Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin - Cerekarama TV3
16 Okt 2022
Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin (TV3)
Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin - Cerekarama TV3
7 Okt 2022
Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1
Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta Lakonan Hafreez Adam dan Sarah Hildebrand - Slot Widuri TV1
Mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta. Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu. Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya. Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?
Lagu Tema / OST Drama Tunggu Dulu Cinta
👄👄 Angau nyanyian Sam Suhaid
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria
👉👉 Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12 Di Astro Ria
5 Okt 2022
Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria
Drama Tiada Maaf Buatmu adalah drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ash dan Aish lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah yang telah tamat episodnya. Drama Tiada Maaf Buatmu adalah adaptasi daripada Novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki dan mula disiarkan di Astro Ria pada 28 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Tiada Maaf Buatmu ini adalah Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff dan ramai lagi. Selain itu drama Tiada Maaf Buatmu ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus ada gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson gitu yang sebelum ini sukses dengan drama Curi Curi Cinta. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tiada Maaf Buatmu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Watak dan Barisan Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu
Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
Hafreez Adam sebagai Mohsin
Sofia Dendroff sebagai Suzy
Watie Sadali sebagai Mariam
Wan Raja sebagai Burn
Haleeda sebagai Mak Safiah
Josiah Hogan sebagai Rashid
Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim
Hilal Azman sebagai Pak Malek
Wanns Ahmad sebagai Black
Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson - Astro Ria
30 Jun 2022
Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28 Di Slot Samarinda TV3
Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam - Slot Samarinda TV3
11 Jun 2021
Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi Di Astro Prima
Sinopsis Penuh Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda Di Slot Tiara Astro Prima
22 Apr 2021
Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)
Sinopsis Penuh Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Lakonan Hafreez Adam dan Afifah Nasir (TV2)
Lela, (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman. Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya.
Haikal Mikael, (27), arkitek muda yang berjaya. Kacak tapi serius je dengan kerja sampai lupa dunia luar. Ada girlfriend, seorang model nama Nina. Tapi model tu yang tergedik-gedikkan dia. Sedangkan Haikal, macam ‘lost’ je setiap kali kena teman si Nina. Nak kata cinta, macam takde perasaan. Las-las Haikal letak status dalam FBnya, ‘In Relation but no one’. Nina ni suka heret Haikal pergi studio untuk fotografi dan kadang-kadang pergi buat ‘fashion show’. Haikal pun menurut jelah. Tapi jangan haraplah dia nak ambik tahu awek dia pakai fesyen apa, warna apa, posing macam mana. Bila di lokasi, dia lebih rela layan game di handphone.
sampai masanya, maka bernikahlah Haikal dan Lela. Sejak malam pertama, Haikal hanya tunjuk reaksi wajah kosong je setiap kali Lela berbicara dengan nada kecohnya. Paling takpun, dia senyum sebab bagi dia, si Lela ni memang ting-tong sikit. Selepas itu, Haikal dan Lela disuruh balik kampung untuk tinggal selama seminggu bersama Wan Ipah dan Mak Ngah. Ketika itulah, sikit demi sikit Haikal mulai kenal perwatakan Lela. Nampak saja kecil molek, tapi Lela ni sebenarnya berganda lasaknya di kampung. Segala ceruk kampung diheretnya Haikal termasuklah bawa Haikal naik trektar sawah yang dipandunya sendiri. “Awak ni, segala jenis mak nenek lesen ada kan? Lesen apa yang awak takde, kenderaan apa yang awak tak bawak?”, tanya Haikal. Dengan selambernya Lela menjawab, “Semua kenderaan yang saya ada lesen, saya dah bawak. Cuma satu je lagi lesen yang saya ada, tapi saya tak dapat bawak lagi. Lesen nak bawak hati saya masuk dalam hati awak”
Maka masuk bulan puasa, Lela banyak habiskan masa di rumah Hashimh, walaupun Haikal selalu mengelat sebab tak nak berlama di sana. Lela manfaatkan masa itu untuk rapatkan hubungannya dengan adik-adik tiri dan ayah tirinya. Mereka pergi terawih, tadarrus, semuanya sama-sama. Sampai Haikalpun sama terbabit jadi baik dengan keluarga tirinya. Tapi yang tak syoknya, setiap kali buka puasa, mesti si Tina datang menyibuk bawak juadahnya juga. Memang tu rancangan Hashimah, nak jugak satukan Haikal dengan Tina. Bukan Lela tak tahu rancangan mama mertuanya tu. Tapi dia kan jenis selamber. Pandai pula dia menjawab kenakan Tina balik bila Tina menggedik dengan Haikal. Yang lawaknya, setiap hari makanan yang dibawa Tina terpaksa dihumban dalam tong sampah. Memang takde siapa nak layan makanannya sebab takde bahan. Kedekut punya pasal. Makanan yang tak cukup bahan mana sedap kan…
Tapi Hashimah tak putus asa, plus Tina yang memang gedik nak jadi menantu dia walaupun En Manaf, Mila dan Adam meluat sangat. Mereka lebih sayang Lela dan sentiasa back-up Lela dari Hashimah dan Tina. Kini, Hashimah pula tuduh Lela nak pecah-belahkan dia dengan keluarganya. Betullah cara Lela tu, pikat hati dengan makanan. Kalau makanan serba kedekut, macam mana hati nak sayang?
👉 Tonton Drama Kuali Mentua Lauk Menantu Full Episode
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi TV3 Bepanah Pyaar










