Memaparkan catatan dengan label Nelissa Nizam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nelissa Nizam. Papar semua catatan

30 Dis 2022

Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3



Drama Budak Tebing 3, Drama Budak Tebing 3, Poster Drama Budak Tebing 3, Sinopsis Drama Budak Tebing 3, Budak Tebing 3 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Budak Tebing 3, Drama Budak Tebing 3 Full Episode, Drama Budak Tebing 3 Episod 1 Hingga 13,  Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman,

Drama Budak Tebing 3 adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kampung People 3 yang telah tamat episodnya. Drama ini mula disiarkan pada 14 Disember 2022, setiap Rabu hingga hari Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Budak Tebing 3 ini adalah Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman, Zarina Zainuddin, Anne Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Buda Tebing 3 ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Popular drama ini, tau tau dah masuk musim ketiga dah, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Budak Tebing 3 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Budak Tebing 3

Aedy Ashraf sebagai Tongki 
Adam Lee sebagai Arif
Nabil Aqil sebagai Kylo
Eyka Farhana sebagai Ira
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Izz Ilham sebagai Yoyol
Nelissa Nizam sebagai Maria
Nia Atasha sebagai Husna
Azhar Sulaiman sebagai Badass
Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
Alex Alfian sebagai Kamaruddin
Anne Abdullah sebagai Mak Maria
Mazli Razali sebagai Kent




Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Lagu Tema / OST Drama Budak Tebing 3

👄👄 Beli Jiwa nyanyian Zynakal 


Read More

20 Jul 2022

Drama Cinta Hilang Kata Episod 1 Hingga 40 Slot Tiara Astro Prima



Drama Cinta Hilang Kata, Drama Cinta Hilang Kata Slot Tiara Astro Prima, Drama Astro Prima, Poster Drama Cinta Hilang Kata, Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata, Drama Cinta Hilang Kata Full Episode, Drama Cinta Hilang Kata Episod 1 Hingga 40, Cinta Hilang Kata Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cinta Hilang Kata, OST Drama Cinta Hilang Kata, Sophia AlBarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Ainina Ahmad B, Drama Baru Shahz Jaszle, Drama Baru Sophia Albarakbah, Drama Baru Iqram Dinzly, Drama Baru Nelissa Nizam,

Drama Cinta Hilang Kata adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan Drama Dendam Seorang Isteri yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir. Drama ini sudah mula bersiaran di Astro Prima sejak 18 Julai 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Cinta Hilang Kata ini adalah Sophia AlBarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Ainina Ahmad, Abd Manan Sulaiman, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Amanda Misbun, Talha Harith, Aqil Taqee, Faa Zaini dan ramai lagi. Selain itu drama Cinta Hilang Kata ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, jalan cerita pun macam best gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cinta Hilang Kata ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Watak dan Barisan Pelakon Drama Cinta Hilang Kata

Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
Iqram Dinzly sebagai Amirul
Nelissa Nizam sebagai Sabirah
Hariz Hamdan sebagai Zaili
Anne Abdullah sebagai Mahyun
Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
Amelia Christie sebagai Ezra
Aqil Taqee sebagai Deens
Faa Zaini sebagai Wanie




Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata Lakonan Sophia Albarakbah dan Shahz Jaszle Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan kehidupan  Nurul Masmin (Sophie Albarakbah) merupakan seorang penulis novel yang berjaya dari bangku universiti lagi, ini mengundan iri hati dari rakan seperjuangannya Sabirah (Nellisa Nizam) dan kembarnya Zaili (Hariz Hamdan). Namun kehidupannya bakal diduga sebaik ibunya meminta Nurul berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly) yang juga anak kepada orang gaji mereka Jah Gayah (Liza Abdullah). Nurul Masmin terpaksa meninggalkan kekasih hatinya Rain Akhtar (Shah Jaszle) demi ibunya. Sedikit demi sedikit harta Nurul Masmin dikikis Amirul, tak cukup dengan itu, pesaingnya Sabirah sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan perkahwinan dan kerjaya Nurul. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Cinta Hilang Kata

👄👄 Bahagiakan Dia nyanyian Shila Amzah dan Liza Hanim

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Baca Online Novel Jodohku Babysitter


Read More

30 Jun 2022

Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28 Di Slot Samarinda TV3



Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode, Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Tarik Aku Ke Syurga, Tarik Aku Ke Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga, Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Hafreez Adam, Izzendra,

Drama Tarik Aku Ke Syurga adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang telah tamat episodnya. Drama ini disiarkan bermula 23 Jun 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga ini adalah Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Izzendra, Lisdawati, Hafreez Adam, Khairil Anwar, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Zila Bakarin, Mahmud Ali Bashah, Afzan A Rahman, Idzham Ismail, Ayra Messi, Nada Nursyuhada, Sean Lee dan ramai lagi. Selain itu drama ini diinspirasikan daripada Novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Drama Tarik Aku Ke Syurga ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Malek Rahman serta diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Ini merupakan drama pertama Nelissa Nizam menjadi watak utama iaitu sebagai heroin. Sebelum ni dia banyak berlakon sebagai watak pembantu saja. Apa pun nampak menarik kan drama ini, cuma ada sikit perbezaan je antara versi novel dan drama ni, contohnya watak utama dalam novel ni adalah seorang gay manakala versi drama pula ianya ditukar apabila watak utama digambarkan seorang playboy gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tarik Aku Ke Syurga ini beserta sinopsisnya sekali dibawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga

Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Keith Foo sebagai Shawn
Lisdawati sebagai Hajah Raudah
Izzendra sebagai Natasha
Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam
Hafreez Adam sebagai Kashaf
Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri
Idzham Ismail sebagai Dahlan
Ayra Messi sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Aidil
Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
Zizi Hazirah sebagai Rahila 
Sean Lee sebagai Dr Chin




Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga Lakonan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam - Slot Samarinda TV3

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam. Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?
Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga, Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode, Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 Hingga 28, Poster Drama Tarik Aku Ke Syurga, Tarik Aku Ke Syurga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tarik Aku Ke Syurga, Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Hafreez Adam, Izzendra,
Sinopsis Novel Tarik Aku Ke Syurga 

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.
“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”
Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.
 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
 Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.
“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”
Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?
“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”
Adakah Zamri mampu berubah?
Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.
Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?
Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

Runut Bunyi / Lagu Tema / OST Drama Tarik Aku Ke Syurga

👄 Bukti Cinta nyanyian Wanie Ooi
👄 Kekasih nyanyian Aiman Sidek, Aniq Muhai & Aliff Azhari
👄 Teristimewa nyanyian Aiman Sidek

Drama Tarik Aku Ke Syurga Full Episode

Drama ini boleh ditonton di slot Samarinda TV3 serta turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 



Read More


My Random Post