Memaparkan catatan dengan label Nazeera Sardi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nazeera Sardi. Papar semua catatan

2 Okt 2022

Telefilem Pondok Senja (TV3)



Telefilem Pondok Senja TV3, Telemovie Pondok Senja tv3, Telefilem Pondok Senja Full Movie, Info dan Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3, Pondok Senja Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Pondok Senja, Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Syafie Naswip, Cerekarama Pondok Senja,

Telefilem Pondok Senja telah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2016 yang lalu dan kini diulang siar semula pada Sabtu ini 1 Oktober 2022, jam 10.30 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Pondok Senja ini adalah Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Shafie Naswip, Kamal Sumbu dan ramai lagi. Selain itu telemovie Pondok Senja ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa pernah tengok telefilem ini masa ianya disiarkan dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Pondok Senja di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3

Mengisahkan sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaiti Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

4 Jun 2022

Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)



Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,

Drama Air Mata Allisya sudah mula bersiaran di TV9 sejak 20 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Drama ini bersiaran selama 2 jam, sekali seminggu dan drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi. Antara pelakon drama Air Mata Allisya ini adalah Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff, Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Zainol Macwilson, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama Air Mata Allisya ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus para pelakonnya juga nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Air Mata Allisya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah (TV9) 

Mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana berasa dikhianati. 

Sinopsis Novel Air Mata Allisya

Intan Allisya, begitu indah nama itu namun siapa sangka takdir gadis ini tidak seindah namanya. Masa kecilnya dilalui dengan penuh duka angkara orang yang bernama Datuk Mustapha. Ketika usianya masih muda, dia diuji dengan pemergiaan satu-satunya adik yang disayangi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya pula menghilangkan diri. Allisya hilang arah. Namun, dia belajar untuk menerima hakikat itu. Kehadiran Daniel Arief menjadikan hidupnya kembali berwarna-warni. Hati yang dahulunya rapuh menjadi kuat gara-gara cinta mereka. Perkahwinan yang disangka penamat kesedihan rupa-rupanya pisau yang menoreh kembali luka lamanya.Tidak cukup dengan layanan buruk daripada ibu mentua, suami yang dahulu merupakan pelindung dan pencinta setianya pula berubah laku. Allisya buntu. Hatinya benar-benar terluka. Malangnya, luka itu berubah menjadi dendam yang amat parah apabila mengetahui orang yang bertanggungjawab atas kematian adiknya ialah suaminya sendiri! Malah, dia menjadi yatim sebelum tiba masanya angkara bapa mentuanya. Adakah ini takdir yang tersurat dalam hidupnya?
Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya TV9, Sinopsis Drama Air Mata Allisya, Drama Air Mata Allisya Full Episode, Drama Air Mata Allisya Episod 1 Hingga 15 Di TV9, Air Mata Allisya Cast, Pelakon - Pelakon Drama Air Mata Allisya, Drama Baru Keith Foo, Drama Baru Sophia AlBarakbah, Drama TV9 2022,
Penderitaannya tidak berakhir di situ. Dia diuji lagi. Di saat hatinya nekad untuk meninggalkan Arief, dia disahkan hamil. Allisya bagaikan jatuh ditimpa tangga. Pujuk rayu Arief tidak dihiraukan malahan kebencian makin tepu dalam hati.
“Tak cukup lagi ke awak dah bunuh adik saya? Sekarang awak nak bunuh anak saya pulak? Saya benci awak!” Arief pasrah. Dia sudah tidak terdaya. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat secebis kemaafan daripada isterinya? “Setelah abang fikir dalam-dalam baru abang sedar yang abang langsung tidak layak untuk sayang. Abang hanya buat sayang menderita. Selama hidup dengan abang, air mata sayang tak berhenti mengalir. Pergilah sayang, carilah kebahagiaanmu. Abang lepaskan sayang pergi..” Arief menangis hiba. Adakah selepas ini air mata Allisya tidak akan menitis lagi?



