Memaparkan catatan dengan label Hairi Safwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hairi Safwan. Papar semua catatan

14 Ogo 2022

Telefilem Dosa Terlindung (TV3)



Telefilem Dosa Terlindung TV3, Telemovie Dosa Terlindung TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung, Telefilem Dosa Terlindung Full Movie, Telefilem Dosa Terlindung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Dosa Terlindung, Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan,

Telefilem Dosa Terlindung akan disiarkan pada hari Ahad ini, 14 Ogos 2022, jam 9 malam di TV3. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2017 dan kini diulang siar kembali. Antara pelakon telefilem Dosa Terlindung ini adalah Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dosa Terlindung ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh Alfanazra Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie Dosa Terlindung ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung TV3

Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka. Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal. Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi. Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.



Read More

3 Jun 2022

Drama Melur Untuk Firdaus Episod 1 Hingga 28 Di Slot Lestary TV3



Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode, OST Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Cast, Pelakon - Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Baru Meeqeen, Drama Lakonan Anna Jobling, Anna Jobling Dewi Remaja, Drama Adaptasi Novel, adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta,

Drama Melur Untuk Firdaus sudah mula bersiaran di slot Lestary TV3 sejak 27 Mei 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Do You Love Me Captain yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Melur Untuk Firdaus ini juga adalah adaptasi daripada novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta. Antara pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini adalah Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Taib Zamanhuri, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Tengku Sariza, Azhar Amir, Hairi Safwan, Hani Nazrina, Farah Zanordin dan ramai lagi. Drama Melur Untuk Firdaus ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Melur Untuk Firdaus ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar
Anna Jobling sebagai Melur
Fimie Don sebagai Haris
Nesa Idrus sebagai Dee (Deana Rahilia)
Taib Zamannuri sebagai Raykal
Haleeda Mazlin sebagai Rohana
Zainon Ismail sebagai Nasaruddin
Tengku Sariza Tengku Muzaani sebagai Kamariah
Azhar Amir sebagai Kamarul
Hairi Safwan sebagai Zain
Hani Nazrina sebagai Lily
Farah Zanordin sebagai Dewi 




Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus Lakonan Meerqeen dan Anna Jobling - Slot Lestary TV3

Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode, OST Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Cast, Pelakon - Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus, Drama Baru Meeqeen, Drama Lakonan Anna Jobling, Anna Jobling Dewi Remaja, Drama Adaptasi Novel, adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta,
Sinopsis Novel My Rude Wife 

Rude? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi selamba.
Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba, itu bukan klise lagi! Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya. Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.
“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus
“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur
“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee
“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur
Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?
“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris
Dan mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

OST Drama Melur Untuk Firdaus

👄👄 Duka Disebalik Tawa - Puteri Khareeza

Tonton Online Drama Melur Untuk Firdaus Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Melur Untuk Firdaus secara online di platform penstriman 👉 Disney+ Hotstar



Read More

15 Mei 2022

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan (TV3)



Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan, Telefilem TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Slot Cerekarama TV3, Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Full Movie, Ayahanda Ibrah Ramadan Cast, Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Pelakon - Pelakon Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Poster Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Cerekarama Ayahanda Ibrah Ramadan,

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan telah pun disiarkan pada 14 Mei 2022 di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila dan ramai lagi. Telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini adalah prequel kepada drama bersiri Ayahanda yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini. Selain itu telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telemovie ini, bagi yang mengikuti drama Ayahanda sebelum ini pastilah kena tengok telemovie Ayahanda Ibrah Ramadan ini kan. Jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan - Cerekarama TV3

Buat pertama kali, Noriah sebagai isteri yang taat telah memberontak terhadap Abdullah dan mereka bertengkar disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

11 Apr 2022

Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini (TV2)



Telefilem Kerana Dia Isteri, Telemovie Kerana Dia Isteri TV2, Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri, Telefilem Kerana Dia Isteri Full, Kerana Dia Isteri Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Kerana Dia Isteri, Adi Putra, Rita Rudaini, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Telemovie TV2 2022,

Telefilem Kerana Dia Isteri akan disiarkan pada hari Isnin, 11 April 2022, jam 9 malam di slot Drama On 2 di TV2. Antara pelakon telefilem Kerana Dia Isteri ini adalah Rita Rudaini, Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kerana Dia Isteri ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Spektra Selasih Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga mantap - mantap gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Kerana Dia Isteri ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri Lakonan Adi Putra, Rita Rudaini dan Tiz Zaqyah (TV2)

Demi kerjaya, Halimi terpaksa berpisah dengan isterinya, Suhana dan anak-anaknya. Dia mula curang dengan Nelisha ketika bekerja di bandar. Kerana mengikut nafsu, Halimi mula lupakan anak dan isterinya. Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Apa yang berlaku seterusnya? Masih adakah peluang kedua buat Halimi? Dapatkah Suhana menerima Halimi kembali.



Read More


My Random Post