan dengan masa silamnya. Do Hyun Soo atau Baek Hee Sung seboleh mungkin cuba menyembunyikan kebenaran dirinya dari isterinya itu. Manakala Cha Ji Won sangat mencintai suaminya itu iaitu Baek Hee Sung dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Baek Eun Ha. Namun setelah menyiasat satu kes, dia mula sangsi dan ragu dengan suaminya sendiri. Makin Cha Ji Won cuba mencari kebenaran, satu persatu kisah silam suaminya itu mula terbongkar. Keadaan dirumitkan lagi bila Baek Hee Sung yang sebenar bangun dari koma dan menginginkan identitinya kembali. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Korea Flower Of Evil, Korean Drama Flower Of Evil, Info dan Sinopsis Drama Korea Flower Of Evil, Poster Drama Korea Flower Of Evil, Flower Of Evil Cast, Drama Korea Flower Of Evil Full Episode, Ulasan Drama Korea Flower Of Evil,
Tonton Drama Korea Flower Of Evil Full Episode 

Korang boleh menonton drama Korea Flower Of Evil ini di TV3 mahupun menonton online di aplikasi IQiyi ataupu VIU Malaysia 👉 https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-flower_of_evil-playlist-26269620


Read More

1 Ogo 2021

Episod Akhir Drama Love Elsa



Drama Love Elsa, Episod Akhir Drama Love Elsa, Ending Drama Love Elsa,
Episod Akhir Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad

Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad yang disiarkan di Astro Ria, telah pun tamat episodnya pada 26 Julai 2021 yang lalu. Drama Cik Ayu Mee Sanggul lakonan Amelia Henderson dan Aqasha akan menggantikan drama ini. Dalam episod akhir drama Love Elsa ini, Ammara dan Ridza bertemu semula di Langkawi. Setelah 8 tahun Ridza meninggalkan Ammara, akhirnya mereka bertemu tanpa sengaja. Walaupun Ammara kecewa dengan tindakan Ridza meninggalkannya, namun Ammara tetap meluangkan masanya untuk keluar bersama Ridza. Di kesempatan ini Ridza juga dapat bersama-sama dengan anak mereka Elsa. 




Akhirnya Ridza membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Ammara dan Elsa, seterusnya kembali me rumah mereka semula. Dalam masa yang sama Kamarul telah keluar dari penjara dan mula mengintip pergerakan Ammara dan Ridza. Dia ingin membalas dendam pada Ridza. Kamarul kemudiannya menculik Elsa dan Ridza berjaya mengejarnya. Namun Kamarul gagal membunuh Ridza kerana dia telah ditembak oleh Rauf. Jadi ending drama Love Elsa ni mestilah happy ending kan. Bila mereka akhirnya bahagia dan bersama - sama semula. 

Read More

22 Jun 2021

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side



Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side

Ikutkan dah lama tengok drama Korea Missing : The Other Side ni, rasanya tahun sudah kot, lagipun drama ni pun release bulan Oktober 2020 dan disiarkan di channel OCN sebanyak 12 episod. Cuma tulah aku yang tak sempat nak buat review sebab sibuk sikit hehe. Tak lama lepas tu Korean Drama Missing : The Other Side ni tengah hangat disiarkan di TV3 pula iaitu hari Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Malam ni iaitu 22 Jun dah masuk episod akhir dah drama ni. Aku bila tengok tajuk drama ini serta baca sinopsis drama ni memang dah tertarik nak menonton drama ni, lagi pun episod drama ni tak panjang pun hanya 12 episod je. Plus jalan ceritanya yang bergenre misteri, fantasi dan thriller ni membuatkan penonton tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya dan apakah kesudahannya. Antara pelakon drama Korea Missing : The Other Side ini adalah Go Soo, Heo Jun Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, Seo Eun Soo, Song Geon Hee, Kang Mal Geum, Jung Young Sook, Lee Yoon Jae dan ramai lagi. Drama Korea Missing : The Other Side ni mengisahkan tentang Kim Wook lakonan Go Soo yang merupakan seorang penipu yang selalu membuat penipuan pada orang - orang jahat. Suatu hari dia secara tak sengaja ternampak satu kes penculikan Choi Yeo Na lakonan Seo Eun Soo dan merakam video mengenai penculikan itu.




