Memaparkan catatan dengan label Azira Shafinaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azira Shafinaz. Papar semua catatan

31 Dis 2022

Drama Ijab Kabut Lakonan Azira Shafinaz dan Fadlan Hazim (VIU Original)



Drama Ijab Kabut, Drama Viu, Sinopsis Drama Ijab Kabut, Pelakon - Pelakon Drama Ijab Kabut, Drama Ijab Kabut Siaran Viu Malaysia, Drama Ijab Kabut Full Episode, Drama Ijab Kabut Episod 1 Hingga 10, Ijab Kabut Cast, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie Alaudin,

Drama Ijab Kabut sudah mula disiarkan di platform Viu Malaysia bermula 13 Oktober 2022 yang lalu. Antara pelakon drama Ijab Kabut ini adalah Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie, Ezzaty Abdullah, Sarancak, Hana Nadira, Sharifah Alyesha, Megat Sharizal, Kodi Rasheed, Khatijah Tan, Dilla Ahmad, Lizard Rashid, Taufiq Hanafi, Nabil Zamanhuri dan ramai lagi. Selain itu drama Ijab Kabut ini mempunyai 10 episod dan diarahkan oleh Faliq Sharif serta diterbitkan oleh  Jazzy Pictures. Aku pun dah tengok drama ini di aplikasi Viu Malaysia, best juga, plus endingnya juga tak dijangka, macam ada plot twist sikit. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ijab Kabut ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey

Watak dan Barisan Pelakon Drama Ijab Kabut

Azira Shafinaz sebagai Deanna
Fadlan Hazim sebagai Khai
Iedil Putra sebagai Mat
Ezzaty Abdullah sebagai Athira
Sarancak sebagai Rozita
Hana Nadira sebagai Noni 
Sharifah Alyesha sebagai Alice 
Megat Sharizal sebagai Coach Bima Sakti
Kodi Rasheed sebagai Saiful 
Khatijah Tan sebagai Nenek Deanna
Dilla Ahmad sebagai Emak Deanna
Lizart Rashid sebagai Ayah Deanna
Taufiq Hanafi sebagai Farhan
Nabil Zamanhuri sebagai Andi 
Ku Farishah sebagai Julie 
Ghazdan Ghazali sebagai Hafiz




Sinopsis Drama Ijab Kabut Lakonan Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim (VIU Original)

Deanna, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka! Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Ijab Kabut

👄👄 Istimewa Untukku nyanyian Nami
👄👄 Kenangan Lama nyanyian Nabil Zamanhuri
👄👄 Denganmu nyanyian Iedil Dzuhrie Alaudin
👄👄 Terlalu Cinta nyanyian Iedil Dzuhrie Alaudin


Read More

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila


Read More

17 Okt 2022

Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)



Drama One Cent Thief, Drama One Cent Thief Astro Ria, Sinopsis Drama One Cent Thief Astro Ria, Drama One Cent Thief Full Episode, Drama One Cent Thief Episod 1 Hingga 8, Ending Drama One Cent Thief, One Cent Thief Cast, Pelakon - Pelakon Drama One Cent Thief, Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Syafinaz, Sofia Jane, Carmen Soo, Amerul Affendi,

Drama One Cent Thief telah mula bersiaran di Astro Ria sejak 8 Oktober 2022 setiap Sabtu, jam 11 malam. Antara pelakon drama One Cent Thief ini adalah Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi. Selain itu drama One Cent Thief ini mempunyai 8 episod dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain serta diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures. Drama One Cent Thief ini diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai. Nampak menarik kan drama ini kan, harus tengok ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama One Cent Thief ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey,,

Watak dan Barisan Pelakon Drama One Cent Thief

Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)
Azira Shafinaz sebagai Intan
Fabian Loo sebagai Ash Lee
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
Amerul Affendi sebagai Kadak
Carmen Soo sebagai Irene
Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh
Krishna Kumar Nair sebagai Sathish
Rubi Rubini sebagai Mimi
Amir Nafis sebagai Wan Zairol
Fadhli Masoot sebagai Shemad
Aleza Shadan sebagai Mak Iman




