29 Ogo 2019

Review Drama Korea - Big Issue




Big Issue, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Big Issue, Drama Korea Big Issue, Sinopsis Drama Korea Big Issue, Poster Drama Korea Big Issue, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, K Drama Big Issue 2019, Drama Korea Best Pilihan Miss Banu, Joo Jin Mo New Drama, Han Ye Seul New Drama, Cerita Pasal Paparazzi, Pelakon Drama Korea Big Issue, Jo Jin Mo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Shin So Yul, Choi Song Hyun, Park Sun Im, An Se Ha, Kang Sung Jin, Cha Soon Bae, Choi Sung Won,

Kali ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Big Issue lakonan Joo Jin Mo dan pelakon cantik manis Han Ye Seul. Drama Korea Big Issue ini mempunyai 32 episod dan disiarkan di channel SBS bermula 6 Mac 2019 dan tamat episodnya pada 2 Mei yang lalu. Antara pelakon drama Korea Big Issue ini adalah Joo Jin Mo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Shin So Yul, Choi Song Hyun, Park Sun Im, An Se Ha, Kang Sung Jin, Cha Soon Bae, Choi Sung Won dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Last Empress dan akan diganti dengan drama My Absolute Boyfriend. Kalau korang nak tahu pengarah drama ini adalah orang yang sama mengarah drama Korea God's Gift - 14 Days manakala screenwriter drama ini pula pernah menghasilkan skrip untuk drama popular seperti The K2 dan Yong Pal. Aku bukanlah peminat Joo Jin Mo, tapi aku suka betul dengan lakonannya dalam drama Big Issue ini pastu gandingannya dengan Han Ye Seul tu pun sepadan dan serasi giler okey. Mungkin sebab dua - dua pelakon berpengalaman, jadi keserasian diorang memang lain macam, terbaik hehe. Pujian juga buat Han Ye Seul sebab berjaya lari dari watak - watak heroin yang stereotype dan klisye sebab dalam drama Big Issue ini, Han Ye Seul membawa watak sebagai Ji Soo Hyun, iaitu seorang wanita bekerjaya yang bijak, berani dan tegas gitu. 
Big Issue, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Big Issue, Drama Korea Big Issue, Sinopsis Drama Korea Big Issue, Poster Drama Korea Big Issue, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, K Drama Big Issue 2019, Drama Korea Best Pilihan Miss Banu, Joo Jin Mo New Drama, Han Ye Seul New Drama, Cerita Pasal Paparazzi, Pelakon Drama Korea Big Issue, Jo Jin Mo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Shin So Yul, Choi Song Hyun, Park Sun Im, An Se Ha, Kang Sung Jin, Cha Soon Bae, Choi Sung Won,
Aku ingat lagi betapa menyampahnya aku tengok watak Han Ye Seul dalam drama Korea Birth Of A Beauty tu sebab wataknya terlampau klisye dan lembik. Korean Drama Big Issue ini berlatarbelakangkan dunia Paparazzi dan juga media. Mengisahkan tentang Han Seok Joo lakonan Joo Jin Mo yang merupakan seorang jurugambar yang bekerja di sebuah syarikat akhbar yang terkemuka, dia mempunyai isteri dan seorang anak perempuan yang sakit bernama Se Eun. Disebabkan satu gambar kontroversi yang diambilnya, Han Seok Joo hilang segala - galanya, dia dibuang kerja dan masuk penjara, manakala isterinya meminta cerai dan kemudian berkahwin lain. Setelah keluar penjara, Han Seok Joo menjadi gelandangan dan sentiasa mabuk untuk melupakan segala tekanan dan kesedihannya. Pertemuannya dengan Ji Soo Hyun (Han Ye Seul) yang merupakan seorang Chief Editor majalah / portal Sunday Syndicate merubah hidupnya. Ji Soo Hyun menawarkan kerja buat Han Seok Joo dan turut memberi alamat terbaru tempat tinggal bekas isterinya dan juga anaknya. Melihatkan kesungguhan dan keazaman Han Seok Joo yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi untuk mendapatkan sekeping gambar yang dikehendakinya membuatkan Ji Soo Hyun ingin Han Seok Joo bekerja sebagai jurugambar tetap untuk syarikatnya. 




Ji Soo Hyun juga sanggup menanggung segala pembelanjaan untuk kos rawatan anak Han Seo Joo yang sakit itu, disamping turut mencari jantung baru buat anak H.S.Joo itu. Disebabkan terdesak, Han Seok Joo menerima tawaran kerja Ji Soo Hyun, walaupun dia tidak begitu suka bekerja sebagai paparazzi di syarikat itu. Ji Soo Hyun juga turut menyiasat latar belakang Han Seok Joo dan turut mengetahui apa yang berlaku pada Han Seok Joo sebelum ini, termasuk hilang kerja dan sebagainya turut berpunca daripadanya. Jauh di sudut hati Ji Soo Hyun, dia berasa bersalah pada Han Seok Joo, malah sikap gentleman dan caring Han Seok Joo itu turut membuatkan Ji Soo Hyun jatuh cinta pada Han Seok Joo. Manakala Han Seok Joo pula berasa terhutang budi pada Ji Soo Hyun yang telah memberinya peluang untuk berubah dan dapat melihat anaknya semula. Tanpa Han Seok Joo sedar, dia juga telah jatuh hati pada Ji Soo Hyun hingga sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan Ji Soo Hyun yang dikurung di pejabat pendakwaraya untuk disoal siasat. Apa yang akan berlaku jika kebenaran terbongkar? Hidup Ji Soo Hyun juga dalam bahaya bila semua gambar kontroversi yang dimiliki Sunday Syndicate kini menjadi rebutan pihak polis dan pendakwaraya.

Big Issue, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Big Issue, Drama Korea Big Issue, Sinopsis Drama Korea Big Issue, Poster Drama Korea Big Issue, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, K Drama Big Issue 2019, Drama Korea Best Pilihan Miss Banu, Joo Jin Mo New Drama, Han Ye Seul New Drama, Cerita Pasal Paparazzi, Pelakon Drama Korea Big Issue, Jo Jin Mo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Shin So Yul, Choi Song Hyun, Park Sun Im, An Se Ha, Kang Sung Jin, Cha Soon Bae, Choi Sung Won,
Han Seok Joo pula berazam ingin membalas dendam pada Sunday Syndicate kerana telah menjadi penyebab nasib malang dirinya dulu. Apa yang berlaku seterusnya?. Itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Big Issue ini. Drama ini memang best, banyak scene - scene suspen, ada plot twist, lakonan yang mantap dan aku rekomen korang untuk tonton drama Big Issue ini sebab memang terbaik. Bila tengok drama ini, korang akan dapat faham macam mana dunia paparazzi tu, apa tugas diorang dan macam mana diorang buat kerja dan sebagainya. Suspen gitu, episod favorite aku adalah episod 21 dan 22. Tak banyak scene - scene percintaan antara Han Seok Joo dan Ji Soo Hyun, kalau ada pun sikit saja, sebab Ji Soo Hyun jual mahal pulak lepas tu haaha. Tapi bila ada scene - scene sweet tu memang sweet habislah kan. Rasa tak puas nak tengok scene - scene cintan cintun diorang ni, tapi aku suka cara diorang, walaupun tak tunjuk depan - depan perasaan cinta diorang tu, diorang tetap protect each other dengan cara diorang sendiri. Lagu tema / OST Big Issue ini juga best tau, lagu favorite aku dalam drama ini dinyanyikan oleh Lee Bada bertajuk Stay, lagu ini dalam bahasa Inggeris gitu.
Big Issue, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Big Issue, Drama Korea Big Issue, Sinopsis Drama Korea Big Issue, Poster Drama Korea Big Issue, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, K Drama Big Issue 2019, Drama Korea Best Pilihan Miss Banu, Joo Jin Mo New Drama, Han Ye Seul New Drama, Cerita Pasal Paparazzi, Pelakon Drama Korea Big Issue, Jo Jin Mo, Han Ye Seul, Kim Hee Won, Shin So Yul, Choi Song Hyun, Park Sun Im, An Se Ha, Kang Sung Jin, Cha Soon Bae, Choi Sung Won,
Antara watak yang annoying dalam drama ini adalah watak bekas isteri Han Seok Joo yang sentiasa marah - marah dan menyalahkan Han Seok Joo. Dia juga tak benarkan Han Seok Joo berjumpa dengan anak perempuan mereka tu yang tengah sakit kat hospital. Selain tu, aku suka tengok Han Ye Seul dalam drama ni sebab dia cantik sangat, baju, wardrobe dia semua lawa - lawa. Orang jahat utama dalam drama ni hanya muncul dalam beberapa episod terakhir. Apa pun drama Korea Big issue ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 9.2/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca ini juga ➔ Korean Drama Angel's Last Mission : Love

( Blog Dari Hati Miss Mulan )

3 ulasan:



My Random Post