1 Okt 2021

Drama Gerak Khas Undercover Episod 1 Hingga 30 (Full Episode) Di TV3



Drama Gerak Khas Undercover, Drama Gerak Khas Undercover, TV3, Poster Drama Gerak Khas Undercover, Info dan Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover, OST Gerak Khas Undercover, Drama Gerak Khas Undercover Full Episode, Gerak Khas Undercover Cast, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas Undercover,

Drama Gerak Khas kembali lagi kini dengan wajah baru bertajuk Gerak Khas Undercover dan akan mula bersiaran di TV3 bermula 1 Oktober 2021 ini, setiap Jumaat, jam 10.30 malam. Antara pelakon drama Gerak Khas Undercover ini adalah Aaron Aziz, Erra Fazira, Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal, Rosyam Nor, Khalida Balqis, Kenji Sawahi dan ramai lagi. Selain itu Gerak Khas Undercover ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Syafiq Yusof, C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim serta diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd. Ingatkan drama Gerak Khas dah tak ada lagi dah, rupanya ada lagi, kali ni lebih upgrade gitu. Apa pun memang nampak menarik kan drama Gerak Khas Undercover ni. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama 
Gerak Khas Undercover (Full Episode) Di TV3

Gerak Khas Undercover memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 
Ketua gengster, Tony Bono (Dato’ Rosyam Nor) yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.  
Drama Gerak Khas Undercover, Drama Gerak Khas Undercover, TV3, Poster Drama Gerak Khas Undercover, Info dan Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover, OST Gerak Khas Undercover, Drama Gerak Khas Undercover Full Episode, Gerak Khas Undercover Cast, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas Undercover,
DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony. Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?

Lagu Tema / OST Drama Gerak Khas
💋💋 GK Undercover nyanyian Syamsul Yusof

Tonton Online Drama Gerak Khas Undercover
Selain menonton di kaca TV  korang juga boleh menonton drama ini secara online melalui aplikasi iQiyi

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi TV3 Vish : A Poisonous Story


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post