Sinopsis Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama One Cent Thief

👄👄 Punca nyanyian Lil J & Putera Muhammad


Read More

11 Sep 2022

Telefilem Simpang Sejenak (TV3)



Telefilem Simpang Sejenak TV3, Telemovie Simpang Sejenak, Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak, Simpang Sejenak Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Simpang Sejenak, Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim, Kisah Seram, Kisah Hantu,

Telefilem Simpang Sejenak sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada 11 September 2022 jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Simpang Sejenak ini adalah Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Simpang Sejenak ini akan diarahkan oleh Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini,siapa dah pernah tengok telefilem ini dulu? apa pun jom tengok sinopsis telemovie simpang sejenak di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak (TV3)

Ashraf Hanif ialah seorang pemandu kereta sewa. Pada suatu malam, Hanif terserempak dengan seorang wanita bernama Manis. Kasihan dengannya, dia menawarkan diri untuk menghantar Manis Dia mula berkenalan dengan Manis dan terus mengabaikan isterinya sendiri. Namun, Hanif dilaporkan hilang selepas beberapa hari. Apa yang berlaku sebenarnya?..


Read More

22 Okt 2021

Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin dan Tony Eusoff



Filem Penunggang Agama 2, Movie Penunggang Agama 2, Filem Penunggang Agama 2 Astro First, Penunggang Agama 2 Synopsis, Penunggang Agama Cast, Poster Filem Penunggang Agama 2, Info dan Sinopsis Filem Penunggang Agama 2, Pelakon - Pelakon Filem Penunggang Agama 2, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi,

Setelah suskses dengan filem Penunggang Agama sebelum ini, kini muncul pula sequelnya iaitu Penunggang Agama 2 yang menemui penonton bermula 19 Oktober ini, di Astro First, saluran 480. Antara pelakon filem Penunggang Agama 2 ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha dan ramai lagi. Selain itu filem Penunggang Agama 2 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Nampak menarik kan filem ini, jadi jom tengok watak -watak pelakon dalam movie Penunggang Agama 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Zul Ariffin sebagai Amir 
Tony Eusoff sebagai Father Micheal 
Azira Shafinaz sebagai Ana 
Johan As’ari sebagai Hafiz 
Puteri Nurqaseh sebagai Sarah 
Salina Saibi sebagai Huda 
Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas 
Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas 
Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar 
Sharifah Aisyarha sebagai Anim




Sinopsis Penuh Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff (Astro First)

Mengisahkan tentang kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.



Read More

16 Apr 2021

Drama Penjara Janji Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Azira Shafinaz, Drama Baru Fauzi Nawawi, Drama Slot Samarinda,

Drama Penjara Janji adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama ulangsiar Camelia. Antara pelakon drama Penjara Janji ini adalah Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris, Zulin Aziz, Aishah Atan, Baggio, Syed Ali Murtadha, Raja Hakim dan ramai lagi. Kalau korang ingat lagi sebelum ini Alif Satar pernah berlakon sekali dengan Azira Shafinaz dalam drama Pia tahun lalu. Drama Penjara Janji ini mempunyai 15 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 12 April 2021 yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Penjara Janji ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Azira Shafinaz,
Alif Satar sebagai Rizan
Fauzi Nawawi sebagai Zulkifli
Azira Shafinaz sebagai Rozita
Esma Daniel sebagai Razlan
Syed Ali Murtadha sebagai Azam




Sinopsis Penuh Drama Penjara Janji Lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi dan Azira Shafinaz Di Slot Samarinda TV3

Rizan, seorang warden penjara berusaha memenuhi hasrat terakhir daripada banduan bernama Zulkifly yang berdepan dengan hukuman mati. Hasrat Zulkifly adalah untuk bersatu dengan ahli keluarganya. Rizan terlalu fokus dalam menguruskan hal Zulkifly sehingga mengabaikan tunangnya, Rozita dan persiapan perkahwinan mereka. Tanpa diketahui Rizan, Zulkifly merupakan ayahnya sendiri yang tidak pernah dia temui. Apa yang berlaku seterusnya?...

