9 Jun 2022

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 Hingga 20 Di Astro Ria



Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Poster Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Setelah Terlafaznya Akad 2 Cast, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Full Episod, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose,

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 telah pun disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 1 Jun 2022 yang lalum setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Jangan Menangis Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad 2 ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi dan ramai lagi. Selain itu drama Setelah Terlafaznya Akad 2 ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Michael Ang serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Drama ini diinspirasikan daripada Novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia. Drama ini masih mengekalkan pelakon asal drama ini seperti Kamal Adli yang membawakan watak Hanan dan juga Uqasha Senrose yang membawa watak Nawal. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Barisan Pelakon dan Watak - Watak Dalam Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Talha Harith sebagai Zaki
Musyi Mohtar sebagai Ida
Hiera Hasan sebagai Milah
Normah Damanhuri sebagai Tok Ma
Seha Monica sebagai Haryati
Sharifah Shahora sebagai Nafisah
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
Elyas Abdullah sebagai Malek
Adam Shahz sebagai Mus
Zeera Azizi sebagai Hani
Nasz Sally sebagai Habibah




Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja. Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara. Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung. Nawal berasa kecewa apabila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi. Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?
Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Poster Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Setelah Terlafaznya Akad 2 Cast, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Full Episod, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad 2, Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose,
Sinopsis Novel Setelah Terlafaznya Akad 2

Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu. Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.
“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan
Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.
Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.
“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan
Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.   
“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal
Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.

Lagu Tema / OST Setelah Terlafaznya Akad 2

Seperti musim pertama, lagu Anta Permana nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza masih menjadi lagu tema drama ini.

Tonton Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Full Episode

Selain menonton di kaca TV, korang juga boleh menonton secara online 4 episod terawal drama ini di Youtube Astro Gempak. Selain itu korang juga boleh menonton drama inmenerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post