7 Apr 2021

Drama Slot Lestary Covid Oh Covid Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) TV3



Drama Covid Oh Covid, Info dan Sinopsis Drama Covid Oh Covid, Poster Drama Covid Oh Covid, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon Drama Covid Oh Covid, Drama Baru Adibah Noor, Drama Baru Umie Aida, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Tiz Zaqyah, Drama Baru Nabila Huda,

Drama Covid Oh Covid adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 2 April 2021 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Covid Oh Covid ini adalah Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah, Yusof Hashim, Nabila Huda, Amar Asyraf, Nasir Al Aydrus, Fathia Latiff, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Selain itu Drama Covid Oh Covid ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Jet Li dan Izuan Mokhtar serta diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Nampak menarik kan drama ini, plus ada ramai pelakon - pelakon best dalam drama ini. Jadi jom tengok watak - watak Pelakon dalam drama Covid Oh Covid ni di bawah okey, beserta sinopsisnya sekali ye.

Adibah Noor sebagai Habsah
Tony Eusoff sebagai Tuan Ariffin
Umie Aida sebagai Tok Wan
Tiz Zaqyah sebagai Safura 
Nabila Huda sebagai Salmiah
Nora Danish sebagai Suhaila
Nasiruddin Alaydrus sebagai Shazrul
Fathia Latiff sebagai Riana 
Yusof Hashim sebagai Adam 
Nafiz Muaz sebagai Zafrin




Sinopsis Penuh Drama Covid Oh Covid (TV3)

Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin (Tony Eusoff), mak mertuanya Tok Wan (Datin Paduka Umie Aida), isterinya Habsah (Adibah Noor) dan anak-anaknya Safura (Tiz Zaqyah), Salmiah (Nabila Huda), Suhaila (Nora Danish), dan Shazrul (Nasiruddin Alaydrus). Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah. Tok Wan mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya. Tuan Ariffin mempunyai hubungan dengan Riana (Fatiya Latiff), seorang janda yang rumahnya berdekatan dengan masjid. 
Drama Covid Oh Covid, Info dan Sinopsis Drama Covid Oh Covid, Poster Drama Covid Oh Covid, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon Drama Covid Oh Covid, Drama Baru Adibah Noor, Drama Baru Umie Aida, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Tiz Zaqyah, Drama Baru Nabila Huda,
Apabila masjid ditutup, Tuan Ariffin resah sebab tak dapat jumpa dengan kekasih hati. Habsah yang sangat fobia dengan Covid-19 sangat tegas dan tak suka anak-anak keluar rumah tanpa sebab. Dia sangat mematuhi SOP. Hubungan antara Tuan Ariffin dan Riana dapat dihidu oleh Shazrul. Dia berpakat dengan Suhaila untuk menggagalkan hubungan ayah dan janda itu. Safura bergiat aktif dalam kerja amal, menghantar barang dan makanan kepada warga seni yang kurang berkemampuan. Setelah PKP dilanjutkan, Safura ingin mengadakan konsert secara maya bagi mengumpul dana. Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Sebagai seorang influencer, Suhaila kongsikan video persiapan perkahwinannya untuk tatapan peminat. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpang di Villa Angrani. Bagaimana Suhaila menyesuaikan diri? Tambahan lagi, Suhaila memang tidak gemar membuat kerja rumah dan tidak pandai memasak.

Tonton Drama Covid Oh Covid Full Episode - Episod 1 Hingga 13 (Akhir)
- Bagi yang terlepas menonton drama ini di TV, korang juga boleh menontonnya  secara online di www.iq.com secara percuma okey.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post