Malangnya hal itu disedari oleh samseng - samseng yang menculik Choi Yeo Na lalu mereka mengejar Kim Wook. Kim Wook melarikan diri ke hutan dan dia kemudian diselamatkan oleh Jang Pan Seok yang tinggal seorang diri di hutan tersebut. Kim Wook kemudian terjumpa sebuah kampung di tengah - tengah hutan tersebut, namun Jang Pan Seok telah memberi amaran pada Kim Wook supaya meninggalkan hutan tersebut secepat mungkin. Namun Kim Wook tetap berkeras tinggal disitu. Lama - kelamaan barulah Kim Wook sedar yang kampung tersebut bukanlah kampung yang biasa, sebaliknya ianya perkampungan untuk orang - orang mati yang mana badan / jasad mereka tidak pernah dijumpai, jadi mereka terperangkap dan tinggal di kampung tersebut. Hanya Jang Pan Seok dan Kim Wook yang mampu melihat perkampungan itu dan orang - orang yang tinggal di situ. Choi Yeo Na juga turut berada di kampung tersebut dan Kim Wook mengecamnya, namun berpura - pura seperti tidak tahu apa - apa. Di peringkat awal Kim Wook banyak menimbulkan masalah di perkampungan tersebut kerana tidak mengetahui hal sebenar. Namun setelah kebenaran diketahuinya, Kim Wook ingin mengikut jejak langkah Jang Pan Seok untuk cuba membantu mereka di perkampungan tersebut.

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Dalam masa yang sama tunang Choi Yeo Na iaitu Shin Joon Ho yang merupakan seorang pegawai polis berusaha untuk mencari Choi Yeo Na. Dia juga mengenali Kim Wook dan berasa pelik melihat Kim Wook terbabit dalam setiap kes yang disiasatnya. Kim Wook pula tidak sampai hati untuk memberitahu Shin Joon Ho yang tunangnya Choi Yeo Na telah mati. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Missing : The Other Side. Kisah Choi Yeo Na dan Shin Joon Ho ni agak sedih sebenarnya. Selain itu kisah Jang Pan Seok yang masih mencari anak perempuannya Jang Hyun Ji yang hilang sudah sekian lama tu juga menyayat hati. Setiap penghuni yang tinggal di perkampungan tersebut mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Scene ketika Kim Wook hilang kawan baiknya tu juga sedih habis, walaubagaimanapun suasana di kawasan perkampungan tu sangat ceria gitu, semua hidup dalam keadaan aman damai gitu. Tapi bila badan atau jasad mereka ditemui, mereka akan lenyap dari kampung tersebut. Jadi bila perpisahan berlaku, suasana jadi sedihlah kan. Apa pun memang geram dengan orang jahat dalam drama ni, disebabkan tamak, diorang sanggup membunuh ramai orang. 

Apa pun aku tak naklah bagi spoiler mengenai episod akhir drama Korea Missing : The Other Side atau pun endingnya. Semua misteri dan persoalan serta kebenaran akan terjawab di episod akhir drama ini. Tapi ada jugalah yang aku kurang puas hati sikit mengenai kelebihan yang dimiliki Jang Pan Seok dan Kim Wook di ending drama ini. Pendek kata drama ni memang best, aku bagi 8.5/10 bintang untuk drama ini..

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Tonton Online Drama Korea Missing : The Other Side

Bagi yang terlepas menonton drama ini di tv, korang boleh menonton Korean Drama  Missing : The Other Side ini secara online di aplikasi Viu dan iQiyi.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu (TV3)

Read More

15 Mei 2021

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick (TV3)



Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Telemovie Misteri Mona Kuserumu Kembali, Cerekarama Misteri Mona Kuserumu Kembali, Info dan Sinopsis Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Pelakon - Pelakon Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali, Janna Nick, Elisya Sandha, Cerekarama TV3,

