Hari tu sempat menonton filem Hindustan
kat Astro Go bertajuk De De Pyaar De yang bermaksud Give Me Love. Filem
Bollywood De De Pyaar De ini boleh dikatakan filem baru juga sebab ianya
release pada 17 Mei 2019 yang lalu. Antara pelakon filem De De Pyaar De ini
adalah Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh, Jimmy Shergill, Alok Nath, Inayat
Sood, Bhavin Bhanushali dan ramai lagi. Selain itu filem hindi De De Pyaar De
ini bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Akiv Ali serta filem ini box
office juga. Ini adalah kali pertama
Ajay Devgn memegang watak sebagai Ashish
Mehra yang berusia sebaya dengan usia sebenarnya. Sejujurnya aku suka dengan
semua barisan pelakon filem ini sebab semuanya best - best belaka. Lebih
menarik ini adalah filem ketujuh yang menggandingkan Ajay Devgan dan Tabu.
Gandingan mereka berdua bermula menerusi
filem Vijaypath (1994), Haqeeqat (1995), Thakshak (1999), Drishyam
(2015), Fitoor (2016 – Ajay Devgn hanya cameo), Golmaal Again (2017) dan akhir
sekali De DePyaar De (2019). Selain itu filem ini juga adalah filem ketiga yang
menggandingkan Tabu dan Jimmy Shergill, gandingan Tabu dan Jimmy Shergill bermula
dengan filem pertama Jimmy Shergill yang merupakan filem debutnya iaitu Maachis
(1996) diikuti filem Silsiilay (2005 namun mereka tak ada scene bersama sebab
lain – lain partner) dan last sekali filem ini.
Berbalik pada filem ini, jalan ceritanya santai – santai saja, nama pun romantik komedi kan, mengisahkan Ashish Mehra seorang duda kaya yang tinggal seorang diri di luar negara. Ashish yang berusia 50 tahun, mempunyai 2 orang anak yang sudah pun dewasa iaitu Ishika Mehra (Inayat Sood) dan Ishaan Mehra (Bhavin Bhanushali). Walaubagaimanapun Ashish dah lama mengabaikan mereka dan juga keluarganya kerana dia sudah lama tidak menghubungi mereka mahu pun pulang ke India. Ashish kemudian jatuh cinta pada seorang gadis cantik bernama Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh) yang berusia 20 – an yang jauh lebih muda darinya serta hampir sebaya dengan umur anaknya. Konflik filem ini bermula apabila Ashish ingin memperkenalkan Ayesha sebagai calon isterinya pada keluarganya di India termasuklah pada bekas isterinya Manju (Tabu) serta anak – anaknya. Namun kehadiran Ashish dan Ayesha ke India disambut dingin oleh keluarga Ashish terutamanya Ishika yang kelihatan benci pada ayahnya. Kehadiran Ashish yang tiba – tiba muncul membuatkan keluarga Ashish pening kerana pada hari tersebut rombongan pihak lelaki akan datang untuk melamar Ishika dan rombongan pihak lelaki tidak tahu yang ayah Ishika sebenarnya masih hidup. Akhirnya keluarga Ashish terpaksa menipu dan mengatakan Ashish adalah bapa saudara Ishika iaitu abang pada Manju.
Ashish yang panik melihat layanan dingin keluarganya itu serta baru dapat tahu
mengenai anaknya yang bakal berkahwin itu juga terpaksa menipu dengan
memperkenalkan Ayesha sebagai
setiausahanya yang mengikutnya ke India atas urusan kerja. Ayesha agak tidak berpuas hati
dengan Ashish kerana tidak berterus- terang mengenai hubungan mereka dan akhirnya
terpaksa menyamar sebagai setiausaha Ashish. Lebih mengharukan lagi apabila
anak lelaki Ashish iaitu Ishaan turut jatuh hati pada Ayesha. Selain itu Ayesha
juga agak cemburu melihat hubungan baik Ashish dengan bekas isterinya Manju ,
Ashish dan Manju kelihatan sangat memahami antara satu sama lain. Ayesha juga
merasakan yang Manju seolah – olah dapat mengagak hubungan sebenarnya dengan
Ashish dan kelihatan ingin bersaing merebut cinta Ashish semula. Keadaan makin
menarik dengan kehadiran Vakil / VK (Jimmy Shergill) yang merupakan penginap
kotej disitu yang sudah jatuh hati pada Manju dan ingin memikatnya. Namun kehadiran
Ashish disitu seolah – olah memberi saingan padanya kerana hati Manju masih
belum terbuka untuknya. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu antara serba –
sedikit sinopsis filem Bollywood De De Pyaar De ini. Bagi aku Hindi Movie De De
Pyaar De ini mula menarik bila Ashish dan Ayesha datang ke India. Scene – scene
sebelum itu termasuklah scene perkenalan Ashish dan Ayesha tu semua agak boring
pada aku sebab lama sangat.
Pastu banyak pula scene – scene jual mahal, yang
mana dua –dua saling suka, tapi masih nak jual mahal dan main – main tarik tali
antara Ashish dan Ayesha tu pun banyak buang masa. Watak Jimmy Shergill sebagai
VK agak biasa – biasa saja tapi cute, kerja dia memang 24 jam nak mengorat
Manju jer hehehe. Keserasian Tabu dan Ajay Devgn memang nampak dalam movie ni,
watak diorang sebagai Manju dan Ashish memang menyerlah dan aku tak faham kenapa
Manju dan Ashish boleh berpisah, sebab ikutkan diorang sangat sepadan kot dan
nampak masih ambil berat antara satu sama lain. Diorang patut berbaik semula tu
dan Ayesha tu boleh bagi kat VK hehehe. Lagu tema / OST De De Pyaar De ni biasa
– biasa saja bagi aku, tak ada yang menarik minat aku. Manakala ending filem ini
memang happ endinglah kan, jadi aku bagi 7.5/10 bintang untuk movie ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Manmarziyaan - Bollywood Movie
lama tak tengok hindustan.. masih segak ajay devgan sebagai hero ..
BalasPadamlama xlayan cite hindustan, nampak menarik..hehe
BalasPadam