22 Apr 2021

Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)



Drama Kuali Mentua Lauk Menantu, Drama Bulan Ramadan TV2, Poster Drama Kuali Mentua Lauk Menantu, Info dan Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu,

Sempena bulan puasa ni macam - macam drama best yang disiarkan di TV, salah satunya adalah drama Kuali Mentua Lauk Menantu yang disiarkan di TV2, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Selain itu drama ini mempunyai 26 episod dan sudah bersiaran di TV2 sejak 7 April yang lalu. Antara pelakon drama Kuali Mentua Lauk Menantu ini adalah Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Zuhairi Ibrahim, Sharul Kamal, Lola, Ainaa Kamalia, Kismah Johar, Zarynn Min, Ali Reza, Mia Nasir, Abd Manan Sulaiman dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kuali Mentua Lauk Menantu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Hafreez Adam sebagai Haikal
Afifah Nasir sebagai Lela
Normah Damanhuri sebagai Hashimah
Aman Graseka sebagai Chef Hafiz
Zera Hariz sebagai Roza
Zuhairi Ibrahim sebagai Luqman
Sharul Kamal sebagai Sharol
Lola sebagai Ona
Ainaa Kamalia sebagai Nina
Kismah Johar sebagai Wan Ipah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ana
Ali Reza sebagai Isman
Mia Nasir sebagai Diera
Abd Manan Sulaiman sebagai Manaf




Sinopsis Penuh Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Lakonan Hafreez Adam dan Afifah Nasir (TV2)

Lela, (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman. Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya.

Haikal Mikael, (27), arkitek muda yang berjaya. Kacak tapi serius je dengan kerja sampai lupa dunia luar. Ada girlfriend, seorang model nama Nina. Tapi model tu yang tergedik-gedikkan dia. Sedangkan Haikal, macam ‘lost’ je setiap kali kena teman si Nina. Nak kata cinta, macam takde perasaan. Las-las Haikal letak status dalam FBnya, ‘In Relation but no one’. Nina ni suka heret Haikal pergi studio untuk fotografi dan kadang-kadang pergi buat ‘fashion show’. Haikal pun menurut jelah. Tapi jangan haraplah dia nak ambik tahu awek dia pakai fesyen apa, warna apa, posing macam mana. Bila di lokasi, dia lebih rela layan game di handphone.

sampai masanya, maka bernikahlah Haikal dan Lela. Sejak malam pertama, Haikal hanya tunjuk reaksi wajah kosong je setiap kali Lela berbicara dengan nada kecohnya. Paling takpun, dia senyum sebab bagi dia, si Lela ni memang ting-tong sikit. Selepas itu, Haikal dan Lela disuruh balik kampung untuk tinggal selama seminggu bersama Wan Ipah dan Mak Ngah. Ketika itulah, sikit demi sikit Haikal mulai kenal perwatakan Lela. Nampak saja kecil molek, tapi Lela ni sebenarnya berganda lasaknya di kampung. Segala ceruk kampung diheretnya Haikal termasuklah bawa Haikal naik trektar sawah yang dipandunya sendiri. “Awak ni, segala jenis mak nenek lesen ada kan? Lesen apa yang awak takde, kenderaan apa yang awak tak bawak?”, tanya Haikal. Dengan selambernya Lela menjawab, “Semua kenderaan yang saya ada lesen, saya dah bawak. Cuma satu je lagi lesen yang saya ada, tapi saya tak dapat bawak lagi. Lesen nak bawak hati saya masuk dalam hati awak”

Maka masuk bulan puasa, Lela banyak habiskan masa di rumah Hashimh, walaupun Haikal selalu mengelat sebab tak nak berlama di sana. Lela manfaatkan masa itu untuk rapatkan hubungannya dengan adik-adik tiri dan ayah tirinya. Mereka pergi terawih, tadarrus, semuanya sama-sama. Sampai Haikalpun sama terbabit jadi baik dengan keluarga tirinya. Tapi yang tak syoknya, setiap kali buka puasa, mesti si Tina datang menyibuk bawak juadahnya juga. Memang tu rancangan Hashimah, nak jugak satukan Haikal dengan Tina. Bukan Lela tak tahu rancangan mama mertuanya tu. Tapi dia kan jenis selamber. Pandai pula dia menjawab kenakan Tina balik bila Tina menggedik dengan Haikal. Yang lawaknya, setiap hari makanan yang dibawa Tina terpaksa dihumban dalam tong sampah. Memang takde siapa nak layan makanannya sebab takde bahan. Kedekut punya pasal. Makanan yang tak cukup bahan mana sedap kan…

Tapi Hashimah tak putus asa, plus Tina yang memang gedik nak jadi menantu dia walaupun En Manaf, Mila dan Adam meluat sangat. Mereka lebih sayang Lela dan sentiasa back-up Lela dari Hashimah dan Tina. Kini, Hashimah pula tuduh Lela nak pecah-belahkan dia dengan keluarganya. Betullah cara Lela tu, pikat hati dengan makanan. Kalau makanan serba kedekut, macam mana hati nak sayang?

👉 Tonton Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Full Episode

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar

⏩⏩ Drama Calon Menantu Tuan Rumah (TV2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post