Sebelum ini novel Lelakimu Yang Dulu telah diadaptasikan menjadi drama bersiri di TV3, kini giliran Novel Setelah Ku Dimiliki karya novelis Zaza Qry pula yang diadaptasikan menjadi drama 28 episod di slot Akasia, TV3. Novel ini awalnya bertajuk Lelaki Halal Untuk Aku dan kemudian bertukar tajuk menjadi setelah ku dimiliki. Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah dan Zaki Azeman menjadi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki ini. Zul Ariffin akan membawa watak sebagai Adriz manakala Intan Najuwa pula akan melakonkan watak sebagai Sarrafia, Tiz Zaqyah pula sebagai Sarlina dan Zaki Azeman sebagai Noh.
Pelakon lain yang turut membintangi drama Setelah Ku Dimiliki ini terdiri daripada Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya dan Halim Radzi. Berbalik pada novel ini, ianya release pada tahun 2017 yang lalu dan kini dah diadaptasikan ke drama bersiri gitu. Suka dengan cover novel ni, lawa gitu. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Walaubagaimanapun tak semua bablah ada kan, sebab ini je yang aku jumpa. Kalau nak baca novel penuh, sila beli novel ini di pasaran ye. Selamat membaca okey..
Sinopsis Novel Setelah Ku Dimiliki Karya Zaza Qry (Drama Adaptasi Novel)
Berbekalkan hati yang telah terluka dihalau mama kerana khilafnya, Sarrafia meneruskan kehidupan di Pulau Langkawi. Menjadi pekerja di sebuah pusat yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Sedang Sarrafia tidak pernah berharap akan bertemu lagi meskipun dia tidak pernah melupakan lelaki yang bernama Adriz itu. Pertemuan semula dengan Adriz membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang semula. Bukan tiada lelaki yang mahukan dia, tetapi Sarrafia tahu dia tidak boleh mendapat lelaki sebaik Noh yang sudah terang-terang mencintainya. Tiada degupan cinta untuk Noh. Hanya untuk lelaki itu, yang mempunyai cerita silam dengannya.
“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz.
Sarrafia tidak tahu apa yang yang mahu ditebus oleh Adriz. Dia tidak pernah mengharap lagi akan sebuah cinta yang membahagiakan.
Sarrafia tidak tahu apa yang yang mahu ditebus oleh Adriz. Dia tidak pernah mengharap lagi akan sebuah cinta yang membahagiakan.
Hati mama yang terluka kerana perbuatannya menyebabkan dia tidak mahu lagi mengucapkan kata cinta.
“Kalau saya nak lepaskan awak, tunggu Allah cabut nyawa saya dulu. Waktu tu tentulah saya dah lepaskan awak.”
“Niat di hati memang saya tak nak kahwin dengan awak pun, Encik Adriz. Tapi bila setiap malam muka awak saja yang muncul maknanya Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak. Kerana Allah dah bagi petanda, maka terpaksalah saya memilih awak juga.”
Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar difahami. Tidak mahu bahagia, tetapi hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz.

Jom Baca ini juga ➔ Korean Drama Save Me 2
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Follow citer ni menarik cuma tak kurang suka dengan heroin tu kalau Tiz lagi best kot #justmytwocents
BalasPadamBagilah peluang tiz bawa watak lain sikit.....
BalasPadamIntan najuwa pandai bawa watak heroin dia, mmg sesuai sangat berlakon dgn zul ariffin. pandai dorang cari pelakon yg sesuai dgn watak yang di bawa di novel ni👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
BalasPadamHappy ending lah ni
BalasPadamNak cari buku ni. Di popular tak ada
BalasPadamTak sabar nk nnton full episod
BalasPadamIntan sesuai jdi heroin..comel pula tu..sukasukasuka
BalasPadamSaya betul2 minat novel ni... Tak sabar lah nak tengok full episod sambungan cerita ini hmmmm gembira nya
BalasPadam