8 Okt 2021

Drama Diva Popular 2 Lakonan Tiz Zaqyah dan Nabila Huda (Awesome TV)



Drama Diva Popular 2, Poster Drama Diva Popular 2, Info dan Sinopsis Drama Diva Popular 2, Diva Popular 2 Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diva Popular 2, Drama Awesome TV,

Drama Diva Popular 2 kembali lagi menemui penonton di slot Dramedi TV Awesome bermula 25 September yang lalu bagi menggantikan Drama Penghulu Interim yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Diva Popular 2 ini adalah Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Yusof Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Ellie Suriaty, Didies Alias, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Nampaknya drama ini masih mengekalkan barisan pelakon asal drama ini di musim kedua. Selain itu drama Diva Popular 2 ini mempunyai 13 episod dan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Awesome TV serta diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rumah Karya Citra. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Diva Popular 2 Lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan Syafiq Kyle (Awesome TV)

Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan. Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran. Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima). Apa yang berlaku seterusnya?

Tonton Drama Diva Popular 2 Full Episode
💛💛 Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di laman web Awesome TV 

Lagu Tema / OST Drama Diva Popular 2

💚💚 Chikadun nyanyian Floor 88

 ⏩⏩ Drama Wifi Sebelah Rumah Episod 1 Hingga 16 Lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies (TV3)

💓💓 Drama Gerak Khas Undercover Episod 1 Hingga 30 (Full Episode) Di TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post