16 Okt 2021

Drama Tahyul Full Episode - Slot Samarinda TV3



Drama Tahyul, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Tahyul, Poster Drama Tahyul, Drama Tahyul Full Episode, Drama Tahyul Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tahyul TV3,

Drama Tahyul adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Dear Cinta yang telah tamat episodnya. Drama Tahyul ini juga sudah mula bersiaran di TV3 sejak 12 Oktober 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon -pelakon drama Tahyul ini adalah Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita Che Wan, Tania Hudson, Aidit Noh, Fauziah Latiff dan ramai lagi. Selain itu drama Tahyul ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Junaimeramfizal Rahmat (Che Mie) serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, gandingan pelakon baru dan lama serta bergenre seram gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tahyul ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Aniq Suhair sebagai Afiq
  • Wani Kayrie sebagai Fathia
  • Cik B sebagai Illy
  • Ahmad Adly Sofwan sebagai Boy
  • Shah Khan sebagai Hakim
  • Rozita Che Wan sebagai Detektif Masni
  • Tania Hudson sebagai Mina
  • Aidit Noh sebagai Ghazry
  • Fauziah Latiff sebagai Puan Qaseh
  • Halmey Hamdan sebagai Ustaz
  • Nur Dania Miazara sebagai Sofea
  • Nur Raisha Izzara sebagai Iris
  • Bazly Hanif sebagai Faruq




Sinopsis Drama Tahyul Slot Samarinda TV3

Sekumpulan ramaja yang aktif menncipta content dari laman sosial "Tales Of Tahyul" telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang. Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang  dipilih itu meman dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Tahyul

👄 Demi Kamu nyanyian Indah Ruhaila
👄 Kuala Lumpuh nyanyian Dunya

Tonton Online Drama Tahyul Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di Youtube TV3MALAYSIA Official --> https://www.youtube.com/watch?v=_qGC7MYFt74



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post