Memaparkan catatan dengan label Syafie Naswip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafie Naswip. Papar semua catatan

6 Apr 2023

Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen



Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Original Viu Malaysia, Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Nenek Bongkok Tiga Episod 1 Hingga 10, Drama Nenek Bongkok Tiga Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Mack Lubis, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sherie Merlis, Sofea Jane,
Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen 

Drama Nenek Bongkok Tiga telah pun disiarkan di Viu Malaysia sejak 9 Februari yang lalu hingga 30 Mac 2023 sebanyak 10 episod. Antara pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Sofea Jane, Raykarl Iskandar, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan ramai lagi. Barisan pelakon pun memang dah best, plus jalan ceritanya yang seram memang buat aku tertarik nak menonton drama ini. Zaman 90 an dulu, game nenek si bongkok tua ni memang sering dimainkan oleh kanak - kanak. Tapi kreatif juga dari lagu permainan tu diorang buat jadi drama gitu. Hun Haqeem dan Meerqeen dalam satu drama kenalah tengok, betul tak hehe. Plus Meerqeen dalam drama ni agak jahat sikitlah masa awal - awal tu, percakapan dia kasar dan suka cari gaduh je. Watak Syafie Naswip tu memang buat aku geram, dari penakut nak bunuh diri bagai boleh berubah jadi psiko pula. Manakala watak Hun Haqeem ni memang baik tapi kesian bila dia terpaksa berkorban gitu. Sinematografi drama ni memang cantik sebab ada CGI semua, para pelakon pun banyak kena berlakon kat green screen especially scene - scene macam atas jeti tu. Paling best of courselah dengan kehadiran pelakon senior seperti Sofea Jane dan Sherie Merlis. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen - Astro Ria / Viu

Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Akhirnya mereka sedar yang mereka perlu jadi pengganti nenek dan menjadi penjaga tuan tanah. Kalau tidak mereka yang perlu jadi makanan untuk tuan tanah. Siapa yang dipilih untuk menjadi penjaga tuan tanah dan siapa yang perlu dikorbankan? dapatkeh kesemua mereka keluar dari tempat itu dengan selamat?..


Read More

2 Okt 2022

Telefilem Pondok Senja (TV3)



Telefilem Pondok Senja TV3, Telemovie Pondok Senja tv3, Telefilem Pondok Senja Full Movie, Info dan Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3, Pondok Senja Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Pondok Senja, Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Syafie Naswip, Cerekarama Pondok Senja,

Telefilem Pondok Senja telah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2016 yang lalu dan kini diulang siar semula pada Sabtu ini 1 Oktober 2022, jam 10.30 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Pondok Senja ini adalah Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Shafie Naswip, Kamal Sumbu dan ramai lagi. Selain itu telemovie Pondok Senja ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa pernah tengok telefilem ini masa ianya disiarkan dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Pondok Senja di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3

Mengisahkan sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaiti Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima

Read More

17 Ogo 2022

Drama Remang (TV3)



Drama Remang TV3, Slot Tonton Malam Seram, Poster Drama Remang TV3, Sinopsis Drama Remang TV3, Poster Drama Remang TV3, Drama Remang Episod 1 Hingga 12, Drama Remang Full Episode, Remang Cast, Pelakon - Pelakon Drama Remang,

Drama Remang sudah mula bersiaran di TV3 bermula 1 Ogos 2022 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 11 malam di slot baru iaitu slot Tonton Malam Seram TV3. Antara pelakon drama Remang ini adalah Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Shamielya Shamsul, Chacha Maembong, Airil Hafiz, Angeline Tan, Kent Tan, Aween Ismail, Adam Corrie, Iman Suhana, Fiza Halim, Shyrim Husni dan ramai lagi. Selain itu drama Remang ini mempunyai 12 episod dan diarahkan oleh Khairul Rizam serta diterbitkan oleh Anomali Media & Production Sdn Bhd. Jalan cerita Remang tidak bersifat bersambung-sambung, dan sebaliknya, setiap episod mempunyai kisah yang berlainan. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Remang Lakonan Syafie Naswip TV3

Mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay (Syafie Naswip) yang cuba untuk naikkan rating (populariti) pendengar dalam slot tengah malam yang diuruskannya. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawanya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai "Remang Malam". Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar yang akan menceritakan kisah-kisah seram yang pernah dihadapi mereka, dan juga kisah-kisah yang lazim berlaku dalam masyarakat Melayu.