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu iaitu15 Mei 2021, jam 10 malam. Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini adalah sambungan pada drama Misteri Mona yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Antara pelakon telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini adalah Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff, Irshad Has dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Misteri Mona Kuserumu Kembali ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh Aquila Emas. Wah tak sabar nak tahu kesinambungan kisah Anom dan Mona tu dan apa kesudahannya dalam telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali ini. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem 
Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick - Cerekarama TV3 

Setelah berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia. Anom sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona. Anom rasa sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Namun, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumah itu bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Puaka Hari Raya Lakonan Hisyam Hamid (Astro Citra)
Read More

3 Nov 2020

Drama Hotel Del Luna Episod 1 Hingga Episod 16 (Akhir)



Drama Hotel del Luna, Korean Drama Hotel Del Luna, Review Drama Korea Hotel Del Luna, Sinopsis Drama Korea Hotel Del Luna,

Drama Korea Hotel Del Luna ini antara drama Korea kesukaan aku, jalan ceritanya unik, lain dari yang lain dan memang syok layan drama ni. Pelakon - pelakon drama Korea Hotel Del Luna ini adalah Lee Ji Eun (IU), Yeo Jin Goo, Shin Jung Geun, Pyo Ji Hoon, Kang Mi Na, Bae Hae Sun, Lee Do Hyun, Seo Yi Sook dan ramai lagi. Lebih menarik lagi bila Korean Drama Hotel Del Luna ini kini tengah hangat disiarkan di TV3 gitu. Malah drama ini juga tersenarai dalam Top 3 drama Korea Terbaik Pilihan Aku untuk Tahun 2019. Kalau nak tahu drama Korea lain yang menjadi pilihan aku, korang boleh baca kat sini ye ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Top 21 Drama Korea Terbaik 2019 Aku juga ada buat review panjang lebar mengenai drama ini okey, siap selit Hotel Del Luna Quotes yang best - best lagi gitu.  Kalau korang nak baca review yang aku buat tu, bolehlah baca kat sini okey ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review Drama Korea Hotel Del Luna
Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menonton drama ini di aplikasi VIU ⏩⏩https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-hotel_del_luna-playlist-25977263




Sinopsis Drama Korea Hotel Del Luna

Hotel del Luna (secara rasmi disebut sebagai "Guest House of the Moon"), yang terletak di Seoul, tidak seperti mana-mana hotel lain: pelanggannya adalah semua hantu, dan ia tidak dapat dilihat dalam bentuk sebenar pada siang hari. Semasa era Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man-wol (Lee Ji-eun (IU) ) meminum minuman keras yang tanpa disedari memalingkannya ke pemilik rumah tamu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk mencarinya. Dia telah berjaya menjalankan hotel selama 1,000 tahun yang lalu sebelum bertemu dengan pengurus baru Chan Chan-Seong (Yeo Jin-goo).

Read More

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali




Telefilem Ghairah, Telemovie Ghairah, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Ghairah, Poster Telefilem Ghairah, Senarai Pelakon Telefilem Ghairah, Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar, Telefilem Astro 2020,

Telefilem Ghairah akan disiarkan di Astro Citra pada 8 Februari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Ghairah ini adalah Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ghairah ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Dear Creative Sdn Bhd. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Ghairah karya Zura Anwar, nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh akan diupdate nanti..




Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali (Astro Citra)

Mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yang hilang ingatan selepas mengalami satu kemalangan misteri. Ara (Sara Ali) isteri pada Dani merupakan seorang wartawan mula menjaga Dani dan cuba mengembalikan ingatan Dani. Rakan sekerja Ara iaitu Hafiz (Jay Iswazir) berasa sangsi dengan kejadian yang menimpa Dani. Dia merasakan ada seseorang yang memburu Dani tapi Dani bernasib baik kerana terselamat. Hafiz cuba menyiasat kes Dani namun Ara tidak mahu Hafiz untuk terus menyiasat kes tersebut dan campurtangan dalam hidup Dani. Ara kemudian membawa Dani pulang ke rumah mereka yang terletak dikawasan terpencil dan awalnya semuanya kelihatan baik, namun lama - kelaman Dani mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya? Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid
➔ Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)
Read More


My Random Post