26 Jun 2022

Drama Roxy Episod 1 Hingga 20 Di Slot Dahlia TV3



Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,

Drama Roxy mula bersiaran di slot Dahlia TV3 bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Roxy ini adalah Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long dan ramai lagi. Selain itu drama Roxy ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh M. Nazir Juhan (Jet Lee) serta diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Wah nampak macam best drama ini kan,mesti lawak ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Roxy ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Roxy

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Zizan Nin sebagai Dharma
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Atu Zero sebagai Domi
  • Chiwan sebagai Bidin
  • Kween Keela sebagai Sushen
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Tony Eusoff sebagai Dr Rosli
  • Oktovia Manrose sebagai Katalina
  • Zaki Yamani sebagai Ku Ann




Sinopsis Drama Roxy Lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi dan Eira Syazira di Slot Dahlia TV3

ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.
Drama Roxy, Drama Robot TV3, Drama Slot Dahlia TV3, Sinopsis Drama Roxy, Roxy Cast, Pelakon - Pelakon Drama Roxy tv3, Drama Roxy Full Episode, Drama Roxy Episod 1 Hingga 20, Poster Drama Roxy,
Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Lagu Tema / OST Drama Roxy

👄 Layar Bersama nyanyian Yuveena
👄 Kau Ada nyanyian Aqeesh dan Momo



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post