22 Okt 2021

Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin dan Tony Eusoff



Filem Penunggang Agama 2, Movie Penunggang Agama 2, Filem Penunggang Agama 2 Astro First, Penunggang Agama 2 Synopsis, Penunggang Agama Cast, Poster Filem Penunggang Agama 2, Info dan Sinopsis Filem Penunggang Agama 2, Pelakon - Pelakon Filem Penunggang Agama 2, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi,

Setelah suskses dengan filem Penunggang Agama sebelum ini, kini muncul pula sequelnya iaitu Penunggang Agama 2 yang menemui penonton bermula 19 Oktober ini, di Astro First, saluran 480. Antara pelakon filem Penunggang Agama 2 ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha dan ramai lagi. Selain itu filem Penunggang Agama 2 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Nampak menarik kan filem ini, jadi jom tengok watak -watak pelakon dalam movie Penunggang Agama 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Zul Ariffin sebagai Amir 
Tony Eusoff sebagai Father Micheal 
Azira Shafinaz sebagai Ana 
Johan As’ari sebagai Hafiz 
Puteri Nurqaseh sebagai Sarah 
Salina Saibi sebagai Huda 
Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas 
Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas 
Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar 
Sharifah Aisyarha sebagai Anim




Sinopsis Penuh Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff (Astro First)

Mengisahkan tentang kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.



1 ulasan:



My Random Post