Memaparkan catatan dengan label Sara Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sara Ali. Papar semua catatan

6 Apr 2023

Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen



Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Original Viu Malaysia, Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Nenek Bongkok Tiga Episod 1 Hingga 10, Drama Nenek Bongkok Tiga Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Mack Lubis, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sherie Merlis, Sofea Jane,
Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen 

Drama Nenek Bongkok Tiga telah pun disiarkan di Viu Malaysia sejak 9 Februari yang lalu hingga 30 Mac 2023 sebanyak 10 episod. Antara pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Sofea Jane, Raykarl Iskandar, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan ramai lagi. Barisan pelakon pun memang dah best, plus jalan ceritanya yang seram memang buat aku tertarik nak menonton drama ini. Zaman 90 an dulu, game nenek si bongkok tua ni memang sering dimainkan oleh kanak - kanak. Tapi kreatif juga dari lagu permainan tu diorang buat jadi drama gitu. Hun Haqeem dan Meerqeen dalam satu drama kenalah tengok, betul tak hehe. Plus Meerqeen dalam drama ni agak jahat sikitlah masa awal - awal tu, percakapan dia kasar dan suka cari gaduh je. Watak Syafie Naswip tu memang buat aku geram, dari penakut nak bunuh diri bagai boleh berubah jadi psiko pula. Manakala watak Hun Haqeem ni memang baik tapi kesian bila dia terpaksa berkorban gitu. Sinematografi drama ni memang cantik sebab ada CGI semua, para pelakon pun banyak kena berlakon kat green screen especially scene - scene macam atas jeti tu. Paling best of courselah dengan kehadiran pelakon senior seperti Sofea Jane dan Sherie Merlis. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen - Astro Ria / Viu

Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Akhirnya mereka sedar yang mereka perlu jadi pengganti nenek dan menjadi penjaga tuan tanah. Kalau tidak mereka yang perlu jadi makanan untuk tuan tanah. Siapa yang dipilih untuk menjadi penjaga tuan tanah dan siapa yang perlu dikorbankan? dapatkeh kesemua mereka keluar dari tempat itu dengan selamat?..


Read More

27 Nov 2022

Telefilem Hello Suria (Awesome TV)



Telefilem Hello Suria, Telefilem Hello Suria Awesome TV, Telemovie Awesome TV, Telemovie Hello Suria, Poster Telefilem Hello Suria, Sinopsis Telefilem Hello Suria, Telefilem Hello Suria Full Movie, Hello Suria Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Hello Suria, Sara Ali, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Syuhaida Abraz (Dottie), Chew Kin Wah, Zera Hariz, Norzizi Zulkifli,

Telefilem Hello Suria akan diulang siar di Awesome TV di saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV pada 27 November 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Hello Suria ini adalah  Sara Ali, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Syuhaida Abraz (Dottie), Chew Kin Wah, Zera Hariz, Norzizi Zulkifli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hello Suria ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd. Nampak macam sweet je telefilem ini kan,  Jadi jom tengok sinopsis telemovie Hello Suria di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Hello Suria 
Lakonan Beto Kusyairy dan Sara Ali Di Awesome TV

Mengisahkan mengenai detik pertemuan dan percintaan serta cabaran di antara dua insan, Suria dan Ilham. Cerita ini bermula apabila seorang gadis mencari cinta bertemu seorang lelaki pecinta kucing. Adakah kucing, kopi dan buku boleh satukan dua jiwa ini? Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

3 Sep 2022

Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa



Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Review Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Air Force The Movie Cast, Pelakon - Pelakon Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel,

Pada 29 Ogos 2022 yang lalu aku sempat menonton filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di panggung wayang. Not bad gak jalan ceritanya, bila menonton di panggung wayang ni lebih feel, berbanding menonton di rumah. Awalnya skeptikal juga sebab aku tak begitu minat menonton filem - filem pasal perang, tembak - menembak, bom mengebom ni semua. Namun begitu aku rasa syok jugak menonton filem ini, sebab jalan ceritanya menarik dan mudah difahami. Scene - scene perang tu semua kira okeyla bagi aku, pastu rasa kesian juga pada mereka yang terkorban dalam tu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka dan lakonan mereka berkesan dan menyakinkan. Kat sini aku tak nak bagi review panjang - panjang, just aku suka dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa. Antara pelakon - Pelakon filem Air Force The Movie ini adalah Aiman Hakim, Adi Putra, Nas T, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Azira Shafinaz, Anas Ridzuan, Iman Corrine, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Esma Daniel, Aqasha dan ramai lagi. Jadi apa pun jom tengok sinopsis filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di bawah ini okey..




Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim), bakal abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


Read More

8 Ogo 2022

Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra



Drama Murder By Moonlight, Drama Astro Citra, Sinopsis Drama Murder By Moonlight, Poster Drama Murder By Moonlight, Pelakon - Pelakon Drama Murder By Moonlight, Drama Murder By Moonlight Full Episode, Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8,  Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim,,

Drama Murder By Moonlight ini sudah bersiaran di Astro Citra setiap Isnin, jam 9 malam sejak 1 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Murder By Moonlight ini adalah Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang, Amir Ameezan dan ramai lagi. Selain itu Drama Murder By Moonlight ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh 4 pengarah iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Selain itu drama ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita. Nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Murder By Moonlight ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Murder By Moonlight Astro Citra
“1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” - Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara), Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel. Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4


Read More

19 Jun 2021

Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) Astro Citra



Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Telefilem Astro Citra, Telemovie Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Poster Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Info dan Sinopsis Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Pelakon - Pelakon Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Sara Ali, Qody Rani, Coki, Dayang Areeda,

Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) akan disiarkan pada Sabtu ini iaitu pada 19 Jun 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Barisan pelakon telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) ini terdiri daripada Sara Ali, Qody Rani, Dayang Areeda, Muhammad Danish Daniel (Coki), Tuan Asmawi, Hamdan Senario, Arie Zaharie, Farisha Irwayu, Juliana Evans dan ramai lagi. Selain itu Telemovie  Sumpahan Orang Putih (SOP) ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wah nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Sumpahan Orang Putih ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) Lakonan Sara Ali, Qody Rani, Coki dan Dayang Areeda (SOP) Astro Citra

Kaseh terperangkap di sebuah chalet yang dimiliki oleh Richard Benson. Terdapat beberapa orang pekerja Mr Benson yang terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri. Pelbagai usaha dilakukan untuk dia keluar dari situ namun tidak berjaya. Kaseh serta penghuni lain perlu merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang memiliki masalah keluarga. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah misteri itu dirungkai oleh mereka dan seterusnya keluar daripada situ?..

Read More

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali




Telefilem Ghairah, Telemovie Ghairah, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Ghairah, Poster Telefilem Ghairah, Senarai Pelakon Telefilem Ghairah, Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar, Telefilem Astro 2020,

Telefilem Ghairah akan disiarkan di Astro Citra pada 8 Februari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Ghairah ini adalah Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ghairah ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Dear Creative Sdn Bhd. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Ghairah karya Zura Anwar, nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh akan diupdate nanti..




Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali (Astro Citra)

Mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yang hilang ingatan selepas mengalami satu kemalangan misteri. Ara (Sara Ali) isteri pada Dani merupakan seorang wartawan mula menjaga Dani dan cuba mengembalikan ingatan Dani. Rakan sekerja Ara iaitu Hafiz (Jay Iswazir) berasa sangsi dengan kejadian yang menimpa Dani. Dia merasakan ada seseorang yang memburu Dani tapi Dani bernasib baik kerana terselamat. Hafiz cuba menyiasat kes Dani namun Ara tidak mahu Hafiz untuk terus menyiasat kes tersebut dan campurtangan dalam hidup Dani. Ara kemudian membawa Dani pulang ke rumah mereka yang terletak dikawasan terpencil dan awalnya semuanya kelihatan baik, namun lama - kelaman Dani mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya? Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid
➔ Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)
Read More

7 Okt 2019

Sinopsis Telefilem Peraturan Lakonan Shukri Yahaya dan Sara Ali




Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem, Telemovie, Astro Citra, Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Sinopsis Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem Terbaru Lakonan Shukri Yahaya, Telefilem Terbaru Lakonan Sara Ali, Watak - Watak Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Senarai Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd,

Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati telah pun disiarkan serentak di Astro Citra dan Astro Ria pada 5 Oktober 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Peraturan ini adalah Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd dan ramai lagi. Aku dah tengok telemovie Peraturan ni, boleh tahan juga jalan ceritanya, lakonan Shukri Yahaya tu memang terbaiklah. Selain itu, ini kali kedua aku melihat Shukri Yahaya bergandingan dengan Sara Ali selepas drama bersiri Split. Telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader, apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati Lakonan Shukri Yahaya dan Sara Ali

Mengisahkan Owdy (Shukri Yahaya) yang telah kematian isterinya, Fatin (Sara Ali) dan juga anaknya yang masih dalam kandungan. Namun Owdy masih dapat melihat roh isterinya di dalam rumah mereka itu. Fatin sering meminta Owdy untuk mencari hati pembunuhnya dan Owdy yang sememangnya mempunyai penyakit mental akhirnya menjadi pembunuh bersiri. Owdy memburu kesemua mereka yang telah melakukan kesalahan trafik yang menyebabkan kematian isterinya. Mangsanya yang terakhir adalah Habil (Shah Radhi Hazvee), Detektif Mustakim (Fauzi Nawawi) dan Detektif Adam (Meor Mohd) buntu dalam menyelesaikan kes tersebut kerana mereka tidak dapat nak mengagak motif pembunuhan serta perkaitan antara mangsa. 
Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem, Telemovie, Astro Citra, Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Sinopsis Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem Terbaru Lakonan Shukri Yahaya, Telefilem Terbaru Lakonan Sara Ali, Watak - Watak Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Senarai Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd,
Tak lama kemudian, Owdy terlihat seorang lelaki yang mirip dengan Habil iaitu Qabil yang merupakan abang kembar pada Habil dan turut berada di tempat kejadian. Owdy kemudian cuba mencari jalan untuk membunuh Qabil pula, hal makin rumit apabila Owdy menjadi suspek utama kes pembunuhan Habil setelah Detektif Mustakim dan Adam pergi berjumpa dengan ibu Owdy (Fazlina Ahmad Daud). Owdy pula masih tidak berputus asa untuk membunuh Qabil, kali ini dia cuba mengumpan Qabil untuk datang padanya dengan menculik Marisa (Fatin Idania Azmi) yang merupakan tunang pada Habil, adik kembarnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

14 Nov 2018

Baca Online Novel Split




Split, Novel Split, Karya Novelis Nurul Ain Syuhada, Novel Online, Split TV Series, Drama Split TV Series, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Novel Split, Baca Online Novel Split Bab 1 Hingga Bab 30, Astro Citra, Drama Melayu, Drama Best, Drama Bersiri, Ala - Ala Drama Korea Kill Me Heal Me, Split Personality, Dissociative Identity Disorder, Split Cast, Pelakon Drama Split TV Series, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Iskandar, Juliana Evans, 2018, Cover Depan Novel Split,

Novel Split karya novelis Nurul Ain Syuhada telah pun diadaptasikan menjadi drama Split TV Series yang disiarkan di Astro Citra, setiap Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Shukri Yahaya dan Sara Ali akan menjadi pelakon utama drama adaptasi novel Split ini, Shukri Yahaya akan melakonkan beberapa watak iaitu Mikael, Hafez, Adam, Encik Sufian, Dhia, Jeff dan Kid. Manakala Sara Ali akan melakonkan watak Maryam. Tak dinafikan ramai yang cakap jalan ceritanya ada persamaan dengan drama Korea Kill Me Heal Me, macam ada 7 personaliti tu, walaubagaimanapun tak adalah sama banyak pun, sikit - sikit je. Best juga dapat tengok drama yang berkaitan D.I.D (Dissociative identity disorder) / split personality versi melayu gitu. Apa pun jom tengok sinopsis novel Split d bawah ini ye, selamat membaca.




Sinopsis Novel Split

MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan…Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!
“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL
“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM
Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!
“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ
“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM
Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.
 

Jadi sambil - sambil tengok drama Split TV Series di televisyen tu, korang juga boleh baca Novel Split ini secara online juga, caranya dengan klik link di bawah ini ye, selamat membaca okey..
Read More


My Random Post