Read More

7 Feb 2022

Telefilem Sebalik Hati Lakonan Nazeera Sardi (TV2)



Telefilem Sebalik Hati (TV2), Telemovie Sebalik Hati, Telefilem TV2, Slot Drama On 2, Info dan Sinopsis Telefilem Sebalik Hati, Telefilem Sebalik Hati Full, Sebalik Hati Telemovie, Sebalik Hati Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sebalik Hati, Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal,

Telefilem Sebalik Hati akan disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada 7/2/2022 hari Isnin ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Sebalik Hati ini adalah Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal, Mahmud Alibashah, Nadia Kesuma, Nur Atika, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sebalik Hati ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Pacific Intermax Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sebalik Hati Lakonan Nazeera Sardi dan Mustaqim Bahadon (TV2) 

Mariam seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli. Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli. Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat. Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan bertunang dengan Nurazlina. Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

27 Dis 2021

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea (TV2)



Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea, Info dan Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Full, Cinta Semanis Bubble Tea Cast, Telemovie TV2, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea Synopsis, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Sweet Qismina, Adam Lee,

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea akan disiarkan pada 27 Disember 2021 ini, jam 9 malam di TV2 RTM. Antara pelakon telefilem Cinta Semanis Bubble Tea ini adalah Sweet Qismini, Adam Lee, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Iman Zulkarnain, Amal dan ramai lagi. Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea ini diterbitkan oleh syarikat produksi Makmur Megah Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telefilem Cinta Semanis Bubble Tea  ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem di bawah ini ye..




Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee (TV2)

Shuhada yang gemar meminum Bubble Tea kecewa kerana tiga hari sebelum bertunang, dia ditinggalkan. Zaim, bakal tunangnya memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah berkahwin. Selepas kecewa dalam cinta, Shuhada mula menutup hatinya. Namun, perkenalannya dengan Nik Aiman dan Amal membuat Shuhada dalam dilema untuk memilih siapa yang bakal dijadikan suami. Apa yang berlaku seterusnya? siapa yang Shuhada pilih?..



Read More

30 Apr 2021

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)



Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Info dan Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Poster Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini,


Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini telah pun disiarkan di Awesome TV (Astro 123, MyTV 112) sejak 12 April 2021 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Antara pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini adalah Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini mempunyai 22 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana




Sinopsis Penuh Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)

Mengisahkan Pak Daus (Nasir Bilal Khan) yg merupakan seorang bomoh telah mendapat mimpi tentang kematian yg akan berlaku kepada keluarganya. Pak Daus tidak mahu menceritakan hal mimpi tersebut kepada isterinya sehingga Mak  Bibah (Liza Abdullah) risau dan cuba menelefon anak-anaknya selepas melihat tidur suaminya selalu terganggu kerana hal tersebut. Pak Daus dan Mak Bibah mempunyai tiga orang anak iaitu Hasnul (Beego), Natrah (Nazeera Sardi) dan Alana (Jaja Iliyes) yg kesemuanya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan urusan masing-masing. Hasnul, anak sulung Pak Daus merupakan seorang pensyarah dan tidak suka dengan pekerjaan ayahnya dan menganggap semua itu tahyul. selepas video Pak Daus viral di youtube, Hasnul marah dan malu bila hal tersebut menjadi bualan pelajar-pelajarnya. Zalia (Bella Astillah) sebagai isteri menegur kelakuan Hasnul yg selalu mengelak menjawab panggilan Mak Bibah. selain itu, Zalia cuba membantu menjernihkan hubungan Natrah dan Amli tetapi niat baiknya ditegur Hasnul kerana tidak mahu Zalia mencampur urusan rumah tangga adiknya. 

Natrah dan Amli (Amar Asyraf) selalu bergaduh kerana ego masing-masing. Natrah terlalu sibuk dengan bisnes salonnya sampai tiada masa untuk keluarga dan Amri pula rasa tergugat kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Hubungan rapat antara Amli dan Alana juga menyebabkan Natrah cemburu sebab sebelum mereka berkahwin pun, Natrah tahu yang Amli telah lama berkawan baik dengan adiknya. Alana pula telah menjadi pembantu peribadi kepada Mikhail (Keith Foo), banyak arahan pelik daripada boss barunya sehingga Alana stress dan annoying dengan perangai Mikhail. kerana salah faham, Alana berhenti kerja dan terus pulang ke kampung. sebaik Alana pulang, Mak Bibah menceritakan tentang kelakuan aneh Pak Daus dan bila bercakap sendiri dengan bapanya baru Alana perasan yg bapanya seperti tahu-tahu tentang kejadian buruk yg menimpa Natrah. Alana yg bimbang segera menelefon Hasnul dan menyuruhnya pulang tapi ada sahaja alasan dari Hasnul. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

💕 Terakhir Buat Teman nyanyian Hazama dan Siti Sarah

Tonton Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Online

Korang boleh tonton drama ini di channel Awesome TV atau pun di Youtube Rasmi Awesome TV



Read More


My Random Post