27 Okt 2020

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani (TV3)



Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Slot Lestary TV3, Poster Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta,
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani (TV3)

Drama Lelaki Lingkungan Cinta adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan drama Kampung People 2 yang telah tamat episodnya. Drama Lelaki Lingkungan Cinta ini telah mula bersiaran sejak 21 Oktober yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil dan ramai lagi. Selain itu drama ini diinspirasikan daripada Novel Lelaki Lingkungan Cinta karya Lily Haslina Nasir. Manakala pengarah drama ini adalah Emi Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Lebih menarik bila Lagu Tema / OST Drama Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah lagu terbaru nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza bertajuk Siapa Tak Mahu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani - Slot Lestary TV3

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani). Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya. Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?
Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Slot Lestary TV3, Poster Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta 
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej. Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.
Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri
“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib
“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Telefilem Ada Yang Ngikut (Astro Citra)

⏩⏩ Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin (Astro Citra)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post