30 Apr 2021

Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)



Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Info dan Sinopsis Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Poster Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini, Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini,


Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini telah pun disiarkan di Awesome TV (Astro 123, MyTV 112) sejak 12 April 2021 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Antara pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini adalah Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini mempunyai 22 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana




Sinopsis Penuh Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)

Mengisahkan Pak Daus (Nasir Bilal Khan) yg merupakan seorang bomoh telah mendapat mimpi tentang kematian yg akan berlaku kepada keluarganya. Pak Daus tidak mahu menceritakan hal mimpi tersebut kepada isterinya sehingga Mak  Bibah (Liza Abdullah) risau dan cuba menelefon anak-anaknya selepas melihat tidur suaminya selalu terganggu kerana hal tersebut. Pak Daus dan Mak Bibah mempunyai tiga orang anak iaitu Hasnul (Beego), Natrah (Nazeera Sardi) dan Alana (Jaja Iliyes) yg kesemuanya menetap di Kuala Lumpur dan sibuk dengan urusan masing-masing. Hasnul, anak sulung Pak Daus merupakan seorang pensyarah dan tidak suka dengan pekerjaan ayahnya dan menganggap semua itu tahyul. selepas video Pak Daus viral di youtube, Hasnul marah dan malu bila hal tersebut menjadi bualan pelajar-pelajarnya. Zalia (Bella Astillah) sebagai isteri menegur kelakuan Hasnul yg selalu mengelak menjawab panggilan Mak Bibah. selain itu, Zalia cuba membantu menjernihkan hubungan Natrah dan Amli tetapi niat baiknya ditegur Hasnul kerana tidak mahu Zalia mencampur urusan rumah tangga adiknya. 

Natrah dan Amli (Amar Asyraf) selalu bergaduh kerana ego masing-masing. Natrah terlalu sibuk dengan bisnes salonnya sampai tiada masa untuk keluarga dan Amri pula rasa tergugat kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Hubungan rapat antara Amli dan Alana juga menyebabkan Natrah cemburu sebab sebelum mereka berkahwin pun, Natrah tahu yang Amli telah lama berkawan baik dengan adiknya. Alana pula telah menjadi pembantu peribadi kepada Mikhail (Keith Foo), banyak arahan pelik daripada boss barunya sehingga Alana stress dan annoying dengan perangai Mikhail. kerana salah faham, Alana berhenti kerja dan terus pulang ke kampung. sebaik Alana pulang, Mak Bibah menceritakan tentang kelakuan aneh Pak Daus dan bila bercakap sendiri dengan bapanya baru Alana perasan yg bapanya seperti tahu-tahu tentang kejadian buruk yg menimpa Natrah. Alana yg bimbang segera menelefon Hasnul dan menyuruhnya pulang tapi ada sahaja alasan dari Hasnul. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

💕 Terakhir Buat Teman nyanyian Hazama dan Siti Sarah

Tonton Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini Online

Korang boleh tonton drama ini di channel Awesome TV atau pun di Youtube Rasmi Awesome TV



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post