Memaparkan catatan dengan label Scha Ellinea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scha Ellinea. Papar semua catatan

11 Jan 2023

Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea (TV3)



Drama Hati Tanpa Rasa tv3, Drama Hati Tanpa Rasa Slot Samarinda TV3, Poster Drama Hati Tanpa Rasa, Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa TV3, Hati Tanpa Rasa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Hati Tanpa Rasa Full Episode,Drama Hati Tanpa Rasa Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Hati Tanpa Rasa, Redza Rosli, Scha Elinnea, Jasmin Hamid, Lisdawati, Wan Raja,  HatI Tanpa Rasa Cast,

Drama Hati Tanpa Rasa adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan Drama Rindu Kasih yang telah tamat episodnya. Drama Hati Tanpa Rasa ini mula bersiaran di tv3 mulai 13 Disember 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Hati Tanpa Rasa ini adalah Redza Rosli, Scha Elinnea, Khalida Balqis,Yasmin Khalis Selain itu drama Hati Tanpa Rasa ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Heartless karya Ateen Khalid. Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian dan Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hati Tanpa Rasa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa 

  • Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
  • Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
  • Khalida Balqis sebagai Julia
  • Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  • Jasmin Hamid sebagai Makcik Rohani
  • Lisdawati sebagai Datin Faizah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin
  • Noniswara sebagai Datin Suria
  • Jesse Lim sebagai Encik Fauzan
  • Wan Raja sebagai Mr Barry
  • Farid Amirul sebagai Dato Hashim
  • Nick Davis sebagai Isyraf
  • Azim Yusof sebagai Mika
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
  • Riesha Aslan sebagai Jasmin
  • Said Ismail sebagai Danish
  • Shakira Stephen sebagai Naila
  • Amanda Shuib sebagai Erin
  • Fyda Othman sebagai Duha




Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea (TV3)
Kaisara berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nidham melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran. Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara. 
Drama Hati Tanpa Rasa tv3, Drama Hati Tanpa Rasa Slot Samarinda TV3, Poster Drama Hati Tanpa Rasa, Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa TV3, Hati Tanpa Rasa Cast, Pelakon - Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa, Drama Hati Tanpa Rasa Full Episode,Drama Hati Tanpa Rasa Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Hati Tanpa Rasa, Redza Rosli, Scha Elinnea, Jasmin Hamid, Lisdawati, Wan Raja,  HatI Tanpa Rasa Cast,
Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya. Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya. Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya. Apakah niat sebenar Nid?

Lagu Tema / OST Drama Hati Tanpa Rasa

👄👄 Sejuta Maaf nyanyian Liza Hanim


Read More

22 Jun 2022

Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan



Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Finale Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Episod 28 Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Drama Kerana Aku Isteri Bidaan Final Episode, Sinopsis Episod Akhir Drama Kerana Aku Isteri Bidaan,

Diam tak diam dah sampai ke penghujung dah drama Kerana Isteri Bidaan, panjang juga drama ni sampai 28 episod gitu. Mengisahkan kisah mat pisang dan minah gedik iaitu Farel dan Raina hehehe. Episod akhir drama ini iaitu episod ke 28 drama Kerana Aku Isteri Bidaan akan disiarkan pada malam ini iaitu jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Jadi nanti aku update lain pasal ending drama ini, apa pun aku rasa ending drama Kerana Aku Isteri Bidaan mestilah happy ending kan, tambah - tambah si Raina tu dah mengandung cuma si Farel dan Raina yang tak tahu. Manakala si Emad pula dah berbaik - baik dengan Dina, walaupun begitu Farel masih sedikit cemburu melihat Raina dan Emad berkawan baik. Manakala si Mia pula nampak dah berubah dan insaf sedikit bila Aznor dah ditangkap. Soleha ikhlas membantu Mia.




Manakala Andy pula berjaya mendapatkan kembali saham syarikat sebanyak 40 peratus miliknya dari Riyanita. Nampaknya satu persatu masalah Farel hampir semua dah berjaya diselesaikan. Maklumlah dah nak masuk episod akhir kan, jadi mestilah kesemua konflik dalam hidup Raina dan Farel selesai satu persatu. Tapi tula tebal betul makeup si Raina lakonan Scha Elinnea dalam drama ni, nak tidur pun makeup stil tebal gitu. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton boleh lihat perubahan watak Farel dari miskin ke kaya, dari jadi orang kampung ke boss besar syarikat dan dari selekeh menjadi lebih elok gitu. Serta dari menjadi suami yang kejam berubah menjadi seorang suami yang penyayang pada Raina. Oh ya korang boleh tengok episod - episod yang terlepas sebelum ini  di aplikasi iQiyi Malaysia. 



