31 Dis 2022

Drama Ijab Kabut Lakonan Azira Shafinaz dan Fadlan Hazim (VIU Original)



Drama Ijab Kabut, Drama Viu, Sinopsis Drama Ijab Kabut, Pelakon - Pelakon Drama Ijab Kabut, Drama Ijab Kabut Siaran Viu Malaysia, Drama Ijab Kabut Full Episode, Drama Ijab Kabut Episod 1 Hingga 10, Ijab Kabut Cast, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie Alaudin,

Drama Ijab Kabut sudah mula disiarkan di platform Viu Malaysia bermula 13 Oktober 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Ijab Kabut ini adalah Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie, Ezzaty Abdullah, Sarancak, Hana Nadira, Sharifah Alyesha, Megat Sharizal, Kodi Rasheed, Khatijah Tan, Dilla Ahmad, Lizard Rashid, Taufiq Hanafi, Nabil Zamanhuri dan ramai lagi. Selain itu drama Ijab Kabut ini mempunyai 10 episod dan diarahkan oleh Faliq Sharif serta diterbitkan oleh  Jazzy Pictures. Aku pun dah tengok drama ini di aplikasi Viu Malaysia, best juga, plus endingnya juga tak dijangka, macam ada plot twist sikit. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ijab Kabut ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ijab Kabut

Azira Shafinaz sebagai Deanna
Fadlan Hazim sebagai Khai
Iedil Putra sebagai Mat
Ezzaty Abdullah sebagai Athira
Sarancak sebagai Rozita
Hana Nadira sebagai Noni 
Sharifah Alyesha sebagai Alice 
Megat Sharizal sebagai Coach Bima Sakti
Kodi Rasheed sebagai Saiful 
Khatijah Tan sebagai Nenek Deanna
Dilla Ahmad sebagai Emak Deanna
Lizart Rashid sebagai Ayah Deanna
Taufiq Hanafi sebagai Farhan
Nabil Zamanhuri sebagai Andi 
Ku Farishah sebagai Julie 
Ghazdan Ghazali sebagai Hafiz




Sinopsis Drama Ijab Kabut Lakonan Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim (VIU Original)

Deanna, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka! Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Ijab Kabut

👄👄 Istimewa Untukku nyanyian Nami
👄👄 Kenangan Lama nyanyian Nabil Zamanhuri
👄👄 Denganmu nyanyian Iedil Dzuhrie Alaudin
👄👄 Terlalu Cinta nyanyian Iedil Dzuhrie Alaudin

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 3 Slot Lestary TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post