Selasa lalu, kecoh dengan berita yang anggota asal Running Man iaitu Lee Kwang Soo akan meninggalkan Running Man selepas 11 tahun bersama Running Man. Memang sedih dengan berita ini, aku terfikir macam manalah Running Man tanpa Lee Kwang Soo. Masa Kang Gary keluar dari Running Man pun dah sedih sangat, ini pula Lee Kwang Soo. Dalam Running Man pun nampak apa yang dia buat pun semua bersungguh - sungguh, kalau nak lari pun, dia lari selaju mungkin, samalah kalau nak sembunyi pun, sejauh mungkin dia pi sembunyi.
Yoo Jae Suk pun pernah cakap yang dia suka datang Running Man sebab nak usik dan sakat Kwang Soo je pun hehehe. Alasan atau sebab Lee Kwang Soo nak keluar dari Running Man atas sebab kesihatanlah kan. Lagi pun dalam Running Man memang banyak aktiviti fizikal walaupun tak sekerap dulu. Rasanya episod terakhir yang ada Lee Kwang Soo tu mesti sedih dan ramai akan menangis kan huhu. Mesti sukar Kwang Soo nak buat keputusan ni sebab dulu dia pernah cakap akan bersama dengan Running Man sampai ke akhirnya. Penggambaran terakhir Kwang Soo untuk program Running Man itu adalah pada 24 Mei ini.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ramadan Pertama Edi (Astro Ria)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan