11 Jan 2023

Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea (TV3)



Drama Hati Tanpa Rasa tv3, Drama Hati Tanpa Rasa Slot Samarinda TV3, Poster Drama Hati Tanpa Rasa, Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa TV3, Hati Tanpa Rasa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Hati Tanpa Rasa Full Episode,Drama Hati Tanpa Rasa Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Hati Tanpa Rasa, Redza Rosli, Scha Elinnea, Jasmin Hamid, Lisdawati, Wan Raja,  HatI Tanpa Rasa Cast,

Drama Hati Tanpa Rasa adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan Drama Rindu Kasih yang telah tamat episodnya. Drama Hati Tanpa Rasa ini mula bersiaran di tv3 mulai 13 Disember 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Hati Tanpa Rasa ini adalah Redza Rosli, Scha Elinnea, Khalida Balqis,Yasmin Khalis Selain itu drama Hati Tanpa Rasa ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Heartless karya Ateen Khalid. Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian dan Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hati Tanpa Rasa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa 

  • Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
  • Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
  • Khalida Balqis sebagai Julia
  • Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  • Jasmin Hamid sebagai Makcik Rohani
  • Lisdawati sebagai Datin Faizah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin
  • Noniswara sebagai Datin Suria
  • Jesse Lim sebagai Encik Fauzan
  • Wan Raja sebagai Mr Barry
  • Farid Amirul sebagai Dato Hashim
  • Nick Davis sebagai Isyraf
  • Azim Yusof sebagai Mika
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
  • Riesha Aslan sebagai Jasmin
  • Said Ismail sebagai Danish
  • Shakira Stephen sebagai Naila
  • Amanda Shuib sebagai Erin
  • Fyda Othman sebagai Duha




Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea (TV3)
Kaisara berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran. Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara. 
Drama Hati Tanpa Rasa tv3, Drama Hati Tanpa Rasa Slot Samarinda TV3, Poster Drama Hati Tanpa Rasa, Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa TV3, Hati Tanpa Rasa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Hati Tanpa Rasa Full Episode,Drama Hati Tanpa Rasa Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Hati Tanpa Rasa, Redza Rosli, Scha Elinnea, Jasmin Hamid, Lisdawati, Wan Raja,  HatI Tanpa Rasa Cast,
Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya. Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya. Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya. Apakah niat sebenar Nid?

Lagu Tema / OST Drama Hati Tanpa Rasa

👄👄 Sejuta Maaf nyanyian Liza Hanim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post