15 Jun 2022

Drama Lockdown 2 (Astro Ria)




Drama Lockdown 2, Drama Astro Ria, Poster Drama Lockdown 2, Info dan Sinopsis Drama Lockdown 2, Lockdown 2 Cast, Drama Lockdown 2 Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Lockdown 2, Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein,
Drama Lockdown 2 Episod 1 Hingga 20 Full Episode di Astro Ria

Drama Lockdown 2 telah pun disiarkan di Astro Ria bermula 6 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Scammer 2 yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Lockdown 2 ini adalah Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Wan Maimunah, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle, Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Iqram Dinzly, Fify Afrina, Zulaika Zary, Nabila Razali, Syed Iqmal, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Sabhi Sadhi, Natasha Elyzza, Ellie Suriaty, Rosdeen Suboh, Mimi Ernida, Amerul Affendi, Dto Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida, Uyaina Arshad dan ramai lagi. Selain itu drama Lockdown 2 ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar & Ain Sharif serta diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd. Drama Lockdown 2 ini memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Nampak macam best je kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Lockdown 2i ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Lockdown 2

Janna Nick sebagai Lola
Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
Shera Aiyob sebagai Fitrah
Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
Amerul Affendi sebagai Kamarul
Mimi Ernida sebagai Mariam
Wan Maimunah sebagai Tok Ma
Dini Schatzmann sebagai Kimie
Zulaika Zary sebagai Akila
Sabhi Saddi sebagai Hadi
Rosdeen Suboh sebagai Radhi
Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa




Sinopsis Drama Lockdown 2 - Astro Ria

Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. 
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua. Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.  

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post