3 Jun 2022

Drama Melur Untuk Firdaus Episod 1 Hingga 28 Di Slot Lestary TV3



Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode, OST Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Cast, Pelakon - Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Baru Meeqeen, Drama Lakonan Anna Jobling, Anna Jobling Dewi Remaja, Drama Adaptasi Novel, adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta,

Drama Melur Untuk Firdaus sudah mula bersiaran di slot Lestary TV3 sejak 27 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Do You Love Me Captain yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Melur Untuk Firdaus ini juga adalah adaptasi daripada novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta. Antara pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini adalah Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Taib Zamanhuri, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Tengku Sariza, Azhar Amir, Hairi Safwan, Hani Nazrina, Farah Zanordin dan ramai lagi. Drama Melur Untuk Firdaus ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Melur Untuk Firdaus ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar
Anna Jobling sebagai Melur
Fimie Don sebagai Haris
Nesa Idrus sebagai Dee (Deana Rahilia)
Taib Zamannuri sebagai Raykal
Haleeda Mazlin sebagai Rohana
Zainon Ismail sebagai Nasaruddin
Tengku Sariza Tengku Muzaani sebagai Kamariah
Azhar Amir sebagai Kamarul
Hairi Safwan sebagai Zain
Hani Nazrina sebagai Lily
Farah Zanordin sebagai Dewi 




Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus Lakonan Meerqeen dan Anna Jobling - Slot Lestary TV3

Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode, OST Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Cast, Pelakon - Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Baru Meeqeen, Drama Lakonan Anna Jobling, Anna Jobling Dewi Remaja, Drama Adaptasi Novel, adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta,
Sinopsis Novel My Rude Wife 

Rude? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi selamba.
Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba, itu bukan klise lagi! Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya. Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.
“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus
“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur
“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee
“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur
Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?
“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris
Dan mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

OST Drama Melur Untuk Firdaus

👄👄 Duka Disebalik Tawa - Puteri Khareeza

Tonton Online Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Melur Untuk Firdaus secara online di platform penstriman 👉 Disney+ Hotstar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post