Read More

17 Mei 2022

Drama Juliet Lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira (Slot Widuri TV1)



Drama Juliet, Sinopsis Drama Juliet, Poster Drama Juliet, Drama Juliet Slot Widuri TV1, Drama Juliet Full Episode, Juliet Cast, Pelakon - Pelakon Drama Juliet, Redza Rosli, Rita Nadira, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Drama Slot Widuri TV1,

Drama Juliet adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang mula disiarkan pada 3 Mei 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Juliet ini adalah Rita Nadira, Redza Rosli, Sofia Ibrahim, Louisa Chong , Rozita Che Wan, Azzarima, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Khairil Anuar, Mak Jah, Shah Khan, Asha Merican, Scha Elina, Jabir Meftah, Nur Azwani Izzati, Mas Anizan, Halmey Hamdah dan ramai lagi. Selain itu drama Juliet ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis penuh drama Juliet di bawah ini okey..




Sinopsis Drama Juliet Lakonan Redza Rosli dan Rita Nadira - Slot Widuri TV1

Hubungan cinta Julia dan Ashraf terputus selepas mengetahui mereka sebenarnya adalah adik-beradik yang sudah terpisah lama akibat dari konflik silam hingga tidak mengenali satu sama lain. Julia, hidup serba sederhana bersama dengan ibunya, Maryam. Namun, kehidupan Julia tidak seperti orang lain disebabkan sikap ibunya yang hidup seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. Kepolosan Julia menarik perhatian Ashraff, seorang anak muda berasal dari keluarga berada. Persahabatan itu membunga menjadi cinta sejati tetapi di halang oleh Maryam yang bencikan orang kaya. Dia yang mempunyai sejarah bersuamikan orang kaya tidak mahu sejarah kembali berulang terhadap Julia. Ashraff berkongsi kisah cintanya dengan neneknya, Matilda. Matilda menjaga Ashraff seperti menatang minyak yang penuh kerana cucunya membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Sewaktu kecil, ibu bapa Ashraff, Ariff dan Mina terlibat dalam satu kemalangan. Ariff disahkan meninggal dunia manakala Mina mengalami gangguan mental. Selepas kematian Ariff, Matilda dihantui dengan amanah anaknya itu untuk mencari isteri dan anaknya hasil daripada perkahwinan yang sah tanpa pengetahuannya. Sejak itu, dia tidak pernah putus untuk menjejaki isteri dan anak Ariff. Setelah 20 tahun mencari, akhirnya Matilda menemui Julia yang disahkan sebagai anak kandung Ariff. Julia di jemput Matilda untuk tinggal dalam rumah agam itu kerana dia juga pewaris harta Ariff. Ashraff tidak dapat menerima kebenaran itu nekad untuk membenci gadis yang dicintainya.
Drama Juliet, Sinopsis Drama Juliet, Poster Drama Juliet, Drama Juliet Slot Widuri TV1, Drama Juliet Full Episode, Juliet Cast, Pelakon - Pelakon Drama Juliet, Redza Rosli, Rita Nadira, Haliza Misbun, Shah Iskandar, Drama Slot Widuri TV1,
Kehadiran Julia amat dinantikan oleh Mina. Selama 20 tahun, Mina terpaksa berpura-pura ‘gila’ demi menutup dosanya membunuh suami sendiri. Mina tidak dapat menerima hakikat setelah Ariff berkahwin dengan Maryam. Ini kerana dia disahkan mandul dan Ashraff adalah anak angkat untuk mengaburi mata Matilda. Kehadiran Julia tidak disenangi oleh Vee dan anak-anaknya, Lily dan Isabelle yang memperkecilkan status Julia sebagai ‘anak luar nikah’. Oleh sebab itu, terbit kebencian terhadap ibunya dan enggan pulang ke rumah. Lebih menyayat hati, Ashraff turut bersekongkol dengan keluarganya menghina Julia.Tanpa pengetahuan semua, Matilda telah merangka untuk membunuh Julia. Disebabkan Julia dan Maryam, menantu kesayangannya Mina mengalami gangguan mental. Matilda menghasut Ashraff untuk menghapuskan Julia kerana harta Ariff akan turut mengalir kepada Julia. Ashraff terhasut bukan kerana harta, tetapi kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang Julia sedarah sedaging dengannya. Julia ‘dibunuh’ oleh Ashraff. Ashraff berkahwin dengan Lily namun tidak bahagia. Keadaan lebih rumit setelah Ashraff mengetahui kegiatan ‘black money’ yang dijalankan oleh Matilda. Matilda tahu, ada seseorang yang cuba untuk menjatuhkannya. Muncul Juliet dan Susan dalam misi untuk menjatuhkan Matilda. Susan adalah musuh tradisi Matilda dalam kegiatan ‘black money’. Juliet kini bangkit dalam usaha menentang Matilda dan Ashraff, kekasih yang dicintainya itu. Siapakah Juliet?

Lagu Tema / OST Drama Juliet (TV1)

👄👄 Boneka nyanyian Ernie Zakri

Tonton Online Drama Juliet Episod 1 Hingga 26 (Full Episode)

Korang boleh menonton drama Julier ini secara online di portal 👍 rtmklik



Read More


My Random Post