27 Apr 2021

Drama Ramadan Pertama Edi (Astro Ria)



Drama Ramadan Pertama Edi, Info dan Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi, Sinopsis Penuh Drama Ramadan Pertama Edi, Poster Drama Ramadan Pertama Edi, Pelakon - Pelakon Drama Ramadan Pertama Edi, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Mimi Lana, Drama Baru Elly Mazlein, Drama Baru Aznil,

Drama Ramadan Pertama Edi sudah bersiaran di Astro Ria sejak 31 Mac 2021 yang lalu setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama Ramadan Pertama Edi ini adalah Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Haji Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Raja Azura dan ramai lagi. Manakala Yusry dan Lisa Surihani turut menjadi cameo dalam drama ini di episod pertama drama Ramadan Pertama Edi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Maid yang telah tamat episodnya. Selain itu drama ini hanya mempunyai 8 episod sahaja dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali serta diterbitkan oleh Astro Gempak. Syok gak layan drama ni sebab lawak dan seronok melihat telatah Edi dan keluarga Nad. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis drama Ramadan Pertama Edi 
Lakonan Redza Rosli, Mimi Lana, Dato Aznil dan Elly Mazlein (Astro Ria)

Pasangan pengantin baru, Edi dan Nad akan menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami isteri. di rumah bapa mertuanya, Pak Sobri yang garang orangnya tapi banyak situasi berlaku dan rahsia yang terungkai sewaktu dia di sana. Dapatkah Edi memikat hati bapa mertuanya.
Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin. Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam. 
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist. Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu. Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post