18 Jun 2022

Telefilem Kayuh TV1



Telefilem Kayuh TV1, Telemovie Kayuh, Sinopsis Telefilem Kayuh TV1, Slot Panggung RTM TV1, Pelakon - Pelakon Telefilem Kayuh, Telemovie Kayuh Cast, Poster Telefilem Kayuh,

Telefilem Kayuh akan disiarkan di slot Panggung RTM TV1 pada hari Sabtu ini, 18 Jun 2022. Antara pelakon telefilem Kayuh ini adalah Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, Noorkhiriah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kayuh ini diarahkan oleh Mohd Erfan Zainaldin dan diterbitkan oleh Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM). Telemovie Kayuh ini memaparkan pengorbanan seorang bapa tunggal mencari rezeki sebagai penarik beca. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kayuh - Slot Panggung RTM TV1
Kisah Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing. Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya. 

Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang. Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya. Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Cerekarama Misteri Lain Macam (TV3)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post