31 Okt 2021

Drama Pelangi Hati Episod 1 Hingga 20 - TV Okey



Drama Pelangi Hati, TV Okey, Drama Pelangi Hati TV Okey, Info dan Sinopsis Drama Pelangi Hati, Poster Drama Pelangi Hati, Pelangi Hati Cast, OST Drama Pelangi Hati,

Drama Pelangi Hati adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan bagi menggantikan Drama De Li Ma yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pelangi Hati ini adalah Kuza, Zarul Husin, Cha Cha Maembong, Rosnah Johari, Natasha Charmaine, Anding, Adam Yusuf, Ryry Ryun, Tony Eusoff, May May Fung dan ramai lagi. Selain itu drama Pelangi Hati ini mempunyai 20 episod dan disiarkan setiap hari pada jam 12 tengah malam dan mula bersiaran di TV Okey bermula 28 Oktober 2021 yang lalu. Drama Pelangi Hati ini diarahkan oleh Adon Dagok dan diterbitkan oleh Megaday Media Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Pelangi Hati ini di bawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Kuza sebagai Sarimah
Zarul Husin sebagai Awang Hamidi
Cha Cha Maembong sebagai Tania
Rosnah Johari sebagai Dayang Lufya
Adam Yusof sebagai Mikael
Ryry Ryun sebagai Zaharah
Natasha Charmaine sebagai Faizah
May May Fung sebagai Dayang Hatijah




Sinopsis Penuh Drama Pelangi Hati - TV OKEY

Mengisahkan Sarimah seorang anak yatim piatu berhijrah dari Kuching, Sarawak ke Cameron Hinglands ekoran diceraikan suaminya Awang Hamidi hasil daripada hasutan dan fitnah emak Awang Hamidi, Dayang Lufya. Sarimah terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia dua bulan kerana Sarimah di anggap perempuan sial yang sentiasa membawa malang dalam keluarganya. Di Cameron Highlands, nasib Sarimah agak baik kerana rakan karibnya Zaharah baik hati. Sarimah mengambil upah menjaga Tania, anak Zaharah dan suaminya Dr. Zainal. 
Tanpa diduga satu tragedi hitam menimpa keluarga Zaharah. Zaharah dan suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Sebelum meninggal dunia Zaharah sempat mewasiatkan agar Tania hidup di bawah jagaan Sarimah. Zaharah juga meminta agar Sarimah menjaga perniagaan ladang mereka untuk Tania, sehingga Tania berusia 21 tahun. Sarimah menjalankan amanah yang di berikan oleh Zaharah. 21 tahun kemudian Sarimah bersedia menyerahkan harta Zaharah kepada Tania. Sarimah bertekad mahu pulang ke Sarawak untuk mencari anak perempuannya. Tania berat hati untuk melepaskan Sarimah. Pada Tania, Sarimah adalah ibu yang sempurna di matanya. Namun Sarimah perlu segera mencari anaknya sebab Sarimah kesuntukkan masa untuk meneruskan kehidupan. Tania berhasrat untuk mengikut Sarimah pulang ke Sarawak untuk membantu merealisasikan impian Sarimah yang mahukan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan harmoni. Ikutilah kisah Sarimah mencari anak kandungnya Faizah serta cabaran yang perlu dihadapinya bila berhadapan dengan keluarga bekas suaminya itu.

Lagu Tema / OST Drama Pelangi Hati (TV Okey)
👄👄 Perasaanku nyanyian Fieya Julia

Tonton Drama Pelangi Hati Full Episode
💖 Korang boleh tonton drama Pelangi Hati ini secara online di --> https://rtmklik.rtm.gov.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post