Drama Cari Aku Di Syurga Slot Samarinda TV3
Drama Cari Aku Di Syurga ini mempunyai 15 episod dan sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Cari Aku Di Syurga ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem dan ramai lagi. Drama ini dibarisi dengan ramai pelakon popular plus pengarah drama ini adalah Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini sukses dengan drama arahannya yang popular iaitu Nur dan Nur 2 gitu. Selain itu lagu tema / OST Drama Cari Aku Di Syurga ini memang terbaik, sedap - sedap lagunya. Antara lagu tema drama ini adalah lagu Bukan Cinta nyanyian Amylea serta lagu Tiada Dirimu nyanyian Shila Amzah. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cari Aku Di Syurga serta sinopsis drama ini di bawah ye.
Aeril Zafrel sebagai Anas
Janna Nick sebagai Lisa
Mimi Lana sebagai Mira
Duerra Mitilda sebagai Suri
Dalimawati sebagai Mak Temah
Maria Farida sebagai Rosmah
Aishah Atan sebagai Kak Kiah Janda
Muaz Fitri sebagai Haikal
Hun Haqeem sebagai Ariff
Mengisahkan percintaan dua darjat antara Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick). Anas seorang pemuda kampung yang kacak yang menjadi kegilaan ramai perempuan di kampung itu. Mira (Mimi Lana) yang merupakan jiran Anas, selalu membantu dan menjaga ibu Anas yang sakit, namun dalam diam Mira juga sangat mencintai Anas. Mak Mira iaitu Kak Kiah (Aishah Atan) juga turut ada hati pada Anas dan cuba menghalang anaknya dari rapat dan terus menjaga mak Anas itu. Manakala Lisa pula merupakan anak orang kaya dan hidup mewah namun Lisa kesunyian kerana hidupnya dikongkong oleh ibunya (Maria Farida). Perkenalan Anas dan Lisa membuatkan mereka saling jatuh cinta, namun Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkan Lisa dengan Ariff (Hun Haqeem). Ariff yang dah lama ada hati pada Lisa cuba memikatnya namun Lisa yang berasa tertipu nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.
Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri (Duerra Mitilda), Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah. Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya. Manakala Suri pula berusaha untuk mengembalikan ingatan ayahnya itu, mampukah mereka mengharungi kehidupan bersama Anas yang menghidap Alzheimer itu?. Bagaimana pula penerimaan Suri terhadap ibu kandungnya Lisa yang cuba kembali dalam hidupnya setelah meninggalkan dirinya bersama ayahnya dulu.
Ending Drama Cari Aku Di Syurga
Ending drama Cari Aku Di Syurga ni happy ending gitu bila Anas sebenarnya dengan rela hati nak menyerahkan Suri pada Lisa. Tapi disebabkan nak jaga hati Mira, Anas berpura - pura hilang ingatan dan Lisa dapat hak penjagaan Suri. Suri kemudian tinggal di rumah Lisa tapi tak begitu gembira kerana rindukan ayahnya Anas dan maknya Mira. Setelah Suri dapat tahu yang ayahnya Anas tak hilang ingatan, dia menangis dan merayu untuk pulang ke kampung berjumpa dengan ayahnya. Lisa dan Arif membawa Suri pulang ke pangkuan Anas dan Mira dan akhirnya mereka berempat sama - sama menjaga Suri dan happy ending.
Ending Drama Cari Aku Di Syurga
Ending drama Cari Aku Di Syurga ni happy ending gitu bila Anas sebenarnya dengan rela hati nak menyerahkan Suri pada Lisa. Tapi disebabkan nak jaga hati Mira, Anas berpura - pura hilang ingatan dan Lisa dapat hak penjagaan Suri. Suri kemudian tinggal di rumah Lisa tapi tak begitu gembira kerana rindukan ayahnya Anas dan maknya Mira. Setelah Suri dapat tahu yang ayahnya Anas tak hilang ingatan, dia menangis dan merayu untuk pulang ke kampung berjumpa dengan ayahnya. Lisa dan Arif membawa Suri pulang ke pangkuan Anas dan Mira dan akhirnya mereka berempat sama - sama menjaga Suri dan happy ending.
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
im never really a fan of janna nick tp ray singgah sini klik ads ehhh opps hehe
BalasPadamhehe thank you ;)
PadamThis is a good drama....menveritakan berkenaan realiti kehidupan yg bemar terjadi. Percintaan 2 darjat yg tidak direstui orang tua. Worth watching sb kebamyakan drama melayu yg ditayangkan di tv byk yg melalut jalan ceritanya.
BalasPadamYup. True. Antara drama terbaik.
Padam