6 Okt 2019

Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah (Cerekarama TV3)




Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 5 Oktober 2019, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini adalah Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail dan ramai lagi. Ikutkan telemovie Kayuhan Kasih Ayah ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan di TV3 pada tahun 2017 atau 2018 yang lalu. Selain itu telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Aniq Communication Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah Lakonan Aman Graseka dan Azri Iskandar

Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras. Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?
Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Aprena Manrose

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

1 ulasan:



My Random Post