Drama Penjara Janji, Info dan Sinopsis Drama Penjara Janji, Poster Drama Penjara Janji, Watak - Watak Pelakon Drama Penjara Janji, Pelakon - Pelakon Drama Penjara Janji, Drama Baru Alif Satar, Drama Baru Fauzi Nawawi, Drama Slot Samarinda,
Lagu Tema / OST Drama Penjara Janji

👐 Damba Cintamu Nyanyian Alif Satar dan Raihan

👐 Rahsia nyanyian Zulin Aziz

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tak Sempurna Mencintaimu Episod 1 Hingga 28 (Full Episode) Lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)

Read More

30 Jun 2019

Telefilem Kau Langit Aku Laut (Cerekarama TV3)




Kau Langit Aku Laut, Telefilem, Telemovie, Telefilem Kau Langit Aku Laut, Telemovie Kau Langit Aku Laut, Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut, Cast, Pelakon Telefilem Kau Langit Aku Laut, Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Biodata Terkini Azira Shafinaz, Cerekarama, TV3, Cerekarama TV3 2019, Cerekarama Kau Langit Aku Laut,
Telefilem Kau Langit Aku Laut - Cerekarama TV3

Telemovie Kau Langit Aku Laut akan disiarkan di slot Cerekarama pada 29 Jun 2019 ini di TV3, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Kau Langit Aku Laut ni adalah Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik telemovie Kau Langit Aku Laut ni kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut Lakonan Izzue Islam dan Azira Shafinaz

Mengisahkan Anas yang tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah, setelah 7 tahun di penjara. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya dan memulakan hidup baru lalu dia bertemu dengan April, apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azira Shafinaz
Read More

8 Jun 2019

Telefilem Derita Pia (TV3)




Pia, Derita Pia, Telefilem, Telemovie, Telefilem Derita Pia, Telemovie Derita Pia, Telefilem Raya TV3, TV3, Sinopsis Telefilem Derita Pia, Ending Telefilem Derita Pia, Sad Ending, My Opinion, Cast, Pelakon Telefilem Derita Pia, Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly,
Telemovie Raya - Derita Pia 

Telefilem Derita Pia sudah pun disiarkan pada 3 Syawal yang lalu dan telefilem Derita Pia ini adalah sambungan pada drama Pia. Pelakon - pelakon utama telefilem Derita Pia ini masih sama seperti dalam drama Pia tu, cuma watak Doktor Karl saja yang tiba - tiba hilang dalam telefilem ni hehe. Telemovie Derita Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly dan ramai lagi. Tajuk telefilem ni pun dah menggambarkan macam mana jalan ceritanya, memang derita habislah si Pia tu. Dari komen - komen yang aku baca ramai yang tak puas hati dengan ending telefilem Derita Pia ni, sebab Pia derita sampai ke sudah, tak ada bahagia pun. Plus mak ngah yang dera Budi tu terlepas pula, tak kena hukuman. Ramai juga penonton yang geram sebab Pia ni baik sangat, apsal lah dia benarkan Zafran tu kahwin dengan Qis. 




Paling lawak bila fikir balik, boleh pula mak bapa Qis tu benarkan Qis kahwin dengan Zafran, hidup bermadu pula tu, pastu keadaan Zafran yang buta lagi. Kalau orang lain kat tempat Pia tu, mesti dah meroyan lepas dapat tahu Mak Ngah dok dera Budi dan last sekali Budi mati. Dah ada video kan, bukti yang mak ngah dok dera Budi tu, tapi Pia boleh simpan n tak bagitau Zafran pun atau pun polis. Tapi tula Pia ni terlebih baik dia salahkan diri dia yang lalai dan mengabaikan Budi tu. Last sekali Pia pun mati manakala Zafran pula boleh pula hidup bahagia dengan Qis. Memang kesian dengan Pia, Zafran pun bengap apsallah bagi dua - dia bini duduk serumah. Apa pun aku tak puas hati juga dengan ending telefilem ni sebab kalau boleh aku nak Pia dan Budi hidup bahagia. Apa pun telefilem Derita Pia ni berjaya buat penonton jadi marah dan beremosi gitu.
Read More

