Bollywood Movie Review - Manmarziyaan
Okay hari ini aku nak buat review filem Bollywood / Hindi Movie yang bertajuk Manmarziyaan. Movie Manmarziyaan ini dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu, Vicky Kaushal, Abdul Quadir Amin, Ashnoor Kaur, Vishavpreet kaur, Saurabh Sachdeva, Vikram Kochhar, Arun Bali, Neelu Kohli dan ramai lagi. Movie ni release pada 14 September 2018 dan diarahkan oleh Anurag Kashyap. Di peringkat awal movie Manmarziyaan ni sepatutnya dilakonkan oleh Dulquer Salmaan, Ayushmann Khurrana and Bhumi Pednekar tapi diorang kemudian menarik diri dan akhirnya digantikan dengan Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu dan Vicky Kaushal. Ikutkan jalan cerita movie Manmarziyaan ni simple je dan berkisarkan cinta tiga segi dan bergenre romantik komedi. Masa nak menonton movie ni pun aku tak letak harapan tinggi pun yang movie ni akan best. Tapi memang best gak layan movie ni, paling mengejutkan lagu latar, lagu tema / OST Manmarziyaan ni sangat best okey, sedap didengar. The soundtrack of the film has been composed by Amit Trivedi dan Amit Trivedi ni turut menang Best Music Director dalam Star Screen Awards.
Filem Bollywood Manmarziyaan ini mengisahkan tentang Rumi (lakonan Taapsee Pannu) yang bercinta sakan dengan Vicky (lakonan Vicky Kaushal). Rumi yang dah kehilangan mak ayahnya tinggal bersama dengan makciknya dan datuknya. Hubungan percintaan Rumi dan Vicky ni dah sampai tahap macam suami isteri dah, siap Rumi pernah mention yang dia pernah mengugurkan kandungannya beberapa kali. Namun satu hari diorang kantoi dengan makcik Rumi yang ternampak diorang tengah bermesra di bilik Rumi dan akhirnya keluarga Rumi mula mendesak Rumi untuk berkahwin. Rumi akhirnya berjaya menyakinkan keluarganya yang kekasihnya Vicky bersama famili Vicky akan datang melamarnya untuk berkahwin. Serta Rumi turut berjanji seandainya Vicky tidak datang, dia sanggup berkahwin dengan sesiapa saja yang dipilih oleh makcik dan datuknya nanti. Vicky yang bekerja sebagai part time DJ itu masih tidak bersedia untuk berkahwin lagi. Walaupun mencintai Rumi, dia takut dengan komitmen dan masih mahu enjoy dengan hidupnya. Vicky akhirnya tidak datang melamar Rumi dan akhirnya Rumi yang kecewa itu bersetuju untuk berkahwin dengan calon suami pilihan keluarganya.
Rumi kemudian dijodohkan dengan Robbie (lakonan Abhishek Bachchan). Robbie yang merupakan seorang lelaki yang gentleman, matang dan bekerja sebagai banker itu telah jatuh cinta pandang pertama setelah melihat gambar Rumi. Walaupun ibu Robbie kurang berkenan dengan Rumi tapi Robbie berkeras ingin berkahwin dengan Rumi. Dalam masa yang sama Vicky cuba memujuk Rumi untuk kembali bersama siap ajak lari lagi tu dan Rumi bersetuju untuk lari bersama Vicky. Namun Rumi membatalkan hasratnya untuk lari bersama Vicky setelah tahu yang Vicky tidak merancang dengan teliti mahu lari ke mana dan sebagainya. Akhirnya Rumi pulang ke rumahnya semula dan bersedia untuk berkahwin dengan Robbie. Ketika hari sebelum perkahwinan Robbie masih mencuba untuk memujuk dan mengajak Rumi untuk lari dan Rumi bersetuju untuk lari setelah melihat kesungguhan Vicky. Namun ketika Rumi menunggunya untuk lari bersama, Vicky pula tidak muncul. Akhirnya Rumi berkahwin dengan Robbie. Masa tengok filem ni, memang geram dan stress dengan sikap Vicky dan Rumi ni. Rumi yang tak tetap pendirian tu senang sangat cair dengan pujukan Vicky manakala Vicky ni pula jenis yang gila, cinta mati konon tapi tak mahu pikul tanggungjawab. Robbie pula memang adorable dan gentleman betul, penyabar giler kot, memang husband material gitu.
Lepas berkahwin memang susah untuk Rumi menyesuaikan diri menjadi isteri Robbie. Nasib baiklah Robbie ni jenis penyabar, pendiam dan gentleman, dia layan je kerenah Rumi ni dan cuba ambil hati Rumi perlahan - lahan. Sikap Robbie yang matang dan penyabar tu buatkan Rumi makin selesa dan Rumi mula membuka hatinya untuk Robbie. Setelah semuanya makin berjalan lancar, si Vicky ni boleh datang balik dalam hidup Rumi, kali ni dia siap pergi berjumpa Robbie dan beritahu mengenai kisah cinta dia dan Rumi. Sebenarnya Robbie dah tahu dari awal lagi yang Vicky dan Rumi bercinta so Robbie tak terkejut pun dan releks je. Robbie siap bagi pilihan kat Rumi untuk memilih siapa yang dia nak dan Rumi memilih Robbie dan mahukan perkahwinan mereka kekal. Malangnya keesokkannya Rumi boleh curang pula dengan Vicky dan akhirnya Rumi mula berasa bersalah dan menyesal dengan perbuatannya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..tu serba sedikit sinopsis filem Manmarziyaan ni. Antara scene yang paling aku suka adalah ketika scene Robbie (Abhishek Bachchan) tu marah. Yela dia sebelum ni penyabar je kan, so sekali dia marah, mahu terkejut dan tergamam si Rumi tu hahahahaa, scene tersebut memang epik giler. Seronok pula tengok si Rumi tu terkejut dan takut sekejap melihat suaminya yang penyabar tu marah.
Lokasi shooting filem ni cantik - cantik juga especially masa Rumi dan Robbie pergi honeymoon tu, rasanya kat Kashmir kot. Apa pun memang rasa geram sikit dengan sikap Rumi tu, kesian kat Robbie. Walaubagaimanapun ending movie Manmarziyaan ni happy ending gitu. Secara keseluruhannya aku enjoy dan terhibur menonton filem Manmarziyaan ni dan aku bagi 8.5/10 bintang untuk movie ni.
Alamak lama tak layan hindustan hehe. dok layan hindustan lelama.
BalasPadamThanks for review mulan. <3
Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/reading-challenge-goodreads-2019-jan.html
not a fan of abhishek bachchan but maybe i'll consider watching this
BalasPadamDah lama tak layan bollywood...kalau ada pun ulang2 movie yang lama aje
BalasPadam