Sinopsis Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann (Astro Citra)
27 Nov 2022
Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick (Astro Citra)
Sinopsis Telefilem Secret Admirer Lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann (Astro Citra)
7 Ogo 2022
Telefilem Jeti Lakonan Nabila Huda (TV3)
Telefilem Jeti telah pun disiarkan pada tahun 2021 yang lalu dan kini akan diulang siar pada hari Ahad, 7 Ogos 2022 di TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Jeti ini adalah Fauziah Nawi, Nabila Huda, Laura Olivia, Jay Iswazir, Josiah Hogan, Shyrim Husni dan ramai lagi. Idea asal dan pengarah telefilem Jeti ini adalah Janna Nick serta diterbitkan oleh JN Studios & Entertainment. Nampak menarik kan telemovie ini Siapa pernah tengok dah telemovie Jeti ni?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Jeti di bawah ini okey..
Sinopsis Telefilem Jeti Lakonan Nabila Huda dan Fauziah Nawi (TV3)
15 Jun 2022
Drama Lockdown 2 (Astro Ria)
Sinopsis Drama Lockdown 2 - Astro Ria
11 Feb 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Shakira - Slot Akasia TV3
Sinopsis Penuh Drama Shakira Lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar Slot Akasia TV3
15 Mei 2021
Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick (TV3)
Sinopsis Penuh Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Lakonan Janna Nick - Cerekarama TV3
22 Mac 2021
Episod Akhir Drama Marry Me Senorita
Jom Baca Ini Juga 👉👉 My Korean Drama List 2020
4 Feb 2021
Drama Marry Me Senorita Slot MegaDrama Astro Ria Tonton Episod 1 Hingga 20 (Full Episode)
- Janna Nick sebagai Sofiy Leia
- Dini Schatzmann sebagai Isa Alejandro
- Shaza Bae sebagai Rosa Arabella
- Meerqeen Sebagai Amar
- Yasmin Hani sebagai Engku Marini
- Jalaluddin Hassan sebagai Engku Aziz
- Fadilah Mansor sebagai Engku Zaharah
- Siti Khadijah Halim sebagai Tina
- Natasha Elyzza sebagai Shelli
- Asha Merican sebagai Idora
- Daler Yusuf sebagai Chef Riz
- Alif Muhaimin sebagai Adam
- Raja Azura sebagai Mak Long
Sinopsis Penuh Drama Marry Me Senorita
Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin.
Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?Lagu Tema / OST Drama Marry Me Senorita
💓 Surat Akhir nyanyian Amira Othman
👉👉 Baca Online Novel Marry Me Senorita Karya Suri Ryana
Tonton Online Drama Marry Me Senorita Episod 1 Hingga 20 (Akhir)
Drama Marry Me Senorita Episod 1 - https://www.youtube.com/watch?v=py8qK7Qr0n0
Drama Marry Me Senorita Episod 2 - https://www.youtube.com/watch?v=J1WTy0gquHg
Drama Marry Me Senorita Episod 3 -
Drama Marry Me Senorita Episod 4 -
26 Jan 2021
Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Full Episode Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee (TV3)
Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Full Episode) Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee Di Slot Lestary TV3
- Janna Nick sebagai Haura Annisa
- Andi Bernadee sebagai Ziyyad Nazhan
- Hafidz Roshdi sebagai Naim Johari
- Norman Hakim sebagai Jeffri
- Wani Kayrie sebagai Fatin
- Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
- Azrel Ismail sebagai Azzam Daniel
- Idzham Ismail sebagai Loqman
- Ridzuan Hashim sebagai Kadir
- Aleza Shadan sebagai Sofia
- Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
- Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri
- Wanna Ali sebagai Natasya
- Afifah Nasir sebagai Ain
- Cassia Iman sebagai Inayah
- Ezzrin Loy sebagai Nadim
- Noniswara sebagai Nik Shaima
Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee Di Slot Lestary TV3
Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen. Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura. Apa yang berlaku seterusnya?..
Lagu Tema / OST Drama Melastik Ke Hatimu
💓 Pencinta Setiamu nyanyian Usop
Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
17 Dis 2020
Tonton Drama Misteri Mona Episod 1 Hingga Episod 8 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3
Drama Misteri Mona adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Beri Sedikit Waktu lakonan Zara Zya dan Aqasha yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Misteri Mona ini adalah Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi dan ramai lagi. Drama ini mula bersiaran sejak 10 Disember yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan hanya mempunyai 8 episod sahaja. Selain itu drama ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Misteri Mona ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.
Sinopsis Penuh Drama Misteri Mona Lakonan Janna Nick dan Redza Rosli TV3
10 Okt 2020
Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick dan Elfira Loy (TV3)
Cerekarama Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (TV3)
Telefilem Rahsia Malam Jumaat akan disiarkan pada 10 Oktober 2020 ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Rahsia Malam Jumaat ini adalah Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rahsia Malam Jumaat diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..
Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (Cerekarama TV3)
Mengisahkan Hana dan Nani yang balik kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri. Suatu malam, ketika pulang dari tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan. Apa yang berlaku seterusnya?..
👉👉 Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)
⏩⏩ Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad
29 Dis 2019
Telefilem Kisah Seram Hostel Lakonan Janna Nick dan Yuna Rahim
Telefiem Kisah Seram Hostel ini akan disiarkan di Astro Citra pada 28 Disember 2019 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Kisah Seram Hostel ini adalah Janna Nick, Yuna Rahim, Wafariena, Rita Nadira dan ramai lagi. Selain itu telefilem Kisah Seram Hostel ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FI Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Kisah Seram Hostel ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka. So jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..
Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hostel Lakonan Janna Nick (Astro Citra)
Anisa (Yuna Rahim) merupakan pelajar baru yang kini tinggal di sebuah asrama, Anisa sentiasa dibuli di asrama lamanya. Disebabkan itu Anisa agak sukar untuk mendapat kawan baru. Namun kehadiran Cempaka dan Orked yang ingin berkawan dengannya membuatkan Anisa berasa gembira. Tambahan lagi Cempaka dan Orked sangat peramah dan baik dengannya. Cempaka dan Orked kemudian mengajak Anisa ke sebuah dorm lama di waktu malam. Disitu Anisa diperkenalkan dengan seorang senior bernama Mayasari (Janna Nick). Kemudian Mayasari, Cempaka dan Orked bergilir - gilir menceritakan kisah - kisah seram yang berlaku di asrama. Namun Anisa tidak tahu yang Mayasari, Cempaka dan Orked sebenarnya menceritakan kisah seram yang dialami mereka sendiri dan kini mereka sebenarnya adalah hantu. Apa yang berlaku seterusnya?

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~


















