10 Okt 2019

Baca Online Novel Demi Rindumu Karya Diya Jamal




Demi Rindumu, Novel, Novel Demi Rindumu, Karya Diya Jamal, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Novel Demi Rindumu, Watak Pelakon Drama Demi Rindumu, Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu,  Cover Depan Novel Demi Rindumu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2019,
Baca Online Novel Demi Rindumu (Drama Adaptasi Novel)

Novel Demi Rindumu karya novelis Diya Jamal telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 16 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Janna Nick dan Sean Lee akan menjadi hero dan heroin drama Demi Rindumu ini, Janna Nick akan melakonkan watak sebagai Nurhana manakala Sean Lee akan melakonkan watak sebagai Haznik. Selain itu drama Demi Rindumu ini turut dibintangi oleh Norman Hakim yang membawa watak sebagai Nasrul, Elvina Mohamad sebagai Rania, Azri Sabri sebagai Izlan, Hafeez Mikael sebagai Muzaffar, Sherry Ibrahim sebagai Suraya dan ramai lagi. Berbalik pada novel Demi Rundumu ni, novel ini telah pun diterbitkan oleh Love Novel pada tahun 2016 yang lalu dan tahun 2019 ni dah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Rasanya ni kali pertama aku melihat gandingan Sean Lee dengan Janna Nick, Sean Lee makin popular sekarang lepas penangan drama Sweet Dreams tu ngan Mira Filzah hehehe. Jadi sambil - sambil tengok drama Demi Rindumu di TV, korang juga boleh baca versi novelnya secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link - link di bawah ini okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye, selamat membaca..




Sinopsis Novel Demi Rindumu


Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?
“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana
“Takde apa-apa.” - Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”
Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.
Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.
“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana
Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.
“Na jangan mengarut!” - Nasrul
Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?
Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?
Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

Demi Rindumu, Novel, Novel Demi Rindumu, Karya Diya Jamal, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Novel Demi Rindumu, Watak Pelakon Drama Demi Rindumu, Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2019,

Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 10

PrologBab 1 Bab 2Bab 3Bab 4 Novel Demi RindumuBab 5,
Bab 6Bab 7Bab 8Bab 9 Novel Demi RindumuBab 10

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Sara Sajeeda

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

5 ulasan:



My Random Post