6 Okt 2021

Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)



Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode,

Siri VIU Original kembali dengan drama terbaru bertajuk Ganjil lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle yang mula disiarkan di Viu pada 30 September yang lalu, setiap Khamis. Drama Ganjil ini adalah sebuah kisah cinta romantik dan fantasi yang berkaitan dengan mimpi dan realiti. Antara pelakon drama Ganjil ini adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek dan ramai lagi. Selain itu drama Ganjil ini hanya mempunyai 10 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures. Nampak menarik kan drama ini, pelakon pun dah best. Aku paling suka sinematografi drama ini, nampak cantik sangat. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ganjil ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Fattah Amin sebagai Amry
Diana Danielle sebagai Nabila
Izzue Islam sebagai Ihsan
Fatin Afeefa sebagai Sally
Eizlan Yusof sebagai Haris
Aida Aris sebagai Rina
Amir Nafis sebagai Nizam
Azri Sabri sebagai Razak




Sinopsis Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)

Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka. 
Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode
Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Ending Drama Ganjil (Spoiler)

Awalnya Amry dan Nabila sukar nak berjumpa di dunia realiti, sampai satu tahap Nabila mula lupa pada Amri dan mimpi - mimpi mereka. Nabila hampir - hampir nak berkahwin dengan Ihsan manakala ibu dan bapa Nabila berada di ambang penceraian. Manakala Amry pula perlu menyelamatkan abangnya daripada melakukan kejahatan. Walaubagaimanapun ending drama Ganjil ini memang happy endinglah kan, bila Amry dan Nabila berjaya juga bertemu di dunia realiti setelah mereka berjaya berdepan dengan dugaan hidup masing - masing.

Lagu Tema / OST Drama Ganjil

💚💚 Bisikan nyanyian Noh Salleh
💜💜 Tanpa Cinta nyanyian Izwan Talhah

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Wifi Sebelah Rumah Lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies


1 ulasan:



My Random Post