20 Apr 2021

Drama Calon Menantu Tuan Rumah (TV2)




Drama Calon Menantu Tuan Rumah kini tengah hangat disiarkan di TV2 sempena bulan Ramadan ini. Walaubagaimanapun drama ini adalah drama ulangsiar kerana sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Calon Menantu Tuan Rumah ini adalah Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir, Dini Schatzmann, Hefny Sahad, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Faez Nick, Ateeqah Ayu dan ramai lagi. Selain itu drama Calon Menantu Tuan Rumah ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Siapa yang dah pernah tengok drama ini? nampak best kan sebab ada ramai pelakon hebat gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye..

Watak Pelakon Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Hafidz Roshdi sebagai Adam 
Zara Zya sebagai Anis
Dayana Roza sebagai Lia 
Aprena Manrose sebagai Zurin
Isyariana sebagai Ika 
Mia Nasir sebagai Ros
Haleeda Mazlin sebagai Kak Pah
Zaidi Omar sebagai Pak Bahar
Nik Adam Mika sebagai Irwan
Faez Nick sebagai Udin




Sinopsis Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Mengisahkan janda anak satu, Kak Pah yang menyewakan beberapa bilik di kediamannya kepada wanita bujang Ros, Zurin, Ika dan Lia. Pada masa sama, Kak Pah ingin mencari menantu untuk anaknya, Adam. Ros pandai mengambil hati Kak Pah membuatkan beliau selalu disebut sebagai penyewa yang baik oleh Kak Pah. Ros sebenarnya ada memasang niat untuk mengenakan Zurin, Ika dan Lia. Apa yang berlaku seterusnya??..

Tonton Drama Calon Menantu Tuan Rumah Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)

Drama ini juga boleh ditonton secara online di 👍rtmklik dari episod pertama hingga ke episod akhir drama Calon Menantu Tuan Rumah ini.

Lagu Tema / OST Drama Calon Menantu Tuan Rumah
💕 Diamaran Mama nyanyian Hazama

1 ulasan:

  1. Hye.... uis. bila mai kat entri ni, baru sedar, betapa lamanya SS tak tengok tv. Done follow here.

    BalasPadam



My Random Post