Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3
Drama Ryan Aralyn adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Pengantin Satu Malam yang telah tamat episodnya. Drama Ryan Aralyn mula bersiaran sejak 25 September yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Ryan Aralyn ini adalah Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Qaisworks Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
Sinopsis Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Fify Azmi - Slot Akasia TV3
Mengisahkan Kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, anaknya Amir dan perangai isterinya Hanis (Fify Azmi) yang keras kepala dan tidak menghormatinya. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Ryan seorang yang baik hati, rajin bekerja dan disenangi penduduk kampung. Manakala Hanis pula tidak berasa bahagia walaupun mendapat suami sebaik Ryan. Hanis sangat liar dan sukar dikawal, suatu hari Hanis mendapati dirinya mengandung. Ryan ragu - ragu dengan kandungan Hanis itu dan yakin yang anak itu bukan anaknya. Malah perkahwinan Ryan dan Hanis sebelum ini juga bukan atas kerelaan Ryan. Hanis sengaja memerangkap Ryan untuk dijadikan pak sanggup untuk berkahwin dengannya kerana dia telah pun mengandung ketika itu. Walaupun Amir bukan anak kandungnya, Ryan tetap menjaga dan menyayangi Amir sepenuh hati.
Kak Ruby (Raja Azura) bersimpati dengan nasib Ryan dan cuba menolong apa yang boleh. Aralyn (Raysha Rizrose) dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan begitu teruja merancang perkahwinannya dengan Zarul (Shah Iskandar). Namun Zarul sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin dan sentiasa mahu berpoya - poya dan enjoy dengan kehidupan bujangnya. Mak Aralyn iaitu Puan Nora (Aishah Atan) berasa tidak sedap hati dengan perangai Zarul itu dan cuba menasihati anaknya itu. Namun Aralyn sangat mempercayai Zarul dan yakin Zarul akan menjadi suami yang terbaik untuknya. Satu kemalangan telah berlaku antara Aralyn dan Ryan yang telah menyebabkan Aralyn menjadi lumpuh. Mereka kemudiannya dipertemukan semula namun kebenaran terus dipendam oleh Ryan. Mampukan resah ini diluahkan demi cinta. Apa yang berlaku seterusnya?..
💘 Penat nyanyian Andi Bernadee
💘 Entah Apa nyanyian Aepul Roza dan Sarah Suhairi
💘 Manusia nyanyian Caliph Buskers
💘 Leka nyanyian Ezad Lazim
💘 Ku Tak Rela nyanyian Danial
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Drama Ryan Aralyn
first time tengok zul ariffin berlakon jadi orang miskin.hehe
BalasPadamsuka raysha berlakon nmpk bersahaja
BalasPadamsalam kenal..dari segmen tiara..drama tv tak follow sebab once da follow ketagih pula dok tgk je heheh
BalasPadam