4 Jun 2022

Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)



Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,

Drama Air Mata Allisya sudah mula bersiaran di TV9 sejak 20 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Drama ini bersiaran selama 2 jam, sekali seminggu dan drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi. Antara pelakon drama Air Mata Allisya ini adalah Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff, Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Zainol Macwilson, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama Air Mata Allisya ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Air Mata Allisya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah (TV9) 

Mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana berasa dikhianati. 

Sinopsis Novel Air Mata Allisya

Intan Allisya, begitu indah nama itu namun siapa sangka takdir gadis ini tidak seindah namanya. Masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu. Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka. Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?
Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,
Penderitaannya tidak berakhir di situ. Dia diuji lagi. Di saat hatinya nekad untuk meninggalkan Arief, dia disahkan hamil. Allisya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Pujuk rayu Arief tidak dihiraukan malahan kebencian makin tepu dalam hati.
“Tak cukup lagi ke awak dah bunuh adik saya? Sekarang awak nak bunuh anak saya pulak? Saya benci awak!” Arief pasrah. Dia sudah tidak terdaya. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat secebis kemaafan daripada isterinya? “Setelah abang fikir dalam-dalam baru abang sedar yang abang langsung tidak layak untuk sayang. Abang hanya buat sayang menderita. Selama hidup dengan abang, air mata sayang tak berhenti mengalir. Pergilah sayang, carilah kebahagiaanmu. Abang lepaskan sayang pergi..” Arief menangis hiba. Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post