24 Nov 2018

Drama Seribu Rindu (Akasia TV3)




Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Cast, Poster, Pelakon Drama Seribu Rindu, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, 2018, Drama Melayu, Drama Lakonan Zul Ariffin, Sinopsis Seribu Rindu,

Drama terbaru lakonan Zul Ariffin iaitu Drama Seribu Rindu kini bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 12 November 2018 yang lalu. Biasanya drama - drama lakonan Zul Ariffin ini memang sentiasa popular gitu, tambah - tambah di slot Akasia. Kalau tak silap aku last drama Zul Ariffin untuk slot Akasia ini adalah drama Titian Cinta yang memang meletup gitu dan kini dia kembali dengan drama Seribu Rindu bergandingan pula dengan pelakon cantik manis yang juga ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Rasanya ini kali pertama mereka berlakon sekali dan dalam drama Seribu Rindu ini, Zul Ariffin akan memegang watak sebagai Irfan manakala Azira Shafinaz pula sebagai Maisarah. Irfan dan Maisarah adalah kawan sejak kecil tapi Maisarah bercinta dengan orang lain tapi akhirnya berkahwin dengan Irfan juga, jodoh gitu kan. 




Antara pelakon yang turut membintangi drama Seribu Rindu ini selain Zul Ariffin dan Azira Shafinaz ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Mona Allen, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Ainul Aishah, Aman Graseka, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Rindu ini mempunyai 28 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya serta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama Seribu Rindu ini di bawah ye. Selamat membaca okey. 

Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta Maisarah (Azira De Fam) dan Airel (Fadlan Hazim) yang terhenti atas desakan bapa Airel iaitu Datuk Muiz. Datuk Muiz mahu menyatukan Airel dengan Damia (Mona Allen), anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari. Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya. Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. 
Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja. Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital. Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?
Read More

16 Nov 2018

Biodata Terkini Azira Shafinaz




Azira Shafinaz, Azira De Fam, Pelakon, Penyanyi, De Fam, Biodata Azira Shafinaz, Profil Azira Shafinaz, Juara Drop The Beat 2018, Senarai Drama Lakonan Azira Shafinaz, Telemovie Lakonan Azira Shafinaz, Hos, Gambar Terkini Azira Shafinaz,
Profil & Biodata Azira Shafinaz (Penyanyi dan Pelakon Malaysia)

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang biodata Azira Shafinaz ini, awalnya Azira Shafinaz ni dikenali sebagai penyanyi. Dia adalah ahli kumpulan De Fam kemudian dia dah start berlakon sampailah sekarang. Dramanya iaitu Villa Ghazara baru saja habis, sekarang drama barunya menyusul yang bertajuk Seribu Rindu di Slot Akasia TV3. Dua drama lakonan Azira Shafinaz ni ditayangkan secara berturut - turut. Terbaru telefilem lakonannya kini tengah bersiaran di slot cerekarama TV3 bertajuk Kau Langit Aku Laut. Malah Azira Shafinaz juga adalah juara Drop The Beat 2018 gitu. Drop The Beat ini adalah rancangan game show lip sync terbitan media prima yang memerlukan para selebriti miming dan menari. Apa pun jom tengok profil dan biodatanya di bawah ini ye..




Biodata Terkini Azira Shafinaz

Nama Penuh: Azira Shafinaz binti Ramlan
Nama Komersil: Azira Shafinaz / Azira De Fam
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 26 September 1991
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Penyanyi (kumpulan wanita De Fam) & Pelakon
Lagu - Lagu nyanyian Azira dan De Fam : #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu, Bukan Cinta Malaikat
Senarai Drama lakonan Azira Shafinaz: Pia, Mimpi Mira, Stella, Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel, Villa Ghazara, Seribu Rindu dan lain - lain lagi.
Senarai Telemovie lakonan Azira Shafinaz: Kau Langit Aku Laut, Nur 3 Pagi, Syawal Yang Kuinginkan, Simpang Sejenak, Din Sardin Beraya dan lain - lain lagi.
Read More


My Random Post