22 Dis 2022

Drama Chinta Arjuna Episod 1 Hingga 20 Lakonan Fadlan Hazim dan Riena Diana Di TV3



Drama Chinta Arjuna TV3, Drama Slot Sakura TV3, Sinopsis Drama Chinta Arjuna TV3, Drama Chinta Arjuna Full Episode, Drama Chinta Arjuna Episod 1 Hingga 20 TV3, Chinta Arjuna Cast, Pelakon - Pelakon Drama Chinta Arjuna, Poster Drama Chinta Arjuna, Riena Diana, Fadlan Hazim, Drama TV3 2022,

Drama Chinta Arjuna adalah drama terbaru di slot Sakura yang disiarkan bagi menggantikan Drama The Pak Mat Clan yang telah tamat episodnya. Drama Chinta Arjuna ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 13 Disember 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Chinta Arjuna ini adalah Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon, Azizah Mahzan, Shahronizam Noor, Chomell Fana, Alif Hadi, Eddy Syamin, Raja Azmi, Elvina Chua, Nadia Brian dan ramai lagi. Selain itu drama Chinta Arjuna ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah serta diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Nampak menarik kan drama ini, rasanya ni kali kedua aku tengok Fadlan Hazim bergandingan dengan Riena Diana selepas drama Kampung People 3. Aku tak boleh lupa watak gila - gila diorang dalam drama tu hahaha. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Chinta Arjuna ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Chinta Arjuna

Fadlan Hazim sebagai Arjuna
Riena Diana sebagai Chinta
Syarafi Sudarmaji sebagai Putra
Shweta Sekhon sebagai Mawar
Azizah Mahzan sebagai Nenda
Sahronizam Noor sebagai Adika
Chomell Fana sebagai Nana
Eddy Syamin sebagai Zhafir
Alif Hadi sebagai Syakir
Raja Azmi sebagai Kak Bell
Ikhwan sebagai Shah/Hadi
Hisham Zainal sebagai Amir
Ferth Jasni sebagai Danni
Hilal Azman sebagai Dharma
Elvina Chua sebagai Seri
Shakira Stephen sebagai Zarina
Miss Shuadda sebagai Ellyna
Nadia Brian sebagai Julia




Sinopsis Drama Chinta Arjuna Lakonan Fadlan Hazim dan Riena Diana Di Slot Sakura TV3

Mengisahkan tentang kehidupan Arjuna seorang hardworking yang pada mulanya sibuk dengan hal bisnes peninggalan ayahnya sehingga tidak ada masa untuk bercinta dan mencari bakal isteri. Disebabkan itulah, Nendanya risau berikutan Arjuna yang terlalu sibuk dengan kerja sehinggalah pernah timbul gosip menuduh Arjuna mempunyai skandal dengan lelaki. Oleh itu, Nenda telah mengatur satu percutian antara Arjuna dan Julia di Pulau Redang. Disana Arjuna bertemu dengan Chinta dan mengupahnya untuk menyamar menjadi teman wanitanya selama 3 hari ketika berada di pulau tersebut. Selepas selesai misi menyamar tersebut, Nenda telah mengupah sekali lagi Chinta untuk bercinta dengan Arjuna tetapi kali ini kontrak yang dibuat tanpa pengetahuan Arjuna sendiri. Ianya seolah-olah Chinta betul-betul sayang akan Arjuna. Walaubagaimanapun aturan dan kontrak tersebut akhirnya diketahui oleh Arjuna yang mana dia merasakan dirinya dipermainkan oleh Chinta demi mendapatkan upah daripada Nendanya sendiri. Apakah yang terjadi pada akhirnya nanti?

Lagu Tema / OST Drama Chinta Arjuna

👄👄 Pelan - Pelan nyanyian Paper Farah, Danial Ismail & Arief Peter

Jom BaCa ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Movie Fall (2022)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post