Senarai Episod Drama Remang

1) Dendam Saka
2) Pak Cik Tumpang
3) Botol Puaka
4) Tangkai

Lagu Tema / OST Drama Remang

👄👄 Makuta nyanyian Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ku Punya Hati Lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3


👉👉 Drama Dia Bukan Bidadari Lakonan Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1


💕💕 Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Episod 1 Hingga 28 Di Slot MegaDrama Astro Ria

Read More

2 Jul 2022

Cerekarama Mencari Siratul Mustaqeem (TV3)



Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Telemovie Mencari Siratul Mustaqeem, Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem,Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Mencari Siratul Mustaqeem Cast, Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Full,

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Mencari Siratul Mustaqeem ini adalah Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mencari Siratul ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures. Apa pun nampak menarik kan telemovie Mencari Siratul Mustaqeem ni kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem - Slot Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga. Dia juga mahu tumpukan perhatian pada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan. Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama. Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Aida Adha (TV1)



Read More

24 Jun 2022

Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey



Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek TV Okey, Drama TV Okey, Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek, Novel PA Lelaki Kerek, Drama Adaptasi Novel, PA Lelaki Kerek Cast, Pelakon - Pelakon Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek Full Episode, Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey,

Drama PA Lelaki Kerek hampir sampai ke penghujungnya, drama ini disiarkan di TV Okey bermula 4 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 2.30 petang. Antara pelakon drama PA Lelaki Kerek ini adalah Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry dan ramai lagi. Selain itu drama PA Lelaki Kerek ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada novel P.A Lelaki Kerek' karya Rose Eliza. Drama PA Lelaki Kerek ini disiarkan bagi menggantikan drama Imamku Okey yang telah tamat episodnya serta diarahkan oleh Haris Kadir dan diterbitkan oleh Pro Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama PA Lelaki Kerek ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
Syafie Naswip sebagai Naufal
Wan Sharmila sebagai Melisa
Afifah Nasir sebagai Imelda
Adi Putra sebagai Irshad
Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal




Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek - TV Okey

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu. Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat. Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?
Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek TV Okey, Drama TV Okey, Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek, Novel PA Lelaki Kerek, Drama Adaptasi Novel, PA Lelaki Kerek Cast, Pelakon - Pelakon Drama PA Lelaki Kerek, Drama PA Lelaki Kerek Full Episode, Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey,
Tonton Drama PA Lelaki Kerek Full Episode

Selain dari kaca tv, korang juga boleh menonton drama ini secara online di RTM KLIK



👉👉 Drama Lockdown 2 (Astro Ria)
Read More

21 Jun 2022

Drama Aku Yang Merinduimu Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1



Drama Aku Yang Merinduimu TV1, Drama Aku Yang Merinduimu Slot Widuri TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu TV1, Poster Drama Aku Yang Merinduimu, Drama Aku Yang Merinduimu Full Episode, Aku Yang Merinduimu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Yang Merinduimu, Drama TV1,

Drama Aku Yang Merinduimu sudah pun disiarkan di Slot Widuri TV1 bermula 15 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 bagi menggantikan Drama Juliet. Antara pelakon drama Aku Yang Merinduimu ini adalah Syafie Naswip, Elisya Sandha, Eleen Arisha, John Tan, Mior Hashim Manap, Aliah Lee, Isaac Iman, Iman Suhana, Zarul Imran, Jesse Lim, Neera Azizi, Shekeen Waida, Auni Zahra dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Yang Merinduimu ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amor Rizan serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Yang Merinduimu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Syafie Naswip sebagai Tengku Danial
Elisya Sandha sebagai Husna
Eleen Arisha sebagai Siti
John Tan sebagai Eric
Mior Hashim Manap sebagai Pak Seman
Aliah Lee sebagai Engku Mariam
Isaac Iman sebagai Rayyan
Iman Suhana sebagai Tengku Zalia
Zarul Imran sebagai Zizan
Jesse Lim sebagai Vincent
Neera Azizi sebagai Tasya
Shekeen Waida sebagai Lily
Auni Zahra sebagai Husna




Sinopsis Drama Aku Yang Merinduimu Slot Widuri TV1

Ibu dan ayah Husna telah terlibat dalam kemalangan dan selepas itu, Husna dibesarkan oleh datuknya, Pak Seman. Apa yang berlaku seterusnya..

Lagu Tema / OST Drama Aku Yang Merinduimu

👄👄 Penghujung Rindu nyanyian Ayu Damit 

Tonton Drama Aku Yang Merinduimu Full Episode di Slot Widuri TV1

Drama Aku Yang Merinduimu Episod 1 hingga 26 boleh ditonton secara online di RTM Klik 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Lockdown 2 (Astro Ria)


Read More

30 Mei 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam (Awesome TV)



Telefilem Takbir Semalam, Telemovie Takbir Semalam, Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam, Poster Telefilem Takbir Semalam, Pelakon - Pelakon Telefilem Takbir Semalam, Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Telemovie Awesome TV,

Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan di di slot Ohsem Tele Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV  saluran 112). pada 30 Mei 2021 ini. Antara pelakon telefilem Takbir Semalam Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Siti Hariesa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Takbir Semalam ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ni kan, mesti sedih kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Takbir Semalam ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Takbir Semalam Lakonan Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly (Awesome TV)

Mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri. Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.

Read More

31 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip (TV1)



Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi, Poster Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Islamik, Pengajaran, Pelakon - Pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka,

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 31 Oktober 2020, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini adalah Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Prokuya Studios Sdn Bhd. Kalau tak silap aku, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini pernah mencetuskan kontroversi juga sebab ada sesetengah pihak yang menentang tayangan telefilem ini disebabkan jalan ceritanya. Apa pun nampak menarik juga telefilem ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip dan Fezrul Khan (TV1)

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya Mampukah Hamid menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.TMengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?.

Read More


My Random Post